Pages

Wednesday 15 May 2013

ketiak berkarat???



Fuh!!!! tajuk jer da berkarat.... lom lagi nampak realiti...kahkahkah... yela kalu besi karat pun da menggerutu...kalu ketiak camner pulakkan??? boleh imagine tak.. ke jangan bayangkan langsung sebelum semua selera terbantut....hehehhehe

Aritikel ni ada keluar kat Harian Metro arini .. siap2 bagi petua lagi nak hilangkan kekaratan... part of paragraph ada mengatakan "Muka cantik dengan gaya menggoda, badan ramping dengan potongan menggiurkan tapi sayangnya, sesetengah daripada mereka yang tidak selesa kerana dibelenggu masalah kesan hitam di ketiak." rasa2nya kalu hitam maybe ada cara nak memutihkan.. tapi yang selalunya berlaku ni ketiak berbau... yang boleh mendatangakan masalah bagi deria bau pada orang2 disekeliling.... fuhhhh... memang menyayat hidung betul kalu terlekat bau tu kat idung kita...so the best thing pastikan kalu muka kita berbedak.. ketiak pun nak jugak berodorono.... senang citer pakailah deodorant.. banyak jual kat pasaran.. cari jela bau yang sesuai supaya bila berpeluh taklah bau tengik....hehhehe.. jangan marah yer..

So.. kat artikel tu jugak ada disertakan dengan petua tradisional ..


Petua tradisional

Ada cara lain untuk mengelakkan ketiak hitam dan berkarat. Ikutlah langkah membuang peristiwa ngeri ini daripada hidup anda dengan mengikut langkah secara tradisional.


1. Limau + kapur sirih 

Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit kapur sirih. Sapukan di bawah ketiak dan biarkan selama 15 minit sebelum dicuci dengan air bersih. Lakukan tiga kali seminggu.


2. Buah betik 

Parut buah betik yang hampir masak sehingga halus. Letakkan ramuan ini di ketiak selepas anda mandi dan biarkan selama beberapa minit. Bilas dengan air, lakukan secara kerap, anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.


3. Sirih + beras 

Kisar segenggam beras sehingga halus. Kemudian tumbuk beberapa helai daun sirih sehingga lumat. Campurkan kedua-dua bahan tadi dan kacau sehingga sebati. Sebelum mandi, lumurkan dulu campuran sirih dan beras tadi ke seluruh tubuh badan terutama di bahagian ketiak dan celah paha. Kemudian gosok-gosokkan ia dengan perlahan sehingga semua bahan yang dilumur tanggal daripada badan. Petua ini bukan saja menjadikan kulit badan anda halus, malah ia juga akan membantu menanggalkan daki dan kesan hitam.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...