Pages

Tuesday 30 October 2012

Ayah... pulangkan tangan adik...

Seorang ayah telah pulang dari tempat kerja dengan membawa kereta baru yang telah 2 atau 3 minggu ditempah dari tempat jualan kereta. Si ayah ini begitu teruja dengan kereta barunya. Sudah pasti apabila telah memiliki kereta baru manusia akan terlalu menjaganya takut terjadi apa-apa yang tidak elok pada kereta tersebut.

Semasa si bapa membawa pulang kereta barunya, si bapa sempat membeli pensel warna dan kertas lukisan baru untuk anaknya. Dia mengetahui anaknya ini sangat suka melukis tidak kira, atas kertas atau didinding. Bagi mengelakkan anaknya membuat apa-apa terhadap kereta barunya, dia rasanya ini jalan penyelesaianya.

Dijadikan cerita, si ayah ini terlalu sangat sayang kepada kereta barunya, setiap masa dia pasti akan menjenguk kereta, sampai sebelum nak tidur dia akan pastikan kereta tersebut dalam keadaan baik.

Pada keesokkan harinya, si bapa telah bersedia untuk pergi bekerja seperti biasa. Si ayah berangan-angan akan pujian yang diterima nanti setelah sampai dipejabat. Belum sempat si ayah membuka pintu kereta tersebut, si Ayah telah menjerit “Argghhhhh….siapa punya kerja ni” geram marah si ayah ini melihat kereta baru mempunyai kesan calar yang panjang dari depan sampai belakang. Terkejut si isteri mendengar. Jiran sebelah mula berpandangan, terpinga-pinga mereka. 


Bila amarah telah menyelubungi hati manusia, takkala itu pertimbangan akal tidak menjadi rasional untuk bertindak. Si ayah tanpa berfikir panjang terus mendapatkan anaknya yang sedang leka bermain. Si ayah terus menarik tangan si anak, dan menyeret anak ini keluar melihatnya keretanya. Si ayah dalam keadaan geram terus bertanya,”Adik! ni siapa yang calarkankereta ayah?” Dalam keadaan ketakutan si anak ini menjawab “Aa..aadik ayah”. Si ayah bertambah geram, dia masuk kedalam terus dapatkan satu pembaris besi untuk menghukum anakya. Si ayah terus menarik tangan kecil anaknya itu, lalu di pukul tangan anak itu berkali-kali tanpa menghiraukan rayuan anaknya yang sedang menahan kesakitan dan si ibu hanya mampu melihat dan tidak mampu menahan perbuatan si suami.

Selepas si ayah puas menghukum anaknya, ayah tadi menuntut semula pensel warna yang diberi kepada si anak ini. Si ayah terus keluar dengan membawa sifat amarah yang masih menyelubungi. Pada hari itu si ayah terus membawa kereta ke bengkel untuk dibaiki kesan calar tersebut. Si ayah bertekad tidak mahu pulang kerumah pada hari itu disebabkan perbuatan anaknya yang masih kecil itu, sampai begitu sekali tahap kemarahan si ayah.
Pada sebelah petang, telefon di pejabat si ayah berbunyi dan segera di jawab, “Helo bapak..adik demam panas” jawab pembantu rumah. “Biarkan dia, biar dia rasa, supaya dia ingat sampai bila-bila” jawab si ayah. Kemudian si ayah terus menghempas telefon pejabatnya, tanda amarahnya masih membara mengenangkan anaknya itu.

Berapa jam kemudia, telefon yang sama berbunyi, “Nak apa lagi” jawab si ayah. “Assalamualaikum encik maaf menggangu, ni Encik Zulkifli ke?” kali ini bukan dari pembantu rumahnya tapi dari hospital. “ya saya” si ayah menjawab. “Encik perlu segera datang ke hospital sekarang, kerana saya memerlukan tandatangan dari encik” jawab pihak hospital. Tanpa banyak persoalan si ayah dengan segera pergi ke hospital berkenaan. Sepanjang perjalanan, pelbagai andaian telah singgah kedalam kotak fikiran “apa kena dengan orang hospital ni, tiba-tiba telefon aku nak minta tandatangan, Takkan pasal anakku, tak mungkin, tak mungkin” si ayah cuba menenangkan dirinya sendiri sambil memandu kereta yang baru dibaikinya..
Apabila si ayah sampai sahaja di hospital, si ayah diarahkan untuk berjumpa dengan doktor yang bertugas pada hari itu. Belum sempat si ayah bertanya tentang tujuan tandatangan tersebut, “En. Sila tandatangan disini ya” arah doktor tersebut. “????” Si ayah kebingungan “untuk apa saya tandatangan borang ini doktor” Tanya si ayah, “encik, anak encik tangannya perlu dipotong kerana telah dijangkiti kuman, dan kuman tersebut telah sampai ke dalam tulang, jika tidak segera dipotong, mungkin akan membawa maut kepada anak encik” jawab doktor tersebut. Hampir pitam seakan jantung si ayah terhenti tidak percaya perkataan yang keluar dari mulut doktor tersebut.

Apabila selesai si ayah menandatangani borang tersebut, segera berlalu pergi memberi arahan kepada jururawat yang bertugas ‘standby’ untuk pembedahan. Si ayah tidak mampu berkata-kata, perasaan serba salah telah memadamkan api kemarahan terhadap anaknya.

Pembedahan selamat dijalankan, dan si anak tersebut disahkan selamat. Tidak lama kemudian, si anak sedar dari pembedahan. Insan yang pertama dilihatnya adalah ayah yang telah memarahinya. Air mata si anak terus mengalir, si ayah terus mendapatkan anaknya.. “ayah..adik minta maaf, adik tak nak buat lagi, maafkan adik ayah” si anak merayu dimaafkan “ayah..pulangkan kan pensel warna adik, adik suka melukis…adik janji adik tak conteng kereta ayah lagi” berulang –ulang janji anaknya, air mata si ayah mula mengalir dengan kata janji anaknya yang ketika itu si anak tidak tahu yang tanganya sudah tiada. Apabila si anak sedar ada yang tidak kena pada tanganya “ayah…pulangkan tangan adik, adik janji tak nak buat lagi, maaf kan adik ayah.., pulangkan tangan adik” kali si anak menjerit apa air matanya terus mengalir laju, tidak mengendahkan insan sekeliling, si ayah tidak mampu berkata apa, air mata si ayah terus mengalir sambil memeluk erat anak kecil itu.

sumber :  http://alhafizmnor.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...