Pages

Wednesday 9 January 2013

Tiket LIMA 2013 turun!!!!!

Hah! for readers out there yang nak or tak pernah pergi LIMA kat Langkawi tu macam iiii... ulang sore yer cam iiii.... tahun ni ada penurunan harga tiket.... best tu... penurunan harga tu da pun diumumkan dan da kuar pun kat suratkhabar Berita Harian... so.. jom lah pergi beramai-ramai.....

~~~~~~~~~~~~~~~



Bayaran masuk bagi pelawat awam dewasa untuk mengunjungi Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2013 (LIMA'13) hanya RM10 berbanding RM15 pada siri sebelum ini.

Kanak-kanak, orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas pula diberi peluang masuk percuma.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata penurunan harga itu adalah untuk menarik lebih ramai pengunjung, khususnya warga tempatan ke acara tahunan terbesar negara itu.

LIMA'13 akan diadakan di Langkawi pada 26 hingga 30 Mac ini.

Tarikh penganjuran itu ialah pada cuti sekolah, jadi ibu bapa boleh membawa anak-anak untuk menyaksikan acara tahunan terbesar negara itu, katanya ketika ditemui selepas menyaksikan penyerahan replika kunci kenderaan serta cek penajaan rasmi LIMA'13, semalam.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...