Pages

Thursday 10 January 2013

Patah kaki tersepit eskalator

Hishhhh.. menakutkan jer... kaki tersepit eskalater... alang tersepit pintu kete pun da meraung inikan pulak eskalater yang tengah bergerak tu...pastu yang kena budak 8 tahun.. besar manala .... mesti horror n trauma budak tu lepas ni nak lalu tangga eskalaterkan... yerla.. tgh2 diri dengan tenang g jejalan.... tetiba lak jadik camni.... yang pusat beli belah tu pulak.. boleh pulak tak ambik port pasal kejadian ni.. padahal jadik kat dalam building pusat beli belah tu.. bukan eskalater tu luar building yang boleh buat dek jer.. memang la tak patut.... 


"Saya terkejut apabila melihat kaki Mohd Fathur tersepit. Pada mulanya saya menyangka hanya seliparnya yang tersangkut pada celah tangga bergerak itu, tetapi anak saya meraung kesakitan. 

Keadaan menjadi genting apabila saya lihat darah banyak keluar dan dapat melihat tulang kakinya. Suami saya menarik kaki Mohd Fathur beberapa kali sehingga berjaya mengeluarkan kakinya dan bergegas membawanya ke Hospital Kota Tinggi (HKT), katanya."

Norfadilah berkata, walaupun lega keadaan anaknya kini stabil, dia kecewa dengan sikap kakitangan pusat beli-belah terbabit dan HKT. Ketika kejadian, kakitangan terutama pengawal pusat beli-belah itu tidak peduli dengan keadaan menimpa anak saya. Mereka hanya melihat selain nasihatkan supaya menghantar anak ke hospital.

Sumber : Berita Harian

Alahai anak ke 2.....


Saper readers kat sini anak kedua dalam keluarga???? me??? ofkos la.... sebab tu la nk share artikel ni.... sama tak???? mr. chubby baca skit.. n buat perbandingan.... tq yer....;)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~



ANAK MANJA EMAK ♥
sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu. ^^

ANAK DEGIL
Anak kedua dikatakan lebih
degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. semua dia aje yg betul.dlm ramai-ramai adik beradik dia aje yg KETEGAQ.kemahuan dia
kuat.kalau buat sesuatu sungguh-sungguh.kalau tak nak tu, tak nak lah
jawabnya, boleh dipujuk tapi
selalunya tak berapa jalan.

TAK PANDAI PUJUK
memang anak no 2 ni dia tak
pandai pujuk makwe or pakwe dia. (ciannn)

BERCINTA
dia kalau bercinta, sangat setia.sanggup berkorban. :D

HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang.kalau
hitam, hitam lah kalau putih, putih lah.degil tak boleh toleransi.

HATI
Anak no 2 ni juga nampak aje
keras.tp hati dia lembut.SATU lagi pe'el dia.dia tak boleh ditegur.

BERDIKARI
Very independent.memang betul.tp kalau terlebih
independent pun payah.mudah bergaul.very take care.

ARAHAN
Anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan.dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata tak boleh kerja ngan orang.

PEMAAF & CARING
tidak dinafikan anak no 2 ni pun
pemaaf dan caring.TAPI awas jangan bagi diorang marah kalau diorang marah faham saje lah.

PAKAIAN
Nak semua up to date.semua nak kemas.

Soalan vs jawapan !!!



1. Kalau perempuan tanya : Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi : Siapa yang paling lawa? I ke, budak 
pompuan tu?

2. Kalau perempuan tanya : You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi : Jom pi makan. Lapar ni!

3. Kalau perempuan kata : Lawa-lawa la baju kat sini, 
yek. Makna tersembunyi : Belikanlah untuk I.

4. Kalau perempuan kata : Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi : Tolong picit kepala.

5. Kalau perempuan kata : Letihnya hari ni. Mana nak 
masak, basuh kain-baju lagi... Makna tersembunyi : Kita
makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju
sekali, yek.

6. Kalau perempuan kata : Kita lebih sesuai berkawan
saja. Makna tersembunyi : I tak nak kat you. Tak 
paham-paham ke?

7. Kalau perempuan kata : I suka berkawan dengan you.
You baik,memahami bla bla bla... Makna tersembunyi :
Hish... I rasa macam minat sesangat kat you la. Rasa 
macam nak jadi awek you je.

8. Kalau perempuan tanya : You pernah tak teringatkan
awek you yang dulu? Makna tersembunyi : Kalau nak
gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan 
aku.

9. Kalau perempuan kata : I sanggup berkorban demi
kebahagiaan you. Makna tersembunyi : Amboi! Aku kena
berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok. 

10.Kalau perempuan kata : I tak kisah kalau memang
betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you 
berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku
adil. Makna tersembunyi : Sapa kata aku tak kisah? Adil
ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu
sebelum nak menikah lagi satu. Ini cuma contoh saja.

Sekadar renungan...



Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik,laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.

Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?", "Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya. Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" - "Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. "Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.

"Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" - "Cukup, Terima Kasih ya...". Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.

Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.

Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...