Pages

Monday 31 December 2012

Buruk sangka...

As a beginning to 2013.. jom kita sama2 berazam supaya jauhkan diri dari sikap buruk sangka... sikap ni memang jahat sangat... selalunya org cam ni.. kita buat baik pun di kata tak baik... kita buat jahat lagila teruk citernya nanti... payah sebenarnya.... n for me ... pegangla pada kata2 GILER ORANG BUKAN SEPESEN"....heheh..memangla bunyinya cam menakutkan .. tapi sebenarnya ada banyak betulnya... tak caya cubala kaji... ye la... bukan apa.. manusia2 kat muka bumi ni... rambut jer... samakaler.. tu pun skang da tak banyak sama sebab da banyak pakai dye...hehehe..tapi hati lain2......apa2 pun bersihkan lah hati... dari hati yang bersih tu la baru nampak muka kita tu camner... kalu hati tu tak bersih.. pakai makeup tebal tayangan opera pun ttp nampak peel sebenar kita... so berazamla... jauhkan sikap... sifat.... yang buruk2 ni....

~~~~~~~~~~~~~~~


Adik-adik sekalian, salah satu sifat buruk yang perlu di jauhi dalam hidup seorang Muslim sejati adalah sifat suka berburuk sangka. Sifat buruk sangka ini datang daripada sikap suka berprasangka. Sikap prasangka ini terbahagi kepada dua iaitu prasangka baik dan prasangka buruk. Dalam al-Quran, surah al-Hujurat ayat 12, Allah menyebut tentang prasangka, yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.” melihat sesuatu perkara, manusia lebih cenderong menafsirnya daripada sudut negatif. Jadi, bagi mengelakkan berburuk sangka, kita perlu membuat usul periksa atau bertanya lanjut tentang sesuatu perkara sebelum membuat andaian. Allah mengingatkan kita dalam Quran, surat al-Hujurat, ayat 6 yang bermaksud: 'Wahai orang-orang yang beriman, apabila datang kepadamu orang fasik (orang yang tidak mengamalkan ajaran Islam) yang membawa sesuatu berita, maka siasat dengan teliti (benar atau tidak).'

Oleh itu, apabila kita fikir tentang orang lain, lihatlah daripada sudut pandangan yang positif dan baik. Contohnya apabila adik-adik melihat rakan adik-adik menolong cikgu mengangkat barang, fikirlah dari sudut yang positif. Iaitu, dia kasihan kepada cikgu itu atau dia seorang yang sememangnya rajin dan suka menolong orang lain. Jangan cepat berprasangka buruk atau melihat dari aspek negatif seperti berfikir rakan adik itu hendak mengampu cikgu atau sebagainya.

Dengan cara itu, adik-adik akan sentiasa dapat merapatkan silaturahim dengan kawan-kawan. Adik-adik juga dapat melatih diri menjauhi sikap berprasangka buruk dan sekaligus dapat menjauhi fitnah. Ini kerana, prasangka buruk melahirkan sikap buruk yang lain iaitu fitnah dan mengumpat.
Fitnah ialah berkata sesuatu yang tidak benar terhadap orang lain. Ia berpunca dari prasangka buruk. Dosa fitnah ini juga cukup besar dan amat dikutuk oleh ajaran Islam. Fitnah boleh memutuskan silaturahim, merosakan hubungan sosial dan sekaligus mengucar-kacirkan masyarakat dan negara kita. Manakala mengumpat pula berkata tentang orang lain berkaitan sesuatu yang tidak disukainya, walaupun perkara itu benar.

Dalam al-Quran, surah al-Hujurat, ayat 12, Allah menegah sikap keji ini. Maksudnya: “...dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.”
Allah mengibaratkan mengumpat ini sebagai memakan daging mayat yang busuk. Kita tentu sekali akan menjauhi dan berasa jijik terhadap perbuatan memakan mayat. Begitulah sepatutnya kita turut berasa jijik terhadap perbuatan mengumpat.

Oleh itu, bagi mengelakkan diri daripada terjebak dengan fitnah dan mengumpat, jauilah sikap berburuk sangka. Bersihkan hati dan fikiran kita daripada segala sangkaan yang buruk. Orang yang gembira dan berjaya dalam hidup tidak akan bersangka buruk kepada orang lain. Dia sentiasa melihat dirinya dan apa yang ada disekelilingnya dengan fikiran yang positif dan baik sangka, walaupun dia mungkin tidak sehebat, semewah atau secantik orang lain.


Sumber : JAUHI BURUK SANGKA
Oleh: Abu Marwan, Penulis Luar Jakim
Majalah Cahaya Keluaran September –Oktober 2008

Welcome 2013 !!!!



Kejapnya da nak masuk tahun baru kan??? kalu di count down ni tinggal beberapa jam jer n tak sampai 1 hari pun....maksud nya tinggal beberapa hari jugaklah cuti sekolah akan berakhir...yo!yo!yo! BACK TO SCHOOL!!!!.. anyway selamat membuat azam baru n azam tahun 2012 tercapai ke idak?.....kalu tak .... to be continue for 2013 la yer.....


Welcome ZAIM!!!

Ho!Ho!Ho!... the new santa da keluar!!!.. welcome to the world Muhamad Zaim Rezqin bin Rezaki.... dengan berat 4 kg... memang besar la this lil boy.... !!!


Tomato hapus sedih!!

Wah!!!! ye ker tomato leh hapus sedih???pagi ni sambil2 baca paper online terpandangkan  satu article pasal tomato yang boleh hapus sedih... so skang ni sesapa yang sedang bersedih or nak bersedih belilah tomato bertan-tan yer supaya takdela sedih sangat pastu..heheheh

~~~~~~~~~~~~~~



Beijing: Amalan memakan tomato sekurang-kurangnya sebiji sehari boleh membantu mengubati kesedihan dan mengurangkan kemurungan sehingga 52 peratus, lapor satu kajian.

Penyelidik dari Universiti Perubatan Tianjin Dr Kaijun Niu, berkata, kajian yang dijalankan mendapati tomato memberikan kesan yang hebat untuk mengatasi kemurungan. 

Sayuran ini dipenuhi lycopene yang mampu mengurangkan ketegangan dan memberi perlindungan kepada beberapa penyakit kronik seperti serangan jantung dan barah kepada mereka yang mengamalkannya. 

Ramai orang mengamalkan makan salad dan menyangka sayuran ini banyak khasiat tetapi tomato mempunyai kandungan bahan yang jauh lebih hebat untuk membantu mengekalkan kesihatan, katanya.

Kaijun berkata walaupun sebab sebenar tidak dapat dijelaskan penyelidikan kesihatan mental ke atas 1,000 responden berusia 70 tahun di Jepun mendapati, mereka yang makan sekurang-kurangnya dua biji tomato seminggu hidup lebih gembira berbanding kelompok yang tidak mengamalkannya.

Sumber : Berita Harian

PD here we come!!!


Best sangat!!!! da lama tak g jalan2 camni.. lagipun sekolah da nak naikkan... ni je la yang termampu dan terdekat nak g disebabkan masa yang tak mencukupi... hehhehe...anyway ariq, alya n icha memang enjoy kat bayu tu... mula2 sampai.. kitorang lalu jer depan Bayu Beach... then budak2 tu terus je cakap mesti percutian kita tak best... sbb lalu kat dpn hotel tu tak nampak apa2 kan... so... diorang da terpikirla bukan2... so masa nk check in tu.. alya n ariq ikut.. the first thing yang diorang ambik adalah brochure.... bukak jer brochure tu terus jer diorang ckp.. okok... best2..hahahahha.. pandai memilih tempat yer... yang paling seronok... kitorang belikan icha boya...tapi bila tgk abang n kakak tak guna pun boya.. seboleh2 dia taknak guna boya dia... n akhirnya... mr. chubby kenala pegang jer dia.....



Sempat posing sambil tunggu makan diambil mama yer!!!


Friday 21 December 2012

Kes tipu..beware ladies!!!!

Ha.. citer ni citer betul yer.. bukan cubaan or what ever la.... ni kisah benar that i dapat from emel mr chubby.. because sharing is caring.. so nak share la this true story kat readers  out there.... ni citer pasal penyamaran mekanik jalanan...... gambar mekanik penipu tu pun ada disertakan.....so beware n jangan mudah percaya pada orang yer.. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Dlm prjlnan dr Bangi ke UMKL, saya singgah di Hentian Serdang, utk ke bilik air. Lps tol Sg Besi, lelaki kanan (yg agkt tangan) follow naik motor & horn 2-3 kali sambil menunjuk ke arah tayar depan kereta. Saya pn brhenti tp x keluar, takut niat x baik. Dia kata tayar abg berasap. Saya tgok dr dlm kereta, ada minyak meleleh di rim tayar, mcm myk brek.

Lps tgok myk meleleh tu, rasa cuak jga. Sbb brek mmg ada bunyi sikit sblm ni. Lelaki India yg agkt tgn tgi tu pakai baju Honda, mgaku kerja kt Pusat Servis Honda (Global Amity) yg berdekatan & ofer nk bantu. Dia kata kena pegi tepi sikit kwsn lpg, nanti kalau org/kwn Honda nmpk, dia kena tindkn disiplin.

Oleh krn mcm bole prcaya, saya pun pergi ekori dia pegi kwsn ksong sblh Desa Waterpark. Dia pun buka tayar & check set brek (calipter). Dia kata mungkin bocor. Tp nmpk mcm ok je. Myk yg meleleh pun nmpk sikit je, tak merebak pd seluruh rim tyr. Tp, x berani nk bwk, takut risiko. Dia kata boleh tolg repair, @ kalau abg x percaya, abg boleh hntr kt pusat servis. Tp, biasa la bang, harga Honda. Saya pulak baru tukar fuel pump (RM180, cari sendiri) dan servis + strainer = +/- RM210. Kalau ambil fuel pump Honda RM1,836.00.

Lelaki ni kata, dia call kwn dia di Pusat Servis utk ambilkan brg di spare part yg biasa. Boleh dpt harga kurang sikit. Sy tnya harga, dia kata x tau. Lps 10 minit, kwn dia (Ramesh) sampai, bwk brg dgn resit RM1500. Wa.. ni pun dh mahal. Mula timbul ragu sikit. Saya tegur dia knpa x bgtau awal2 harga. Dia minta maaf. Lps tu diorg psg, buka yg lama, letak dlm boot blkg.

Sy kata boleh byr kemudian tak, sy x cukup cash. Nti ptg sya singgah kt Global Amity. Diorg kata x bole. Abg ambil la kt mana ATM, diaorg nk ikut. Dlm hati makin ragu. Sy kata ATM pun x cukup, kena ambil di kaunter. You ikut saya pegi UM dulu, lps tu kita ambil duit. Kwn you tu, suruh la dia masuk kerja balik.

Bila masuk kreta, sy bwk dia masuk UM, tp Ramesh (yg sorg lg) follow kt blkg naik motor. Masa ni, saya rasa mmg diaorg ni tipu & brsungguh nk duit cash, bukan tolg. Sampai UM, sy kta nk masuk library pulang buku. Diorg tgu kt parking. Kreta saya kunci.

Lps pulang buku, sy call salesman kt Honda (GLobal Amity) & tnya, ada tak staf nama Ramesh. Dia kata mcm xda, knapa? Sy kata brek sy bocor, dia tolg repair. Salesman kata, oh itu tipu tu, sbb sblm ni ada customer Honda dh kena, tp dia pegi ke pusat servis. Kreta ok je.

Sy pun minta bantuan pihak keselamatan UM & balai polis Pantai. Takut2 kena belasah ke. Polis & guard UM dtg & tgu kt kreta. Lelaki 2 org tu buat x tau je. Lps tu, baru saya turun. Sy kta kt diorg, you tipu! Honda kata you x kerja kat situ. Ramesh jwb, Honda ada byk, bang. Abg buang masa saya je la. Ktaorg cuma mau tolg. Masa ni, saya snap gmbr diorg. Polis pun tanya, apa yg saya x puas hati. Lps tanya diorg pulak, apa x puas hati. Lps tu, polis kata, Ok kalau dua2 x puas hati, kita pegi buat report kat balai.

Polis suruh diorg pegi ke balai dulu. Sy pegi follow kt blkg patrol car. Smpai kat balai, sya buat report. Dua lelaki tu x muncul2. Baru rasa lega dan sujud syukur. Lps tu sy send gmbr diorg kt salesman Honda. Dia kata baju Honda putih, bukan kelabu. Tu baju lama2 dulu.

Ada rasa lega, syukur sbb Allah selamatkan dr ditipu/ dibelasah. Bimbang, kalau2 terjumpa diorg lg. Tp, 1 lg, rasa puas hati sbb 2 penipu terkena kali ni. Dh buat kerja & tukar brg, tp x dpt apa2. Cuma, polis mcm x berminat nk tahan diorg.

i,m 10 mos!!!!

Today icha genap 10 bulan....wahhhh!!! cepatnya masa berlalukan.. n yesterday.. icha tunjuk terror.. what??? ye ... dia panjat tangga (dengan di awasila)....17 mata tangga...n dia buat this thing 2 kali....meaning.. 34 anak tangga...huhuhu.. agresifla my lil girl....anyway.. happy birthday to you my dear... mama, ayah, kakak n abang always luv u!!!!!...


Thursday 20 December 2012

tudung without baju!!!!!

Huh!!! very horror la the tajuk...i got this from mr chubby emel... with tajuk "BERTUDUNG TAPI TAK PAKAI BAJU".. At first cam takut2 jer nak bukak.. yela tajuk tu horror la sangat rupa2nya.... so cute la the gambar..hahahaha






Wednesday 19 December 2012

Cantikkan....

Pemandangan di Hitachi Seaside, Jepun...memang cantik... tenang jer ati  tengok pemandangan macam ni kan...Taman Hitachi Seaside atau dalam bahasa Jepun disebut Hitachi Kaihin adalah taman bunga tercantik di Jepun dan juga antara tercantik di dunia... ada sesapa nak bawak saya ke sini ker???









Beautiful Mosque ...










Menyusukan baby...


Just nak share sedikit pehtua2 yer utk readers yang nak or berazam nak menyusukan anak ..... ni ada pehtua2 utk dishare bersama.. biasalakan sharing is caring.. ye tak???? 


Bunga melur dan daun pucuk manis
Giling daun bunga melur atau daun pucuk manis sehingga halus dan tampal di sekeliling payu dara pada waktu pagi sebelum mandi. Pastikan anda cuci bersih kawasan payu dara sebelum menyusukan bayi.

Kacang tanah
Kacang tanah mengandungi kandungan protein yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks, dan fosforus. Kandungan protein dalam kacang tanah lebih tinggi daripada daging, telur dan kacang soya. Kandungan asid aminonya pun tinggi. Bagi menambahkan penghasilan susu badan, anda digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing

Longan kering
Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya.

Daun sirih
Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian, layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada payu dara. Lakukan setiap hari sehingga susu badan menjadi banyak.

Halba dan jintan hitam
Cuci halba atau jintan hitam bersih-bersih. Selepas itu keringkan dan simpan dalam bekas bertutup. Cara menggunakannya, rendamkan 1 sudu halba atau jintan manis  dalam segelas air panas selama 15 minit. Kemudian tapis dan minum airnya.

Susu
Banyakkan minum susu. Seelok-eloknya mengambil hidangan susu sebanyak 3 hingga 4 hidangan sehari..

Lobak merah
Ambil sebatang lobak putih bersaiz sederhana. Cuci bersih dan kemudian potong kecil-kecil. Kisar sehingga halus. Selepas itu, campurkan dengan segelas air suam. Minumlah sebanyak 2 kali sehari.

Nasi panas, halia muda dan air asam
Makanlah nasi panas bersama halia muda yang ditumbuk halus dan dicampurkan dengan air asam.

Daun betik muda
Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Cuci bersih dan rebus sehingga mendidih. Minum air rebusan tersebut 2 hingga 3 kali sehari.

PMR...


Today..PMR result kuar la...huhuhu..kejap jerkan rasa2nya baru jer candidates tu sit exam.. result da pun kuar.. n for me da bebelas tahun tinggalkan zaman PMR tu.. n today confirm la ramai parents yang nervous tunggu result anak.. anyway kenala banyak2 betenangkan diri tu..heheh.. kang ada lak kes cam candidates UPSR yang lari coz sangkakan tak dapat straight A's....

~~~~~~~~~~~

Al-kisah Anak nak ambil result PMR

Ayah : Dulu kamu dah janji ngan ayah untuk lulus cemerlang , jikalau kamu gagal esok, JANGAN PANGGIL AKU AYAH LAGI!

Anak : Baik Ayah

Keesokan harinya (ambil result PMR)

Ayah : Amacam result kamu? OK tak?

Anak : Gagal BRO!


Friday 14 December 2012

Baby....




Take a break...


10 mos...

Kejap jer masa jalan kan....tetiba je next week icha da nak masuk 10 bulan.. huhuhu.. da besor pun ini kenit...so jom tengok perkembangan icha.. sama or tercepat dari sepatutnya...camner tu ek???


~~~~~~~~~~~~~
Melakukan pergerakan yang lebih banyak

Ketika bayi berusia 10 bulan, dia selalunya boleh merangkak dengan baik menggunakan tangan dan lututnya, dengan anggota-anggotanya lurus dan tubuhnya selari dengan lantai. Banyak juga bayi yang cuba merangkak sebelum usia 10 bulan tetapi hanya dapat melakukannya dengan baik pada usia ini. Pada usia ini juga, bayi anda boleh duduk dengan yakin dan mungkin boleh berjalan sambil memegang perabot, dan mungkin juga dapat melepaskan pegangannya seketika dan berdiri tanpa sokongan. 

Apabila bayi sudah dapat berdiri dengan mengimbangkan badannya, sambil menggunakan objek lain untuk mengekalkan posisi, dia juga akan mencari cara-cara untuk naik ke atas perabot dan juga merangkak naik tangga. Semasa berada dalam posisi berjalan dia akan mengambil langkah dan akan cuba mencapai alat mainan dari posisi berdiri. Langkah-langkah pertama yang menakjubkan ini sebelum dia mencapai perkembangan penuh – yang akan memberi anda senaman yang cukup! – akan tiba tidak lama lagi.

Memegang dengan jari-jemarinya

Jari-jemari bayi anda menjadi semakin lincah. Dia boleh mengangkat objek kecil menggunakan ibu jari dan jarinya dengan tidak perlu mengampukan pergelangan tangannya di atas permukaan yang keras. Dia berminat dengan barang-barang kecil dan akan menjilat-merasanya; ini adalah okey selagi barang itu boleh dimakan dan tidak terlalu kecil sehingga menyebabkan bayi anda tercekik. 

Personaliti yang berkembang

Personaliti bayi anda sedang berkembang dengan cepat sekarang. Dia akan mula menjadi sangat sosial, memberikan senyuman besar kepada semua orang atau sebaliknya menjadi lebih penyegan dan menyembunyikan mukanya apabila berjumpa dengan orang yang tidak dikenali. Dia akan mengulangi bunyi, memberikan tanda isyarat tertentu untuk mendapatkan perhatian anda dan mungkin akan melambai-lambai selamat jalan apabila melihat anda menuju ke pintu. Dia juga boleh berfikir dengan sendiri, dan anda akan menyedari ini apabila dia membantah jika diletakkannya dalam kerusi bayi dalam kereta atau dalam kereta tolaknya. 

Menangani ketakutan bayi anda

Ada masa-masanya bayi anda akan takut dengan perkara-perkara yang dia tidak faham atau perkara biasa yang sebelum ini tidak menganggunya, seperti bunyi loceng atau telefon. Apabila ini berlaku, perkara yang paling penting yang dilakukan oleh seorang ibu atau bapa ialah bagi menenangkan bayi anda serta meyakinkan dia yang anda ada di situ dan tiada apa-apa yang akan berlaku kepadanya.

Bercakap dengan bayi anda yang ‘bermulut murai’

Bayi anda sudah mula memahami banyak perkataan dan frasa yang mudah, jadi adalah amat penting untuk anda terus bercakap dengannya. Berikan bayi anda asas kukuh dalam menggunakan struktur ayat yang baik dengan mengulangi sebutannya dahulu, kemudian menyatakan perkara yang sama tetapi menggunakan bahasa yang betul. Sebagai contoh, jika dia meminta "baubau," ulangilah, dengan cara lembut, sebutan yang betul dengan menanyakan, "Adakah kamu mahu minuman?" Pada peringkat ini, perkara paling baik ialah untuk mengelakkan penggunaan percakapan bayi – yang sememangnya menarik, tetapi ingatlah bahawa adalah lebih baik untuk perkembangan bayi anda jika dia mendengar sebutan yang betul. 

Walaupun kadang-kala anda akan berasa pelik untuk berbual dengan bayi anda, ini sebenarnya adalah cara terbaik untuk menggalakkan kemahiran bahasanya. Apabila dia mengeluarkan ayat secara meraban, jawablah "Oh, ya ke? Pandainya." Sudah tentu dia akan respon dengan gembira dan meneruskan percakapannya. Lambat laun, anda akan dapat mengenali beberapa perkataan atau tanda isyarat yang boleh difahami, di samping lain bentuk komunikasi seperti menunjuk atau berdengus dengan cara tertentu. 

Memberikan bayi anda deskripsi terperinci mengenai apa yang sedang anda lakukan juga merupakan satu amalan yang baik, seperti menceritakan aksi anda sedang menghiris bawang untuk masakan atau melipat kain. Sambil anda meletakkan bayi anda ke dalam kereta tolaknya, katalah, "Sekarang, mak nak letakkan kamu ke dalam kereta tolak biru. Sekarang, ibu akan mengancingkan kamu dan membuatkan kamu selesa. Okey dah, jom kita ke taman." Anda juga boleh menyanyikan lagu kanak-kanak dengan melakonkan aksi sesuai (sebagai contoh, melambai untuk "selamat tinggal") supaya dia belajar mengenali kata-kata dan frasa-frasa asas. 

Bayi akan mula memahami konsep hubung kait. Apabila ini berlaku, dia akan turut menepuk tangannya apabila anda menepuk tangan atau dia mula mengatakan "mama" apabila memandang anda dan "dada" apabila ayahnya masuk ke bilik (walaupun pada mulanya, dia akan menggunakan nama-nama ini secara sembarangan). 

Adakah bayi saya membesar dengan normal?

Ingatlah bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai tahap-tahap perkembangan fizikal yang utama mengikut jadualnya tersendiri. Kemahiran-kemahiran yang telah menjadi piawai merupakan panduan yang menunjukkan potensi yang boleh dicapai oleh bayi anda - jika bukan sekarang, mungkin tidak lama lagi. 


Sumber: http://www.babycenter.com.my

Tangkap ikan...

Ha!!! mesti ada readers yang minat or suka g tangkap ikan kan.. tak kisahla.. laut ke.. parit ke.. sungai ke.. kat pasar ker.. asal namanya ikan.. mesti ada yang minat kan... so kat sini.. ader sapa2 yang nak try tangkap ikan ikut cara tradisional  kat negara cina sana tak????






Senangkan caranya????.. ader sesapa nak cuba????......

Shaken Baby Syndrome (SBS)

Shaken Baby Syndrome (SBS) ... nama saintifik tu... slalunya kita buat waktu timang baby.. kan ada goncang2 skit.... sebenarnya bahaya tau.... boleh lemah semangat budak tu... orang tua-tua kata la...tadi ada dapat sumber  pasal syndrome SBS ni... terang lagi bersuluh tajuknya BAHAYA TIMANG ANAK!!! Saper yang tak tau lagi.. kena la ambik tau sebelum apa2 terjadi yer... sapa yang susah????? kita dan keluarga kita jugak yang susah...hehehe

~~~~~~~~~~~~~

Pesakit terakhir yang kami ‘tidurkan’ ialah bayi berusia 4 bulan. Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Dia sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Dia tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain. Itulah kali pertama dia mendapat sawan.

Sesampai di resus room (red zone), dia masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Dia kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depannya yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan dia tidak demam dan ujian menunjukkan dia kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak (Brain CT Scan).


Scan otak menunjukkan dia mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.

SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)

SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

erkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.

Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.

PENCEGAHAN

Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain. Jangan memegang bayi anda ketika marah. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain. Minta bantuan orang lain.

Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.

Rujukan :
1.http://www.medicinenet.com/shaken_baby_syndrome/page2.html
2.http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/000004.html
3.http://www.dontshake.org/
4.http://en.wikipedia.org/wiki/Shaken_baby_syndrome

Dr.Muna
UMMUSAIF.COM
68000, Ampang.
Petikan: Blog http://berdurikaktus.blogspot.com

Kolagen...


huhuhu... suddenly  tengah bebual2 ngan mr. chubby.. terkuar plak dari mulut my mr chubby pasal kolagen....hahaha.. sudah maju skang yer... sebabkan masa tu malas nk pikir what is collagen....so ding dong ding dong wat tak tau jer la...  but semlm try gak la surf2 pasal this pure marine product .... huhuhu banyak gak pekdahnya ...  yang ni pure punya..... n this product also banyak jugak type grednya.. .. ada AA and ada triple A... apalagi.. trus la suh mr chubby oderkan.. nanti yer.. testimoni on myself dulu...hehehehhe.. trus je oder yang triple A....hhahahaa.. nak cepat la tu kesannya... tak sabar betul kan.... ada gak info kalu nak lebih cepat kesan makan dengan vitamic C jugak...wokey wokey.. nanti i try ek.....

~~~~~~~~~~~

Kebaikan :

-Melaraskan BERAT BADAN dan HORMON,

-peningkatan PAYUDARA

-Anti-bakteria,

-membuang TOKSIN

-Menghilangkan SEMBELIT

-Mengurangkan tekanan darah tinggi dan hypotension

-MENCANTIKKAN KULIT,

-MELICIN dan MENEGANGKAN kulit serta PAYUDARA (anti penuaan)

-Memulihara sel-sel kulit mati (JERAWAT)

-Menormalkan fungsi kelenjar tiroid

-Memperbaiki masalah KULIT dan RAMBUT,

-mengurangkan KEDUTAN, TEMPAT HITAM, SELULIT DAN JERAWAT

-Membantu meningkatkan METABOLISME

-Meningkatkan fungsi stomatch

-Membantu menghapuskan nefritis, Artritis, basal

-Menguatkan saluran darah, meningkatkan penyakit sendi, kecacatan kolagen, darah
badan dan purpura haemorrhagica

-Meningkatkan PEREDARAN DARAH, dingin dan mencegah sakit bahu

-Berkesan bagi orang-orang yang telah sarcoma atau TUMOR SLIM UP abdomen dan
PUNGGUNG anda, melembutkan kulit dan mengurangkan sakit pinggang

-Mencegah ANEMIA Mengisi rawan antara sendi, menguatkan tulang, sinews dan ligamen
serta lebih rendah sakit belakang dan sebagainya ...

Sebelum 6 bulan....

Morning uolss...!!! sangat2 lama tak menghapdetkan diri kt my blog kan... huhuhu... tak tercetus plak idea time2 bz dihujung tahun ni... almaklumla.. semua nk kena ontime.. so nnt nk cuti bila budak naik sekolah senang.. keje da beres...hehehee.. pepagi buta ni tetiba dapat good info pasal kenapa tak leh bagi baby makan before umur dia 6 mos.... hah!!!! kenapa ek??? tu la.. kalu mak2 kita dulu ada yang umur 2 minggu da bagi makan... alasan sebab baby da lapor!!!!!!... masuk jari dalam mulut pun lapor!!!!..menangis or merengek pun lapor!!!  padahal mmg dari dalam perut baby2 ni da pandai masukkan jari kat dalam mulut n merengek or menangis tu maybe kembung or sebenarnya berzikir macam my last n3....anyway.. sebenarnya menangis tu good utk paru2 baby (kalu tak silap la)....  huhuu.... tapi this morning with this  info yang ada..kenala perbetulkan keadaan.. kalu baby sakit sapa lak yang susah... ?? ofkos la mak bapaknya kan.. 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kenapa Baby TIDAK Boleh Makan Sebelum 6 bulan?

Kebiasaan bagi orang-orang yang lebih tua melazimkan bayi sekecil sebulan umurnya agar diberi makanan berupa pisang lecek atau bijirin bayi. Walaupun sudah tertera pada label bijirin tersebut ‘hanya untuk 6 bulan ke atas sahaja’ tapi masih ramai yang mengamalkan pemberian bijirin lebih awal. Malah, ada yang mencampurkan bijirin tersebut di dalam botol susu agar mudah untuk diberikan kepada bayi.
WHO mencadangkan agar bayi diberi makan pada usia 6 bulan (tahun 2001), begitu juga dengan Jabatan Kesihatan United Kingdom, dan Polisi Penyusuan Susu Ibu Kebangsaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia menggalakkan ibu menyusukan anaknya secara eksklusif (tanpa makanan lain, susu lain, mahupun air masak) selama 6 bulan.

Namun, masih ramai yang tidak mengikuti polisi dan recommendation di atas kerana beberapa sebab:

Anggapan bahawa bayi kelihatan bersedia untuk makan dari mulutnya yang suka mencicip2.
Anggapan bahawa bayi lapar.
Anggapan bahawa perut bayi akan lebih kuat sekiranya diberi makan lebih awal.
Anggapan bahawa bayi akan lebih kenyang dan tidur lebih lena jika diberi makan.
Sayangnya anggapan di atas salah sama sekali. 
1. Sistem penghadaman yang belum matang

Sistem penghadaman bayi di bawah 6 bulan masih terlalu muda dan belum bersedia untuk memecahkan kanji dan karbohidrat. Tubuh bayi masih belum menghasilkan enzim yang mencukupi untuk proses ini. Enzim amilase di dalam air liurnya belum cukup bagus untuk menjalankan proses pencernaan pertama.

Tubuh bayi masih belum dapat memproses lemak. Manakala buah pinggangnya masih belum bersedia untuk memproses protein yang tinggi dari sumber telur, daging dan susu lembu (Protein di dalam susu ibu adalah berbeza).
Tidakkah anda berasa kasihan dengan tubuh bayi semuda itu terpaksa bekerja keras untuk menerima zat2 makanan yang masih belum sesuai untuknya?

2. Masalah kesihatan jangka masa panjang

Pernahkah anda terjumpa seseorang dewasa yang kelihatan sihat, menjaga pemakanan, rajin bersenam, tiba2 jatuh sakit atau meninggal dunia akibat penyakit kronik, seperti sakit jantung, strok, kencing manis, buah pinggang dan sebagainya?
Menurut kajian yang dibuat oleh University of Buffalo, salah satu penyebab keadaan ini adalah akibat dari pemberian makanan terlalu awal.
Tidakkah anda menyayangi anak anda dan masa depannya?

3. Masalah dalam penyusuan

Bayi yang diberi makan terlalu awal, akan lebih kenyang dengan makanan. Ini akan mengganggu penyusuan ibu kerana mungkin bayi sudah tidak mahu menyusu lebih banyak.
Fikir-fikirkanlah tentang masa depan anak-anak kita. Ada sebabnya apabila satu riwayat diceritakan kepada kita bahawa Rasulullah SAW cuma memercikkan air pada pakaian yang terkena kencing bayi lak-laki di bawah usia 2 tahun yang hanya minum susu ibunya sahaja.
Ada mesej tersembunyi kenapa Rasulullah masih tinggal bersama Halimatussaadiah, ibu susuannya meskipun usia Baginda sudah melepasi 2 tahun.
Sayangilah masa depan anaka-anak kita. Jangan terlalu ghairah untuk melihat bayi kita ‘cepat besar’ dan memberinya sesuatu yang dia belum bersedia untuknya. Ikutlah saranan yang telah digariskan, sebagai satu usaha untuk memastikan anak-anak kita membesar dengan sihat dan terjaga kesihatannya.

Tanda- tanda baby sudah bersedia diberi solid foods ialah:

1. Baby sudah boleh DUDUK - Tidak kiralah sama ada baby itu sudah duduk sendiri ataupun sudah stabil apabila didudukkan. Ini kerana esofagus berada dekat dengan tulang baby..so kalau baby duduk maknanya makanan akan masuk dengan selamat ke dalam perut mereka. Dinasihatkan juga ibu2 jangan beri solid food dgn cara baring. Bahaya!! sebab takut tersedak susu. 

2. Baby dah boleh MENGGELENGKAN KEPALA - Apabila baby dah mampuuntuk menggelengkan kepala maka baby sudah boleh untuk mencuba dan menghabiskan saki baki makanan di dalam mulutnya sebelum kita menyuapkan lagi makanan. Malah dengan menggelengkan kepala, mereka akan memberi tanda bahawa mereka tidak mahu makan atau sudah kenyang.

Kesimpulannya selepas umur 6 bulan, susu ibu bukan lagi makanan utama dan baby perlu diperkenalkan dgn mknn pejal (bukan makanan pelengkap) yg bertujuan mengajar baby merasai pelbagai tekstur dan rasa. Namun, kalau baby menolak, just sabar dan jgn memaksa baby utk makan sebab mungkin baby belum betul bersedia

Wednesday 5 December 2012

Patience...


Jejalan lagi!!!

Sebabkan ari Sabtu dapat jalan kejap jer.... so pagi2 Ahad tu ..mr chubby ajak g jalan2 lagi... so apalagi.. riang ria la diati ni... ofkos la my ati n bdak2 tu punya ati.. keluar je bilik terus buat announcement... ok siap semua !!!!! kita nak g jalan lagi!!!!huhuhu... cam panggil berbaris plakkan..heheheh.... so sebabkan petang nak g tempat lain.. so pagi tu mr chubby bawak g tasik ayer keroh jer...banyak mainan kat situ.. tapi kebetulan tak bukak banyak.. so dapatla main waterball n naik cruise kat tasek tu... yang penting diorang happykan...dekat kul 1 jugak baru balik...
 




 
bila balik rumah..apalagi kelaparan semua... pastu bila da makan hingga kekenyangan berehatla diorang ngadap movie .... sementara menunggu sesi petang...huhuu... jalan jer kan...
 
kalu ikut plan nk g taman buaya.. coz kat situ ada wetland... tapi sebabkan musim hujan yang tak menentu skang ni.. so pegila wetland kat dalam Mahkota Parade.. best jugak.. dahla berbumbung.... sejuk.. tak kena panas.. tak kena hujan kan... bila lapar kuar je kaki sebelah da masuk food court....hahahaha.. senang jerkan.... kat situ masuk RM 3 jer.. pastu mainla sampai puas... coz tutup kul 8.30 malam...bestkan...
 




 
Kuar petang tu.. icha joint sekali.. seronok dia dapat main gelongsor.... tak per icha.. banyak lagi mainan yang ada.. nanti kita cuba satu2 yer...
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...