Pages

Wednesday 6 March 2013

Tak leh tido!!!!



Susah nak tido????? ishkishkishk.. siannyer.... bukan senang ker???? ambik bantal... then alas kepala.... try to count 1 to 10.. n sleep......as easy as abc kan....hehehehhe.... tapi ada jugak manusia2 kat luar sana yang mmg jenis susah nk tido... tu yg berblogging la....opppssss... me???? no not at all... ni sebab siang ari da tak leh nk update... kesian plak tengok blog yang da kering kontang tak da citer baru... bila icha d atido.. baru la leh start projek meghapdet blog yang da lama terbiar ni.... so balik semula pasal tido ni... ada petua2 yang mungkin jugak menjadik ... tapi kena cuba la n bergantung jugak kot pada individu... mungkin ada yg sesuai n ada jugak tidak... so kena try n error la yer....ha petuanya .......

1.Selalunya kalau kita mendengar org membebel atau memberi ceramah ke atau nasihat ke,mesti kita mengantuk.

2.Baca buku berkaitan dengan stdy kita.Jangan pula baca buku yg memang kita suka baca mcm  mangga ke,nanti tak boleh tidur pulak.

3.Pergi ke tempat yg biasanya memudahkan kita melelapkan mata cth.opis ke,bilik kuliah ke.klas ke

4.Gunakan teknik kiraan.Cuba kira semut di rumah anda atau kira cicak2 yg ada kat rumah rie.pasti terlena akhirnya.

5.Cuba mengorat anak jiran sebelah.Pastinya kalau dia tak layan,bolehlah anda melayan kekecewaan anda dengan tidur yg lena tapi frust.


Stress????





1. KESAN TERHADAP JASMANI DAN KESIHATAN

Kerap gigit bibir.
Mulut dan tekak mudah kering.
Kerap jilat bibir.
Sering ketap gigi dan geraham.
Jika ketapan ini berlaku ketika tidur, geraham akan rasa sakit atau sengal.
Menarik nafas lebih yg perlu, hingga membawa pada banyak sendawa atau perut kembung.
Menarik nafas secara pendek dan singkat disebabkan perasaan gusar.
Mudah selsema, demam, sakit kepala, gastrik dan panas dalam dada.
Tekanan darah meningkat.
Lemak cepat berkumpul di bahagian perut.
Nadi laju.
Susah lelap untuk tidur.
Mudah letih.
Suka mengetuk-ngetuk meja dgn kuku.
Percakapan laju.
Menggigit kuku.
Kerap mengkebil mata.
Mata atau kening mata sering bergerak.
Ketawa tidak menentu.
Suka menghentak lantai dgn kaki.
Buang air besar tidak menentu.
Kerap buang air kecil.
Pusingan haid yg tidak menentu.

2. KESAN ATAS GAYA MAKANAN

Kuat makan.
Selera untuk gula-gula meningkat.
Mudah hendak mendekati arak.
Mirip untuk mengambil ubat-ubat yang bersifat dadah.

3. KESAN ATAS HUBUNGAN SESAMA MANUSIA

Mudah membenci.
Sukar hendak mempercayai orang lain.
Hilang minat dalam hubungan kelamin.
Sukar meniĆ¢??Mati keakraban.
Lebih mudah berkonflik dengan ahli keluarga.
Lebih mudah membuli mereka yang lebih muda atau lebih rendah jawatan berbanding kita.
Tidak selesa dalam majlis-majlis sosial.

4. KESAN ATAS PERKARA-PERKARA YANG MUDAH DIBENCI

Bunyi pintu ditutup dengan kuat.
Bunyi telefon berdering.
Bunyi wang syiling.
Bunyi kunci.
Suara orang lain mengeluh.
Bunyi kertas bergesel.

5. KESAN ATAS EMOSI DAN SIKAP

Bersikap negatif dan pesimis.
Mudah sedih dan gusar.
Terbawa-bawa dengan mimpi yang tidak baik.
Hilang arah hidup.
Merasa seolah-olah hidup tidak ada makna.
Merasa bakhil.
Tidak kasihan terhadap orang lain.
Mudah tersinggung.
Mudah bimbang.
Sukar memberi tumpuan.
Mudah merasa malu.
Mudah merasa salah.
Mudah merasa tercabar.
Kurang sabar.
Hilang maruah dan martabat diri.
Mengelak berjumpa orang, pergi pejabat dan pergi majlis.

6. BAHASA TUBUH TANDA-TANDA STRESS

Bahu meninggi dari biasa.
Kaedah bernafas bertukar dari normal menjadi lebih pendek.
Tangan mudah menggigil.
Pergerakan lebih laju dan lebih spontan dari biasa.
Pergerakan bergegas tanpa tujuan jelas.
Mengerut kening.
Sentuhan leher atau dahi yang lebih kerap dari biasa.
Meniup angin dari mulut ke hidung, dengan bibir bawah terkeluar.
Sekali sekala menarik nafas dengan dalam.
Menggenggam tangan sambil bercakap.
Lengan menyilang perut.
Tangan tidak boleh berdiam.
Buat kerja dengan gerakan bising.
Kelipan mata yang lebih laju.
Kurang senyum.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...