Pages

Tuesday 5 February 2013

Kids....




Diskaun n rebat tol !!!!!


Tahun Baru Cina da nak dekat .... so cuti pun panjangggg...apa lagi jom la buat plan cuti2 Malaysia.....!!!! anyway SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA !!!!


~~~~~~~~
Menurut Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor beliau berkata diskaun dan rebat tol antara 5 dan 37.5 peratus sempena Tahun Baharu Cina akan diberikan di 24 lebuh raya di seluruh negara.

Bagi lebuh raya kendalian Plus Bhd, pengguna kelas 1 yang menggunakan bayaran tol secara elektronik boleh menikmati rebat tol sebanyak 20 peratus pada 7 Feb dan 15 Feb dan rebat 30 peratus pada 10 Feb .

Manakala di lebuh raya lain, pengguna akan menikmati diskaun tol di antara 15 peratus hingga 37.5 peratus pada 9, 10 dan 11 Feb.

Sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini akan disambut pada 10 dan 11 Feb 2013.

Sumber : Bernama

Kenali baby .....



Icha will turns 1 year old this 21 Februari ni... heheheh  jap je baby mama ni da besarkan ... so jom check panduan yang mama dapat kat magazine Pa & Ma ni..

~~~~~~~~~~~~~~~

10 Panduan Ringkas Mengenai Si Kecil Anda :

1. Anak berumur 12 bulan sehingga 36 bulan (3 tahun) adalah unik. Pada usia ini mereka baru belajar mengenal diri sendiri dan membangunkan kemahiran diri.

2. Pada tempoh masa ini juga mereka akan mula belajar bertatih dan bercakap.

3. Pada usia ini, karektor mereka menawan hati yang melihatnya. Pastinya ibu bapa akan tersenyum melihat gelagatnya.

4. Memang pada usia ini anak kecil ini aktif. Tetapi mereka tidak boleh dilabelkan sebagai nakal.

5. Penerokaan juga menjadi agenda utama kanak-kanak pada usia ini. Ini kerana sikap ingin tahu, mencuba dan merasa menjadi keinginannya. Contohnya perkembangan kreativiti membantu anak menjadi seorang yang kreatif. Sediakan alat tulis untuk melakukan aktiviti yang menjana mindanya.

6. Perkembangan fizikalnya telah menjadi lebih baik daripada sebelumnya iaitu berlari lebih laju, boleh memanjat, mengimbangi diri dan lebih stabil imbangan badannya.

7. Kerenahnya juga semakin menjadi-jadi seperti menjadi seorang yang cerewet seperti memilih makanan yang sedap sahaja, tidak mahu makan sayur dan suka makan makanan manis.

8. Sudah pandai memilih pakaian dan permainan kesukaannya. Dia akan menunjukkan koleksi yang disukainya sambil berkata, ‘cantik’.

9. Bermain dengan emosi dengan anda apabila pandai merajuk apabila lambat membuat susu untuknya dan mahu pula dipujuk oleh anda.

10. Mereka ini cukup terkenal dengan ‘buat perangai’ atau menunjukkan tantrum. Ia berlaku disebabkan lapar, letih, sakit, cemas atau iri hati dengan adik-beradik yang lain.

Sumber : Majalah Pa & Ma

No more spill!!!!


Akhirnya!!! dapat jugak jumpa n mengorder this gyro bowl...best sangat mangkuk ni.... boleh pusing 360 darjah.. tak tumpah pun.....so dapat la mengurangkan keberserakan waktu makan dirumah n.. the most best part.. icha leh pegang this mangkuk sendiri.. without takut bersepah or tertumpah!!!.. huhuhuh.. tak sabarnya nak guna... tak pa tak pa .. sabar dulu yer.. barang pun silap2 belum pos.. maklumla baru order 5 minit lepas..heheheheh.... tak lari kemana pun... anyway thanks to iwani yer..

Brain Exercise again!!!!!


I cdnuolt blveiee that I cluod aulaclty uesdnatnrd what I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in what oerdr the ltteres in a word are, the olny iproamtnt tihng is that the frsit and last ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can still raed it whotuit a pboerlm. This is bcuseaethe huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the word as a wlohe. Azanmig huh? Yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt! If you can raed this forwrad it

V
V
V
V

I couldnot believe that i could actually understand what i was reading. The pheanomenal  power of the human mind, according to research at Cambridge University, it doesn't matter in what order the letters in a word are, the only important thing is that the first and last letter be in right place. The rest can be a total mess and you can still read it without a problem. This is because the human mind does not read every letter by itself, but the word as a whole. Amazing huh? Yeah and I always thought spelling was important! If you can read this forward it

Brain Exercise !!


Jom kita buat brain exercise!!! agak2 boleh baca tak before tengok jawapan yang diberi????

~~~~~~~~~~~~~~~

7H15 M3554G3
53RV35 7O PR0V3
H0W 0UR M1ND5 C4N
D0 4M4Z1NG 7H1NG5!
1MPR3551V3 7H1NG5!
1N 7H3 B3G1NN1NG
17 WA5 H4RD BU7
N0W, 0N 7H15 LIN3
Y0UR M1ND 1S
R34D1NG 17
4U70M471C4LLY
W17H 0U7 3V3N
7H1NK1NG 4B0U7 17,
B3 PROUD! 0NLY
C3R741N P30PL3 C4N
R3AD 7H15.
PL3453 F0RW4RD 1F
U C4N R34D 7H15.

V
V
V
V
V

THIS MESSAGE
SERVES TO PROVE
HOW OUR MINDS CAN
DO AMAZING THINGS!
IMPRESSIVE THINGS!
IN THE BEGINNING
IT WAS HARD BUT
NOW, ON THIS LINE
YOUR MIND IS
READING IT
AUTOMATICALLY
WITHOUT EVEN
THINKING ABOUT IT,
BE PROUD! ONLY
CERTAIN PEOPLE CAN
READ THIS.
PLEASE FORWARD IF
U CAN READ THIS

Maut digilis komuter!!!!!!!!!


Ouchhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!! kenapala masih ada yang degil n suka sangat langgar peraturan!!!! bukannya tak tau yang laluan yang nak digunakan tu merbahaya...kenapala masih nak guna??????? hari ni kat akhbar Metro ada citer pasal wanita ni yang maut digilis komuter....da tu dalam keadaan yang mengerikan pulak... banyak2 jalan kenapala g lintas kot situ???....

~~~~~~~~~~

Kuala Lumpur: Seorang wanita berusia 50-an maut dalam keadaan mengerikan selepas digilis komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) ketika menyeberangi landasan kereta api di Taman Wahyu, Sentul, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, mangsa diseret komuter berkenaan kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian sebelum ia disedari pemandu komuter terbabit bahawa ia terlanggar sesuatu.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, pihaknya menerima maklumat daripada pihak KTMB mengenai insiden itu sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Mangsa adalah seorang wanita dipercayai warga tempatan.

“Ketika kejadian, mangsa dipercayai sedang menyeberangi landasan di Kilometer 5.25 di kawasan jejambat berhampiran Taman Wahyu.

“Sebuah komuter dari arah Kuala Lumpur ke Rawang melanggar mangsa,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, mangsa kemudian diseret sejauh kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian oleh komuter berkenaan.

Zakaria berkata, pemeriksaan mendapati mayat mangsa dalam keadaan mengerikan dan pemeriksaan lanjut tidak menemui sebarang dokumen peribadi milik mangsa.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang (HS), di sini, untuk bedah siasat.

Katanya, mana-mana individu yang kehilangan ahli keluarga dan mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya tampil membantu siasatan.

Sumber : Harian Metro 5/2/2013

The new icha!!!!

Wah!!!! Icha tak perlu nak didukung sangat.. yahoooooo!!!! icha da pandai jalan....so senang la skit kan... heheeh...malasnya mama ni kan...padahal kalu gi jalan yang dukung ayah kan...????? weekend aritu.. balik dari rumah neigbour kat taman lama dulu, disebabkan hujan.. kitorang cadang nk g lepak2 la kat AEON Bandaraya... tapi biasala kan budak 2 orang tu... selalu je buat2 planning n muka kesian dok pujuk2 kitorang  bawak g playground yang tak de la banyak mana mainan nyer...

Masa tu icha still tido lagi kat dalam stroller... bila sampai kat playground yang suasana agakla bising... dengan lagu .. kanak2 yang terlalu la gembira sampai menjerit sakan... maka.. terbangunla sikenit tu...wah.... icha pun sama seronok jugak bermain....ye la.. kalu kat umah main 3 beradik jer.. kat sini.. ramai n masing2 berlari kesana sini... tu yang buat dia happy .... so.. any program for this weekend mr chubby???? ok... anak2.. kita g ZOOOOOO!!!!!!












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...