Pages

Tuesday 6 November 2012

nak kawin ke tak???

Apa la nak jadi dunia skang ni...??? !!! nak kawin buat la cara nak kawin... ni da tak cukup duit berangan nk kawin.. tak pasal2 menyusahkan pompuan la lelaki ni... da la tak de duit.. buat plak citer kata kena rompak..hampeh betol ..... memang tak boleh nak dijadikan laki spesies ni.. sok sok da kawin lagila menyusahkan ... nasib baik la sipompuan tu pandai... g check kat bank bila tunang tu tepon kata kena samun.. ghupe2nya citer tu tak penah belaku dan situnang tu pun tak der akaun pun kat bank tu...kesian tengok kat family pompuan .. semua da setel tup tup majlis kawin jadi majlis doa selamat....


BATU PAHAT: Pening memikirkan wang hantaran tidak cukup, seorang lelaki melakukan tindakan bodoh untuk menyelesaikan masalahnya apabila membuat laporan polis palsu kononnya dia disamun ketika mengeluarkan wang untuk dijadikan hantaran kahwin di bank, sebelum menghilangkan diri.
Lakonan lelaki berusia 24 tahun itu menyebabkan tunangnya serta keluarga menanggung malu apabila majlis perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung Jumaat lalu, dibatalkan dan ditukar ditukar kepada majlis doa selamat.

Tunang lelaki terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Noor, 23, berkata, bakal suaminya menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) empat hari sebelum hari persandingan pada 29 Oktober lalu dan memaklumkan dia menjadi mangsa samun.

“Dalam SMS itu dia memberitahu disamun ketika mengeluarkan wang daripada bank di Sungai Dulang sebanyak RM18,000 untuk perbelanjaan majlis perkahwinan kami termasuk wang hantaran RM12,000.


“Curiga dengan mesej yang diberikan, saya membuat pemeriksaan di bank berkenaan dan diberitahu tunang saya tidak mempunyai akaun di bank itu,” katanya

sumber : Harian Metro, 6/11/2012 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...