Pages

Monday 31 December 2012

Buruk sangka...

As a beginning to 2013.. jom kita sama2 berazam supaya jauhkan diri dari sikap buruk sangka... sikap ni memang jahat sangat... selalunya org cam ni.. kita buat baik pun di kata tak baik... kita buat jahat lagila teruk citernya nanti... payah sebenarnya.... n for me ... pegangla pada kata2 GILER ORANG BUKAN SEPESEN"....heheh..memangla bunyinya cam menakutkan .. tapi sebenarnya ada banyak betulnya... tak caya cubala kaji... ye la... bukan apa.. manusia2 kat muka bumi ni... rambut jer... samakaler.. tu pun skang da tak banyak sama sebab da banyak pakai dye...hehehe..tapi hati lain2......apa2 pun bersihkan lah hati... dari hati yang bersih tu la baru nampak muka kita tu camner... kalu hati tu tak bersih.. pakai makeup tebal tayangan opera pun ttp nampak peel sebenar kita... so berazamla... jauhkan sikap... sifat.... yang buruk2 ni....

~~~~~~~~~~~~~~~


Adik-adik sekalian, salah satu sifat buruk yang perlu di jauhi dalam hidup seorang Muslim sejati adalah sifat suka berburuk sangka. Sifat buruk sangka ini datang daripada sikap suka berprasangka. Sikap prasangka ini terbahagi kepada dua iaitu prasangka baik dan prasangka buruk. Dalam al-Quran, surah al-Hujurat ayat 12, Allah menyebut tentang prasangka, yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.” melihat sesuatu perkara, manusia lebih cenderong menafsirnya daripada sudut negatif. Jadi, bagi mengelakkan berburuk sangka, kita perlu membuat usul periksa atau bertanya lanjut tentang sesuatu perkara sebelum membuat andaian. Allah mengingatkan kita dalam Quran, surat al-Hujurat, ayat 6 yang bermaksud: 'Wahai orang-orang yang beriman, apabila datang kepadamu orang fasik (orang yang tidak mengamalkan ajaran Islam) yang membawa sesuatu berita, maka siasat dengan teliti (benar atau tidak).'

Oleh itu, apabila kita fikir tentang orang lain, lihatlah daripada sudut pandangan yang positif dan baik. Contohnya apabila adik-adik melihat rakan adik-adik menolong cikgu mengangkat barang, fikirlah dari sudut yang positif. Iaitu, dia kasihan kepada cikgu itu atau dia seorang yang sememangnya rajin dan suka menolong orang lain. Jangan cepat berprasangka buruk atau melihat dari aspek negatif seperti berfikir rakan adik itu hendak mengampu cikgu atau sebagainya.

Dengan cara itu, adik-adik akan sentiasa dapat merapatkan silaturahim dengan kawan-kawan. Adik-adik juga dapat melatih diri menjauhi sikap berprasangka buruk dan sekaligus dapat menjauhi fitnah. Ini kerana, prasangka buruk melahirkan sikap buruk yang lain iaitu fitnah dan mengumpat.
Fitnah ialah berkata sesuatu yang tidak benar terhadap orang lain. Ia berpunca dari prasangka buruk. Dosa fitnah ini juga cukup besar dan amat dikutuk oleh ajaran Islam. Fitnah boleh memutuskan silaturahim, merosakan hubungan sosial dan sekaligus mengucar-kacirkan masyarakat dan negara kita. Manakala mengumpat pula berkata tentang orang lain berkaitan sesuatu yang tidak disukainya, walaupun perkara itu benar.

Dalam al-Quran, surah al-Hujurat, ayat 12, Allah menegah sikap keji ini. Maksudnya: “...dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.”
Allah mengibaratkan mengumpat ini sebagai memakan daging mayat yang busuk. Kita tentu sekali akan menjauhi dan berasa jijik terhadap perbuatan memakan mayat. Begitulah sepatutnya kita turut berasa jijik terhadap perbuatan mengumpat.

Oleh itu, bagi mengelakkan diri daripada terjebak dengan fitnah dan mengumpat, jauilah sikap berburuk sangka. Bersihkan hati dan fikiran kita daripada segala sangkaan yang buruk. Orang yang gembira dan berjaya dalam hidup tidak akan bersangka buruk kepada orang lain. Dia sentiasa melihat dirinya dan apa yang ada disekelilingnya dengan fikiran yang positif dan baik sangka, walaupun dia mungkin tidak sehebat, semewah atau secantik orang lain.


Sumber : JAUHI BURUK SANGKA
Oleh: Abu Marwan, Penulis Luar Jakim
Majalah Cahaya Keluaran September –Oktober 2008

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...