Pages

Tuesday 22 January 2013

Awas!!! perkara yang boleh hancurkan rumahtangga!!!!



Perkahwinan yang bahagia dan berkekalan merupakan impian setiap pasangan pernikahan didunia. Tetapi kerana ada beberapa kesalahan yang sering kita lakukan boleh membuat perkahwinan kita dan pasangan menjadi terancam dan terabai. Berikut ini ada beberapa perkara yang boleh menghancurkan kehidupan berumahtangga dan perlu dihindarkan.

1. Jangan Melibatkan Orang Tua
Melibatakan orang tua dalam masalah yang berlaku dalam rumah tanga bukanlah perkara yang baik walupun ada satu dua perkara perlu dirujuk tapi tidak 100 peratus. Kebanyakan orang tua terkadang lebih mudah untuk mengambil jalan yang mudah tanpa memikirkan risikonya. Anda perlu berusaha sendiri seandainya mempunyai masalah dalam rumah tanga untuk diselesaikan sendiri bersama pasangan anda.

2. Masih mengutamakan rakan-rakan
Ini merupakan kesalahan umum yang sering dilakukan oleh banyak pasangan. Melibatkan rakan dalam rumah tangga hanya akan membuat masalah anda dan pasangan semakin rumit. Selain itu jika anda masih suka berkumpul dengan rakan anda dan menghabiskan masa bersama. Kebiasaan buruk ini akan memburukkan lagi hubungan anda dengannya. Anda tidak boleh lupa bahawa anda juga perlu menghabiskan masa bersama si dia.

3. Menjadi Anak Ibu
Jangan menjadi anak Ibu dan terlalu mengikut semua apa kata Ibu biar bagaimana pun anda sudah mempunyai isteri / suami dengarkan semua perkatan isteri / suami kamu dan jika isteri/ saumi anda dan ibu anda terlibat konflik anda jangan hanya melihat saja ambil tindakan tergas untuk menyelesaikan konflik anda jangan bela kedua-duanya.

4. Tidak Menghormati Pasangan
Hubungan yang romatis antara pasangan kerana adanya hubungan komunikasi yang baik. Jika anda sudah tidak menghormati pasangan anda. Maka anda dan pasangan akan sering terjadi konflik jika ini terus dibiarkan maka hubungan perkahwinan anda boleh saja menjadi suram dan lebih daripada itu berlaku penceriaan.

5. Kurangnya Hubungan Seks
Dalam kehidupan berumahtangga inilah perkara pokok dan asasnya. Tidak bermaksud perkahiwanan hanya untuk seks sahaja. Tetapi perkahwinan amat memerlukan perkara tersebut. Banyak pasangan melakukan kesalahan dengan tidak mengendahkan kehidupan seksual. Ingat, seks juga menjadi keperluan penting yang perlu dipenuhi dalam perkahwinan anda.

Rokok elektronik


Pengguna rokok e-elektronik kini dalam bahaya serta terdedah dengan penyakit dan penjualannya adalah salah di sisi undang-undang dan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-dua sekali.


BENTONG – Penjualan rokok e-elektronik bukan sahaja salah di sisi undang-undang, malah pengguna produk itu turut terdedah kepada pelbagai penyakit kronik.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, penjualan bahan dan produk itu adalah salah mengikut Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadahdan Kosmetik 1984.

“Mereka yang didapati bersalah menjual dan mengedar produk itu dan cecair nikoton untuk kegunaan rokok e-elektronik boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-dua sekali,” katanya. – Kosmo!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...