Pages

Tuesday 30 October 2012

Ayah... pulangkan tangan adik...

Seorang ayah telah pulang dari tempat kerja dengan membawa kereta baru yang telah 2 atau 3 minggu ditempah dari tempat jualan kereta. Si ayah ini begitu teruja dengan kereta barunya. Sudah pasti apabila telah memiliki kereta baru manusia akan terlalu menjaganya takut terjadi apa-apa yang tidak elok pada kereta tersebut.

Semasa si bapa membawa pulang kereta barunya, si bapa sempat membeli pensel warna dan kertas lukisan baru untuk anaknya. Dia mengetahui anaknya ini sangat suka melukis tidak kira, atas kertas atau didinding. Bagi mengelakkan anaknya membuat apa-apa terhadap kereta barunya, dia rasanya ini jalan penyelesaianya.

Dijadikan cerita, si ayah ini terlalu sangat sayang kepada kereta barunya, setiap masa dia pasti akan menjenguk kereta, sampai sebelum nak tidur dia akan pastikan kereta tersebut dalam keadaan baik.

Pada keesokkan harinya, si bapa telah bersedia untuk pergi bekerja seperti biasa. Si ayah berangan-angan akan pujian yang diterima nanti setelah sampai dipejabat. Belum sempat si ayah membuka pintu kereta tersebut, si Ayah telah menjerit “Argghhhhh….siapa punya kerja ni” geram marah si ayah ini melihat kereta baru mempunyai kesan calar yang panjang dari depan sampai belakang. Terkejut si isteri mendengar. Jiran sebelah mula berpandangan, terpinga-pinga mereka. 


Bila amarah telah menyelubungi hati manusia, takkala itu pertimbangan akal tidak menjadi rasional untuk bertindak. Si ayah tanpa berfikir panjang terus mendapatkan anaknya yang sedang leka bermain. Si ayah terus menarik tangan si anak, dan menyeret anak ini keluar melihatnya keretanya. Si ayah dalam keadaan geram terus bertanya,”Adik! ni siapa yang calarkankereta ayah?” Dalam keadaan ketakutan si anak ini menjawab “Aa..aadik ayah”. Si ayah bertambah geram, dia masuk kedalam terus dapatkan satu pembaris besi untuk menghukum anakya. Si ayah terus menarik tangan kecil anaknya itu, lalu di pukul tangan anak itu berkali-kali tanpa menghiraukan rayuan anaknya yang sedang menahan kesakitan dan si ibu hanya mampu melihat dan tidak mampu menahan perbuatan si suami.

Selepas si ayah puas menghukum anaknya, ayah tadi menuntut semula pensel warna yang diberi kepada si anak ini. Si ayah terus keluar dengan membawa sifat amarah yang masih menyelubungi. Pada hari itu si ayah terus membawa kereta ke bengkel untuk dibaiki kesan calar tersebut. Si ayah bertekad tidak mahu pulang kerumah pada hari itu disebabkan perbuatan anaknya yang masih kecil itu, sampai begitu sekali tahap kemarahan si ayah.
Pada sebelah petang, telefon di pejabat si ayah berbunyi dan segera di jawab, “Helo bapak..adik demam panas” jawab pembantu rumah. “Biarkan dia, biar dia rasa, supaya dia ingat sampai bila-bila” jawab si ayah. Kemudian si ayah terus menghempas telefon pejabatnya, tanda amarahnya masih membara mengenangkan anaknya itu.

Berapa jam kemudia, telefon yang sama berbunyi, “Nak apa lagi” jawab si ayah. “Assalamualaikum encik maaf menggangu, ni Encik Zulkifli ke?” kali ini bukan dari pembantu rumahnya tapi dari hospital. “ya saya” si ayah menjawab. “Encik perlu segera datang ke hospital sekarang, kerana saya memerlukan tandatangan dari encik” jawab pihak hospital. Tanpa banyak persoalan si ayah dengan segera pergi ke hospital berkenaan. Sepanjang perjalanan, pelbagai andaian telah singgah kedalam kotak fikiran “apa kena dengan orang hospital ni, tiba-tiba telefon aku nak minta tandatangan, Takkan pasal anakku, tak mungkin, tak mungkin” si ayah cuba menenangkan dirinya sendiri sambil memandu kereta yang baru dibaikinya..
Apabila si ayah sampai sahaja di hospital, si ayah diarahkan untuk berjumpa dengan doktor yang bertugas pada hari itu. Belum sempat si ayah bertanya tentang tujuan tandatangan tersebut, “En. Sila tandatangan disini ya” arah doktor tersebut. “????” Si ayah kebingungan “untuk apa saya tandatangan borang ini doktor” Tanya si ayah, “encik, anak encik tangannya perlu dipotong kerana telah dijangkiti kuman, dan kuman tersebut telah sampai ke dalam tulang, jika tidak segera dipotong, mungkin akan membawa maut kepada anak encik” jawab doktor tersebut. Hampir pitam seakan jantung si ayah terhenti tidak percaya perkataan yang keluar dari mulut doktor tersebut.

Apabila selesai si ayah menandatangani borang tersebut, segera berlalu pergi memberi arahan kepada jururawat yang bertugas ‘standby’ untuk pembedahan. Si ayah tidak mampu berkata-kata, perasaan serba salah telah memadamkan api kemarahan terhadap anaknya.

Pembedahan selamat dijalankan, dan si anak tersebut disahkan selamat. Tidak lama kemudian, si anak sedar dari pembedahan. Insan yang pertama dilihatnya adalah ayah yang telah memarahinya. Air mata si anak terus mengalir, si ayah terus mendapatkan anaknya.. “ayah..adik minta maaf, adik tak nak buat lagi, maafkan adik ayah” si anak merayu dimaafkan “ayah..pulangkan kan pensel warna adik, adik suka melukis…adik janji adik tak conteng kereta ayah lagi” berulang –ulang janji anaknya, air mata si ayah mula mengalir dengan kata janji anaknya yang ketika itu si anak tidak tahu yang tanganya sudah tiada. Apabila si anak sedar ada yang tidak kena pada tanganya “ayah…pulangkan tangan adik, adik janji tak nak buat lagi, maaf kan adik ayah.., pulangkan tangan adik” kali si anak menjerit apa air matanya terus mengalir laju, tidak mengendahkan insan sekeliling, si ayah tidak mampu berkata apa, air mata si ayah terus mengalir sambil memeluk erat anak kecil itu.

sumber :  http://alhafizmnor.blogspot.com/

Sweet memories.:)

HAHAHAHAH.....sorry eik gelak dulu...mana taknya.. tengah godak2 gambar jumpa lak gambo kawin tahun 2003..hissshhh da 9 tahun la kawin ???!!!! tapi peel cam lom jer...hehehe jangan marah ye bang... mula2 ingatkan cam tak nak up je gambar2 ni.. tapi memikiorkan kalu le tetiba hard copy hilang ker .. koyak ker... hard disk corrupt ker... tu yang tepaksa la up...cukup la ada berapa keping jer ni.. tak boleh la up lebih2 kan....jatuh saham kang..."perasan jer" saham naik lagi ker????  tak per...nanti kita check yer bang...


ni la pelamin yang paling simple kot...memang tak minat sarat barat ni...maklumla tengah bedebar2 tak leh la sarat2 sangat... kang lagi serabut plak...yela.. masa ni kan kena tenang2 gitu.....hehehe

nak jugak masuk gambar sendiri kan...suka sangat interprem.. apa2pun pejam celik pejam celik anak da ada 3 pun.... kejap je masa tu bejalan kan...bejalan ker?? or.. berlari eik???


Baby food....

banyakkkknyaaa...cereal untuk babykan kat pasaran... Ni semuala memalaskan diri nak buat homemadenya food..latest ni.. baru je beli oat + gandum + prun dengan beras + vege... tengok icha makan habis je... mesti sukakan dia...nak biar badan dia membesar bagai johan skit...Mana taknya naik 300gm jer... sebab dia ni ligat semacam..mungkin jugak la kot sebab tu badan tak naik sangat...
yang best.. icha ni beri makan apa pun dia ok... kiranya dalam satu hari tu macam2 perisa boleh kasi.. semuanya on jer.....
bab biskut pulak icha memang suka makan baby bites.. baby bites ni ada 3 perisa.. original... sayur n carrot... dan  yang paling dia suka makan sayurla... bukan icha jer makan.. alya pun sama naik makan... tapi biskut sayur ni memang sedap pun.. n bukannya jenis biskut yang besepah habuknya bila kena makan.. tu yang bestnya...

Today...





Terima la seadanya.....

Arini cam rasa nak berstory-mory pulak.. semalam citer pokok epal... arini pasal budak jual kuih....pastu teringat pulak ada satu citer pasal kisah umahtangga ... citer ni penah baca dulu... tapi sebab masa tu takda belog lagi.. so tak leh la nk sebar2kan.... jadi pagi ni tetiba je mood nak citer sampai.. jadik bolehla diciterkan kat readers... 
Suami saya adalah seorang jurutera. Saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul di hati saya ketika bersandar di bahunya.3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan.Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. 

Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya.Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan perceraian.

“Mengapa?” dia bertanya dengan nada terkejut.
“Siti letih. Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? 

Dan akhirnya dia bertanya, “Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.
“Siti ada satu soalan. Kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti. Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”
Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.” 

Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menemui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan…
“Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.“Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor. Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”

“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.”“Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi. Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”

“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”

“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami.”

“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, Abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu.”

“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menyusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”

“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang.”

“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”

“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang.Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.”

“Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.”

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. 

Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

Kisah budak penjual kuih....

Hari itu selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

Abang nak beli kuih?” katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.
Tak apalah dik… Abang dah pesan makanan,” jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?” katanya selamba semasa menghampiri meja saya.
Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni,” kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, “Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang.” katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu,” Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.
Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

Kenapa bang nak beli kuih ke?” tanyanya.
Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!” Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!” katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

Abang nak beli semua ke?” Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.
RM25 saja bang.

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!

sumber : mr.mus

Wanita...

Ni ada sikit info pasal wanita.... ada 9 jenis kategori  wanita yang boleh menarik perhatian... info ni hubby yang dapat through emel dia ... ni nak share dengan readers pulaks laaaa....


1. Sikap Keibuan – Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang.Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas, gelisah dan senang.
 
2. Keanak-anakan – Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka terasa terhibur dengan keletah anda, tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati. Tetapi sikap keanakan yang menyenangkan. Misalnya kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki, wanita ceria membuat lelaki lebih ghairah.
 
3. Penuh Pengertian – Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.
 
4. Menghargai – Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki.Berbeza dengan wanita yang suka di perlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Pengharg­aan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.
 
5. Menjaga Penampilan – Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilan agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.
 
6. Pandai Berbicara – Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik.
 
7. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri – Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih dimata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi org yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda.Apabila berhadapan dengan suasan yang baru,wanita tersebut tidak gentar,malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak kemana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.
 
8. Menghormati Diri Sendiri – Lelaki suka wanita yang menghargai dirinya sendiri sebagai seorang wanita,bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.
 
9. Simpati dan Prihatin – Lelaki suka wanita yang murah hati,mengambil berat, simpati pada nasib yang susah. Sayang pada kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan mempesona.

Letter with love...

Alya wrote all these letter... we love u dear..


warna-warni gitu letter ni.. cam penuh dengan luv2 gitu kan... kreatif jugak alya ni.. cuma yang musykil skit tu.. apsal la nama ariq leh tertiggal... kesian betul la kat mamat sorang tu...tulah..asyik menyakat kakak jer..kan nama da kena tinggalkan.. nasib baik la alya ingat lagi.. adik dia tu ada 2 orang.. nak gak ditambah nama....signature tu yang mahal....



letter yang ni tak tahan gitu.... anyway memang sayu skit la part ni... maklumla ucapan dari hati sorang anak.. kanak2 ni luahan hati memang tak reti nak tipu2... memang ikhlas.... anyway kakak... mama~ayah~ariq~icha semuaaaaaa.. SAYANG KAKAK...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...