Pages

Thursday, 14 March 2013

Cartoon life..in reality...!!!!

Tak sangkakan ramai rupanya yang terpengaruh sangat dengan katun-katun yang wujud kat dalam televisyen..selalunya bile terbaca kat surat khabar.. ramai penggemar katun especially katun jepun yang sanggup habis duit nk ubah muka.. tp kali ni lain.. berhabis duit asalkan dapat hasil yang sama macam katun kegemaran diorang.. dan yang paling seronok tu sanggup meniru tempat tinggal atau rumah ikut character katun yang diminati.. Agak2la .. kalu kat Malaysia ni ada tak yang sanggup buat macam tu????

Rumah The Simpsons


Rumah ini dihasilkan oleh seorang peminat fanatik. Ia bukan sahaja sama di bahagian luar malah hiasan dalamannya juga seperti dalam kartun. Rumah ini terletak di Henderson, Nevada.

Rumah Mickey Mouse


Rumah ini bukan sahaja nampak comel dari luaran tetapi juga mempunyai kelengkapan penuh di dalamnya. Ia termasuk mesin menjawab telefon (anda boleh mendengar suara Mickey dan Goofy), oven yang sedang membakar kek dan ketuhar gelombang yang memasak popcorn! Rumah ini terletak di Mickey’s Toontown Fair, Orlando, Florida.

Rumah The Flinstones


Rumah batu ini hampir sama dengan rumah dalam The Flinstones. Walaupun bentuknya agak luar biasa namun hiasan dalamannya mempunyai gaya kontemporari. Rumah ini mempunyai pintu masuk, beberapa buah tingkap dan bumbung. Ia terletak di Nas Montanhas de Fafe di Portugal.

Rumah Barbie


Rumah moden ini dihasikan oleh pereka dalaman Jonathan Adler sempena ulang tahun Barbie yang ke-50. Ia seluas 3,500 kaki persegi dan menghadap Lautan Pasifik. The Barbie’s Real Life Malibu Dream House ini terletak di Malibu, California.

Rumah Hello Kitty


Rumah comel berwarna merah jambu ini diinspirasi 100% dari sejarah kucing yang popular ini. The Hello Kitty Villa ini terletak di Taipei, Taiwan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...