Pages

Wednesday 17 October 2012

Kepentingan sarapan pagi untuk anak-anak..

Disebabkan peel anak dara aku yang susah sangat nak berbrekpes kat umah ... dan lebih suka makan kat sekolah.. tetiba rasa plak nak tulis pasal pentingnya sarapan pagi ni.. lebih-lebih lagi untuk student la...Artikel ni aku terbaca di blog azsuperb.blogspot....

Sebenarnya sarapan pagi ni untuk perkembangan minda anak-anak tau...sebabnya???
ni la sebabnya.... jom baca...
Satu daripada kajian yang menyentuh isu tersebut ialah Relationship Between Hunger and Psychosocial Functioning in Low-Income American Children yang disiar dalam Journal of the American Academy of Child and Adolescent Psychiatry pada Februari 1998.
Ia membuktikan bahawa pelajar sekolah yang bersarapan setiap pagi mendapat keputusan yang lebih baik dalam ujian standard, bersikap lebih sopan dan kurang hiperaktif berbanding pelajar-pelajar yang tidak bersarapan.
Bagaimanapun, sarapan yang manis seperti bijirin yang bergula, penkek dan sirap maple biskut cip coklat perlu dielakkan kerana ia akan menyebabkan mereka cepat lapar, mudah meragam dan makan lebih banyak pada waktu tengah hari.
Sama seperti kanak-kanak, pelajar dan orang dewasa juga menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam akademik dan kerja jika mereka memulakan hari dengan bersarapan. – Bernama
 So... bagi yang ada anak sekolah tu... cam aku la kan... kenala beri anak sarapan dulu sebelum g sekolah.... tak kira la... beli ker... buat ker.....kalu semua tu tak sempat camner ek?? kalu tak sempat.... beri duit lebih je la......:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...