Pages

Monday 31 December 2012

Buruk sangka...

As a beginning to 2013.. jom kita sama2 berazam supaya jauhkan diri dari sikap buruk sangka... sikap ni memang jahat sangat... selalunya org cam ni.. kita buat baik pun di kata tak baik... kita buat jahat lagila teruk citernya nanti... payah sebenarnya.... n for me ... pegangla pada kata2 GILER ORANG BUKAN SEPESEN"....heheh..memangla bunyinya cam menakutkan .. tapi sebenarnya ada banyak betulnya... tak caya cubala kaji... ye la... bukan apa.. manusia2 kat muka bumi ni... rambut jer... samakaler.. tu pun skang da tak banyak sama sebab da banyak pakai dye...hehehe..tapi hati lain2......apa2 pun bersihkan lah hati... dari hati yang bersih tu la baru nampak muka kita tu camner... kalu hati tu tak bersih.. pakai makeup tebal tayangan opera pun ttp nampak peel sebenar kita... so berazamla... jauhkan sikap... sifat.... yang buruk2 ni....

~~~~~~~~~~~~~~~


Adik-adik sekalian, salah satu sifat buruk yang perlu di jauhi dalam hidup seorang Muslim sejati adalah sifat suka berburuk sangka. Sifat buruk sangka ini datang daripada sikap suka berprasangka. Sikap prasangka ini terbahagi kepada dua iaitu prasangka baik dan prasangka buruk. Dalam al-Quran, surah al-Hujurat ayat 12, Allah menyebut tentang prasangka, yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.” melihat sesuatu perkara, manusia lebih cenderong menafsirnya daripada sudut negatif. Jadi, bagi mengelakkan berburuk sangka, kita perlu membuat usul periksa atau bertanya lanjut tentang sesuatu perkara sebelum membuat andaian. Allah mengingatkan kita dalam Quran, surat al-Hujurat, ayat 6 yang bermaksud: 'Wahai orang-orang yang beriman, apabila datang kepadamu orang fasik (orang yang tidak mengamalkan ajaran Islam) yang membawa sesuatu berita, maka siasat dengan teliti (benar atau tidak).'

Oleh itu, apabila kita fikir tentang orang lain, lihatlah daripada sudut pandangan yang positif dan baik. Contohnya apabila adik-adik melihat rakan adik-adik menolong cikgu mengangkat barang, fikirlah dari sudut yang positif. Iaitu, dia kasihan kepada cikgu itu atau dia seorang yang sememangnya rajin dan suka menolong orang lain. Jangan cepat berprasangka buruk atau melihat dari aspek negatif seperti berfikir rakan adik itu hendak mengampu cikgu atau sebagainya.

Dengan cara itu, adik-adik akan sentiasa dapat merapatkan silaturahim dengan kawan-kawan. Adik-adik juga dapat melatih diri menjauhi sikap berprasangka buruk dan sekaligus dapat menjauhi fitnah. Ini kerana, prasangka buruk melahirkan sikap buruk yang lain iaitu fitnah dan mengumpat.
Fitnah ialah berkata sesuatu yang tidak benar terhadap orang lain. Ia berpunca dari prasangka buruk. Dosa fitnah ini juga cukup besar dan amat dikutuk oleh ajaran Islam. Fitnah boleh memutuskan silaturahim, merosakan hubungan sosial dan sekaligus mengucar-kacirkan masyarakat dan negara kita. Manakala mengumpat pula berkata tentang orang lain berkaitan sesuatu yang tidak disukainya, walaupun perkara itu benar.

Dalam al-Quran, surah al-Hujurat, ayat 12, Allah menegah sikap keji ini. Maksudnya: “...dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.”
Allah mengibaratkan mengumpat ini sebagai memakan daging mayat yang busuk. Kita tentu sekali akan menjauhi dan berasa jijik terhadap perbuatan memakan mayat. Begitulah sepatutnya kita turut berasa jijik terhadap perbuatan mengumpat.

Oleh itu, bagi mengelakkan diri daripada terjebak dengan fitnah dan mengumpat, jauilah sikap berburuk sangka. Bersihkan hati dan fikiran kita daripada segala sangkaan yang buruk. Orang yang gembira dan berjaya dalam hidup tidak akan bersangka buruk kepada orang lain. Dia sentiasa melihat dirinya dan apa yang ada disekelilingnya dengan fikiran yang positif dan baik sangka, walaupun dia mungkin tidak sehebat, semewah atau secantik orang lain.


Sumber : JAUHI BURUK SANGKA
Oleh: Abu Marwan, Penulis Luar Jakim
Majalah Cahaya Keluaran September –Oktober 2008

Welcome 2013 !!!!



Kejapnya da nak masuk tahun baru kan??? kalu di count down ni tinggal beberapa jam jer n tak sampai 1 hari pun....maksud nya tinggal beberapa hari jugaklah cuti sekolah akan berakhir...yo!yo!yo! BACK TO SCHOOL!!!!.. anyway selamat membuat azam baru n azam tahun 2012 tercapai ke idak?.....kalu tak .... to be continue for 2013 la yer.....


Welcome ZAIM!!!

Ho!Ho!Ho!... the new santa da keluar!!!.. welcome to the world Muhamad Zaim Rezqin bin Rezaki.... dengan berat 4 kg... memang besar la this lil boy.... !!!


Tomato hapus sedih!!

Wah!!!! ye ker tomato leh hapus sedih???pagi ni sambil2 baca paper online terpandangkan  satu article pasal tomato yang boleh hapus sedih... so skang ni sesapa yang sedang bersedih or nak bersedih belilah tomato bertan-tan yer supaya takdela sedih sangat pastu..heheheh

~~~~~~~~~~~~~~



Beijing: Amalan memakan tomato sekurang-kurangnya sebiji sehari boleh membantu mengubati kesedihan dan mengurangkan kemurungan sehingga 52 peratus, lapor satu kajian.

Penyelidik dari Universiti Perubatan Tianjin Dr Kaijun Niu, berkata, kajian yang dijalankan mendapati tomato memberikan kesan yang hebat untuk mengatasi kemurungan. 

Sayuran ini dipenuhi lycopene yang mampu mengurangkan ketegangan dan memberi perlindungan kepada beberapa penyakit kronik seperti serangan jantung dan barah kepada mereka yang mengamalkannya. 

Ramai orang mengamalkan makan salad dan menyangka sayuran ini banyak khasiat tetapi tomato mempunyai kandungan bahan yang jauh lebih hebat untuk membantu mengekalkan kesihatan, katanya.

Kaijun berkata walaupun sebab sebenar tidak dapat dijelaskan penyelidikan kesihatan mental ke atas 1,000 responden berusia 70 tahun di Jepun mendapati, mereka yang makan sekurang-kurangnya dua biji tomato seminggu hidup lebih gembira berbanding kelompok yang tidak mengamalkannya.

Sumber : Berita Harian

PD here we come!!!


Best sangat!!!! da lama tak g jalan2 camni.. lagipun sekolah da nak naikkan... ni je la yang termampu dan terdekat nak g disebabkan masa yang tak mencukupi... hehhehe...anyway ariq, alya n icha memang enjoy kat bayu tu... mula2 sampai.. kitorang lalu jer depan Bayu Beach... then budak2 tu terus je cakap mesti percutian kita tak best... sbb lalu kat dpn hotel tu tak nampak apa2 kan... so... diorang da terpikirla bukan2... so masa nk check in tu.. alya n ariq ikut.. the first thing yang diorang ambik adalah brochure.... bukak jer brochure tu terus jer diorang ckp.. okok... best2..hahahahha.. pandai memilih tempat yer... yang paling seronok... kitorang belikan icha boya...tapi bila tgk abang n kakak tak guna pun boya.. seboleh2 dia taknak guna boya dia... n akhirnya... mr. chubby kenala pegang jer dia.....



Sempat posing sambil tunggu makan diambil mama yer!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...