Pages

Wednesday 15 May 2013

Tips pikat hati mertua....


Jeng..jeng..jeng... ni ada tips nak pikat hati bakal2 mertua.. especially mak mertua la yer.. coz mak2 ni lain skit... tak cam bapak2nya... mak2 ni biasanya lebih detail dalam memilih menantu.... opppsss.. but not my mertua yer.. diorang ni very sporting morting...hehehehhe....

Tips ni ditujukan khas buat  anak2 sedara n anak2 mama la yer yang sedang membesar dengan jayanya...heheheh.... tapi kena ingat.. walau ada tips skalipun... jangan hipokrit... jadilah diri kita yang sebenarnya... sebabnya... semua akan terbongkar lepas kita kawin nanti.. kalu tak caya.. cuba la buat...

Tips kat bawah ni untuk yang berjinak-jinak nak kenal dengan ahli keluarga.....senang citer baru mula nak jumpala...


Tips :

  1. Bila jumpa diorg, perkenalkan diri dengan tertib.
  2. First impression sangatlah penting . Must confidence & matured. Jangan tunjukkan kelemahan diri.
  3. Tanyala kat pertner tu,  apa yang parents dia suka/minat like hobi ke, kerja ke etc. Anggukkan aje pendapat parents dia. Tak payah nak bahas sangat.
  4. Bagi yang perempuan, rajin2kan lah diri korg tu untuk tolong apa yang patut. Masak ke, basuh pinggan ke etc.
  5. Jangan ketawa berdekah2 kalau ada benda yang lawak. Senyum je.. Control la sikit, attitude tu penting.
  6. Kalau first time jumpa, lebihkan banyak diam daripada bercakap. BUT, in the same time, korg observe la sikit kerenah2 diorg. Jangan diam takde fikir apa.
  7. Jangan lupa senyuuummm sentiasa . Tapi agak2lakan jang cam kerang busuk plak...hehehehe..
  8. Lebih elok kalau bawak buah tangan. 
  9. Masa. Masa ni sangat penting. Kalau boleh prepare lah apa yang patut sebelum hari korg jumpa bakal mertua korg sebab tak nak lewat.. n kira sempat tarik nafas la..maklumla gabra kan....  
  10. Pakaian. Pakailah yang sopan2. Tak kesahlah lelaki ke perempuan. Bagi yang lelaki, kalau boleh pakailah kemeja so that u look smart in front of them. Remember! First impression is very important! Bagi yang perempuan, janganlah pakai yang sendat mendat sampai nampak lemak berlapis2. huhu.. Rasanya perempuan takde masalah. Sekarangkan dah bermacam2 fesyen ada. Just pilih je, okeh? :)


Bila dah mula ada ikatan ... tunang or ikatan yang dah sah...

1. Sebaik sahaja anda sah sebagai tunangannya

Mulakan berkenal kenalan dengan keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya.

2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama

Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih ataupun buah-buahan. Tetapi lebih elok jika anda membawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati. Misalnya dengan memberikan sepasang kain batik atau pelikat sebagai tanda kenangan.

3. Kenali sikap sebenar mertua anda

Tanya kepada pasangan anda, apa yang disukai dan dibenci oleh mertua. Jika anda tahu apa yang disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak.

4. Setelah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya di hadapan mereka

Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda terhadap anak mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian dihati mertua.

5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya

Dengan bercerita tentang pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa bercerita dengan sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu. Ingat, jangan pula anda bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri.

6. Berkongsi minat dengannya

Kalau dia gemar bercucuk tanam, anda juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak salah anda cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat dengan apa yang disukai. Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius.

7. Ingat hari-hari penting yang berkaitan dengan mereka

Contohnya seperti ketibaan Hari Ibu, Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu. Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah. Atau anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka.

8. Paling penting, jaga pertuturan anda

Jika sebelum ini anda seorang yang ‘mulut lepas’, anda dinasihatkan agar menjaga pertuturan anda. Kata orang, kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mertua.

9. Setelah selesai majlis kenduri, pastikan anda ringan tulang membantu mengemaskan apa yang patut

Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut dibasuh seperti periuk, kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun anda keletihan, tetapi cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut. Tetapi jika majlis dilakukan secara katering, cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah.

10. Cuba mengasihani keluarga mertua seperti anda menyayangi keluarga sendiri

Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat. Walaupun jika ditakdirkan anda tiada jodoh dengan anak mereka, pastikan anda sentiasa menghubungi mereka walaupun sekadar bertanya khabar sahaja.

So... kesimpulannya... buatla yang terbaik... bukan untuk sapa pun.. diri kita jugakkan...nnnn guddluuccckkkk!!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...