Pages

Monday 21 January 2013

Serai Oh Serai....

Serai.. da sinonim pun kan perkataan ni dikalangan kaum2 pompuan ni... maklumla salah satu rencah dalam masakan....tapi penah tak agak2 kita ambik tau pasal khasiat serai yang berdanu panjang ni... rasa2nya tak semua orang tau khasiat serai ni... kecuali khasiat serai wangi...betul tak?????? So apalagi.... meh kita tengaok apa khasiat serai ni...



Mencegah kanser:
Satu kajian mendedahkan bahawa setiap 100 gram serai mengandungi antioksidan yang boleh mencegah kanser. Pada tahun 2006, sebuah pasukan penyelidik dari University Gurion di Israel mencari sebatian dalam batang serai yang boleh mematikan sel kanser tanpa merosakkan sel sihat.

Ubat gangguan pencernaan:
Teh yang mengandungi serai membantu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, masuk angin, kejang usus dan cirit-birit. Serai juga membantu mengurangkan gas dari usus sekaligus mencegah pembentukan gas lebih lanjut.

Detoksifikasi:
Serai juga mempunyai sifat detoksifikasi tubuh dengan meningkatkan jumlah dan kekerapan buang air kecil. Hal ini boleh membuat organ pencernaan, hati, pankreas, buah pinggang, dan kandung kemih bersih dan sihat kerana zat beracun dan asid urat sudah disingkirkan.

Manfaat pada sistem saraf:
Minyak esensial yang dibuat menggunakan serai boleh digunakan untuk menguatkan dan meningkatkan fungsi sistem saraf. Kerana minyak serai yang disapukan ke permukaan tubuh memberikan kesan menghangatkan, melemaskan otot dan meredakan kejang.

Menurunkan tekanan darah:
Serai berkesan dalam mengurangkan tekanan darah, merangsang peredaran darah dan menghilangkan masalah tekanan darah. Pengambilan segelas jus serai untuk menurunkan hipertensi.

Sebagai analgesik:
Serai meringankan semua jenis peradangan dan iritabiliti yang berkaitan dengan kebanyakan jenis sakit. Jadi jika anda mengalami sakit gigi, sakit otot, sakit sendi, atau sakit, teh limau dan serai pasti boleh membantu.

Kulit indah:
Serai merupakan asas dalam industri kosmetik. Manfaatnya antara lain mengurangkan jerawat dan berfungsi sebagai penyegar. Minyak serai juga boleh disapu ke seluruh tubuh untuk memberi kesan menghangatkan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...