Pages

Tuesday 5 February 2013

Maut digilis komuter!!!!!!!!!


Ouchhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!! kenapala masih ada yang degil n suka sangat langgar peraturan!!!! bukannya tak tau yang laluan yang nak digunakan tu merbahaya...kenapala masih nak guna??????? hari ni kat akhbar Metro ada citer pasal wanita ni yang maut digilis komuter....da tu dalam keadaan yang mengerikan pulak... banyak2 jalan kenapala g lintas kot situ???....

~~~~~~~~~~

Kuala Lumpur: Seorang wanita berusia 50-an maut dalam keadaan mengerikan selepas digilis komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) ketika menyeberangi landasan kereta api di Taman Wahyu, Sentul, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, mangsa diseret komuter berkenaan kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian sebelum ia disedari pemandu komuter terbabit bahawa ia terlanggar sesuatu.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, pihaknya menerima maklumat daripada pihak KTMB mengenai insiden itu sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Mangsa adalah seorang wanita dipercayai warga tempatan.

“Ketika kejadian, mangsa dipercayai sedang menyeberangi landasan di Kilometer 5.25 di kawasan jejambat berhampiran Taman Wahyu.

“Sebuah komuter dari arah Kuala Lumpur ke Rawang melanggar mangsa,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, mangsa kemudian diseret sejauh kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian oleh komuter berkenaan.

Zakaria berkata, pemeriksaan mendapati mayat mangsa dalam keadaan mengerikan dan pemeriksaan lanjut tidak menemui sebarang dokumen peribadi milik mangsa.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang (HS), di sini, untuk bedah siasat.

Katanya, mana-mana individu yang kehilangan ahli keluarga dan mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya tampil membantu siasatan.

Sumber : Harian Metro 5/2/2013

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...