Citer ni saya peroleh dari sumber inbox mr chubby ...
~~~~~~~~~
2013/1/20 Noorsiah Hassan basri <noorsiah@moh.gov.my>
As salam,
Untuk peringatan semua terutama kaum wanita berhati-hati bila isi angin dan minyak dipetrol station. 17/1/2013 (HARI KHAMIS) merupakan hari agak malang kepada saya tetapi bersyukur saya tidak diapa apakan.
Seperti biasa saya memandu kepejabat pada awal pagi ke putrajaya. hari ini saya agak lambat pukul 5.55 pagi baru saya bertolak dari rumah. Semasa keluar rumah saya dimaklumkan oleh suami yang tayar kereta sebelah belakang kurang angin. oleh kerana perjalanan agak jauh dan untuk menunggu hingga balik kerja saya ambil keputusan untuk mengisi angin di petrol station yang berdekatan dengan laluan saya. Saya nampak petrol station shell dan petrol Nas di bukit dukong menghala ke selekoh untuk ke Putrajaya. Mula-mula saya singgah di petrol shell dan tanya pekerja disitu ada tak tempat isi angin katanya rosak dia suruh saya pergi ke station sebelah Petronas. semasa saya memusingkan kereta ke petronas sebelah petrol station shell saya nampak 2 motosikal remaja berusia 20an di tempat parking motor shell hati berkata juga tapi taknak prejudis. Saya pun mengisi angin di Petronas sebeslah petrol shell, saya tidak rasa takut sebab guard petrol nas dan pekerja petronas berada tak berapa jauh dari tempat isi angin dan ada kereta jenis van mengisi minyak berdekatan dengan tempat isi angin. Bila saya nak masuk kereta 2 motor YANG SAYA NAMPAK TADI BERBANGSA MELAYU berlegar memusing kereta saya satu berada di sebelah pintu tempat duduk depan dan satu dekat dengan pintu masuk ke kereta. Saya tak sedap hati saya mengundur ke belakang ke arah bonet kereta , saya katakan tolong jauh sikit pada kereta saya. Dia suruh saya masuk kereta alihkan kereta katanya dia nak isi angin. saya kata tolong beredar untuk ke depan. mungkin dia rasa saya rasa curiga tiba saya dengar ber dengung bunyi ketuk yang kuat di kereta saya, saya menjerit sekuat-kuat hati minta tolong malang nya tiada siapa yang datang meluru kepada saya dan hanya melihat dari jauh.
Sehingga di pukulnya tingkat cermin kereta saya sampai pecah dan mengangkat beg yang hanya berisi buku dan coklat. Mereka tak nampak hand bag saya di bawahg dan disebelah beg yang berisi buku, dia ingat itu beg laptop saya. dan beredar dengan mudah sambil menunjukkan beg yang dia curi. setelah kedua perompak itu beredar baru lah guard dipetrol station petronas itu datang dan orang dari van itu datang kepada saya. ITULAH SIKAP ORANG MELAYU dan ORANG RAMAI DI MALAYSIA INI.
Saya akan beringat lain kali jerit minta tolong dengan NAMA ALLAH , ALLAH HU AKBAR WALAU PUN KITA TIDAK NAMPAK APA YANG ALLAH AKAN TOLONG KITA MUNGKIN ADA HIKMAH DISEBALIKNYA DAN TAWAKAL KEPADA ALLAH SAHAJALAH. tak berapa lama baru ada petrol car singgah UNTUK ke tandas agaknya. BERHATI-HATILAH TERMASUK SAYA WALAUPUN DI TEMPAT ADA ORANG MEREKA TIDAK AKAN TOLONG TAK PERLULAH LETAK GUARD DAN MINTA TOLONG MEREKA TAK KAN TOLONGPUN. Yang saya geramnya bila datang pada saya bercerita pula yang mereka dah nampak budak iu duduk di shell minyak tu dah lama. Patutnya telepon lah polis kalau nampak curiga sebab buat apa duduk di situ pagi-pagi buta. Saya cakap tak payah nak explain pada saya sepatutnya kalau dua tiga orang meluru ke saya sekurang-kurangnya mereka takut juga. Polis datang pun just tengok dan suruh saya buat laporan di Balai Polis itu sahaja. Sampai balai polis saya buat laporan katanya kami hanya ambil laporan sahaja Kak kena tunggu untuk jurugambar. Saya kata padanya kalau lambat kan en ada handphone ambil lah gambar kereta saya sebab saya bawa kereta saya di balai polis.
INI LAH CERITA SAYA UNTUK DI JADIKAN PANDUAN DAN INGATAN. UNTUK MAKLUMAN WALAUPUN SAYA TIDAK DIAPA APAKAN TAPI SAYA MASIH TRAUMA DAN TERINGAT-INGAT PERISTIWA INI HINGGA SEKARANG KERANA IA BERLAKU DIDEPAN MATA SAYA.