Pages

Wednesday 16 January 2013

Tanah 7 warna !!!!


Menakjubkan apabila di sebuah kawasan kecil perhampiran Chamarel, Mauritius, terdapat tanah yang mempunyai 7 warna yang menyerupai corak pelangi. Kawasan yang hanya berkeluasan 7,500 kaki persegi itu terdiri daripada tanah berpasir yang berwarna merah, coklat, ungu, hijau, biru, kuning dan hitam.





Tanah yang mempunyai perbezaan warna itu dipercayai akibat pencairan batu daripada gunung berapi yang telah menyejuk pada suhu yang luar biasa. Indah dan besar betul ciptaan Tuhan ini. Walaupun hadir pada skala kecil, namun fenomena itu dianggap luar biasa sehingga mampu menarik ramai pengungjung ke  Chamarel. Sehingga kini, puncanya masih belum diberitahu dengan begitu jelas, tetapi apa yang pasti ia adalah kejadian yang dianugerahkan kepada kawasan berkenaan. Melihat kepada foto-foto dibawah ini, ia nampak hanya seperti sebuah lukisan. Tetapi percayalah kerana ia benar-benar berlaku. Subahanallah…

Pasar kejujuran...:)

So.. la humble kan bunyinyer???? pasar kejujuran....huhuhu.. agak2 boleh buat tak kat sini????.... pasar kejujuran ni wujud kat negara matahari.. sapalagi la kan.. kalu tak Jepun.... kat pasar ni.. petani hanya letakkan barang dan harga ... so bagi pembeli pulak.. hanya masukkan wang ditempat yang disediakan mengikut harga barang yang diambil.... dan percaya atau tidak... tidak ada sorangpun petani yang rugi akibat berjual dengan cara macam ni..... amacam boleh buat tak?????






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...