Pages

Thursday, 11 October 2012

Jom kenal diri guna tarikh lahir tips Dr. Fadzillah Kamsah

Jom kita test!!

Ni senarai kategori yang telah disusun ikut nombor  :

1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour

Cara Pengiraan :

Contoh: 20 05 1981

2 + 0 = 2

Maka kotak pertama adalah 2..
Kemudian campurkan kesemua nombor..

2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26

Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti:

2 + 6 = 8

Maka kotak kedua adalah 8..
Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua

2 + 8 = 10

Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi

1 + 0 = 1

Maka kotak ketiga ialah 1..
hasilnya..

2: Lembut
8: Bisnes
1: Pemimpin

Bila kita da dapat jawapannya...jadi bolehlah kita tengok kemungkinan sifat-sifat yang telah diperoleh ikut cara tadi tu mungkin ada kat diri kita...

Agar-agar milo

Semalam balik je dari pejabat... terus je beli agar-agar.. konon-konon nak try buat agar-agar yang berlapis-lapis tu....tup..tup... bila da sampai umah .. terpandang milo... tukar menu la jawabnya..maka jadila agar-agar milo... da berkobar-kobar nak wat resepi dari ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com tetiba susu cair lak da habis.. disebabkan malas nak pegi beli.. maka jadila agar-agar milo yang tak berlapis.... ampun ye kak ummi sebab derhaka kat resepi asal akk....huhuhu...


Sumber resepi asal ni dari kak Ummi...

Bahan (Lapisan Coklat)
  • 8 gm agar-agar tali (strand) - basuh dan toskan
  • 1 3/4 cawan air (akak letak hampir2 2 cawan)
  • 1/3 cawan gula
  • 3/4 cawan serbuk Milo
Cara-Cara:-
  1. Masak agar-agar bersama air hingga agar2 larut. Masukkan gula dan milo, kacau perlahan hingga gula larut. Tapiskan.
  2. Tuangkan aduna ke dalam loyang empat segi 20 x 20 cm ataupun dalam acuan yang dikehendaki. Biarkan beku sebentar.
  3. Kemudian cakar sedikit permukaan lapisan coklat dengan garfu dan bolehlah dituangkan lapisan susu nnt.
Bahan Lapisan Susu:-
  • 10 gm agar-agar tali (basuh dan toskan)
  • 1 1/2 cawan air (akak lebihkan jadi 1 3/4 cawan)
  • 1/2 cawan gula
  • 1 cawan susu sejat Ideal/Carnation
  • beberapa titis esen vanila
Cara-Cara:-
  1. Masak agar-agar dengan air hingga agar-agar larut.
  2. Masukkan gual an kacau sebati hingga gula larut. Tapiskan.
  3. Masukkan susu sejat dan esen vanila.
  4. Dengan perlahan-lahan, tuangkan adunan ke atas lapisan coklat tadi. Letak dalam fridge dan hidangan sejuk2.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...