Pages

Monday, 7 January 2013

Kidzania Kuala Lumpur

yeah !!!!! here we come...!!!! Kidzania... once sebut jer.. da tau pun camner tempat dia...walaupun tak pernah pegi lagi..ahhahah... tilik ke tengok dalam magic ball??? nonono.. cik gugel la tolong... memang xcited giler kat situ... maklumla masa kecik2 dolu tak pernah dapat main or g tempat like kidzania... so bila ada anak ni ....cam2 tempat bersosial  kuar.. ye la da millinium kan... dolu2 zaman  batu ... tgk flinstones jer la kat tv..heheh.. so semalam .. kitorang buat surprise kat alya n ariq..!!!!! tada.. Kidzania..here we come!!!!!


Alya n ariq teruja sungguh bila nampak je bebayang muncung kapal terbang yang tergantung kat building kidzania.. tak sabar betul diorang.... bila sampai jer... terus jer gi beli tiket... kat situ... bila kita da beli tiket.....kita akan dibekalkan gelang  or tag la.. yang diletakkan kat tangan.. tu baru part beli tiket....then kena lak naik tingkat 5.. lom boleh masuk lagi tau... kena check in kat kaunter Air Asia.... then diorang kan beri cheque dengan amaun 50 kidzos.... kidzos tu nilai matawang bagi Kidzania Government. Cheque tu hanya kids je yang dapat .. parents sorry yer.... bila da dapat cheque tu.. bermula la episod play n learn for kids....memang enjoy....BUT.. the first thing they should do is cari CIMB bank and cash kan cheque yang dapat tu.... with that cash.. sukatila.. diorang nak buat apakan....


parents ikut jer la n bantu mana yang diorang tak tau.... if diorang rasa duit cam da tak cukup.. kenala kerja untuk dapatkan duit n beli makanan untuk diri sendiri...Kerja???? yup.. kat dalam tu banyak kerja yang ada... ada posmen for pos laju, bomba, doktor, macam2 la....and setiap service yang diorang beri akan dibayar oleh Kerajaan Kidzania.... seronokkan???? And for your info.. setiap kerja yang diorang dapat akan dipakaikan dengan kostum kerja tersebut... contohnya.. kalu pilot.. pakaila baju pilot... kalu polis pakai baju polis...cam tu jugakla dengan yang lain2.....


untuk kiddos mmg gud la for their experience...sebabnya..... segala2nya diorang yang uruskan.... heheheh.. tak sabarnya nak pegi lagi......semalam sebelum balik.. alya da ajak pegi lagi bila g kl....balik dari situ .. tak sampai kemana lagi.. diorang da pun terlelap kepenatan sebab bekerja....huhuhu.. kesian sungguh... ariq sampai ngigau lagi mintak tandatangan.. ni mesti teringatkan pengalaman jadi posmen pos laju kan?????? hahahahha....



Sijil ni Ariq dapat masa jadi chef kat ayam brand cooking school... buat sandwich with chef costume lagi tu... and sandwich yang dibuat tu.. bolehla bawak balik untuk di ngap....yummy!!! sebenarnya.. nk upload jgk sijil yang alya n ariq dapat masa keje kat Dell Notebook Factory as a Junior Notebook Engineer... tapi tertinggallah pulak...


ni la part yang paling best Alya diikitiraf jadi Dr Nur Alya sebab g college ambik kursus kedoktoran... n with that kad yg dia dapat.. so dapat la jadi doktor bedah di KPJ Hospital bagi Kidzania Government.....






















Tak dapat beli dengan duit!!!



Dalam dunia ni.. jangan la ingat bila kita berduit.. semua boleh beli.. ada 10 benda yang tak boleh beli dengan wang ringgit tau!!!... tak dinafi la.. duit ni penting zaman skang... ada yang sanggup mmembunuh pasal duit....dan kebanyakkan manusia zaman sakng ni suka mengukur kejayaan seseorang dari segi duit....bila banyak duit.. disanjung la h lebih.. bila duit ngam2... buat2 biasa jer la...boleh gitu!!!!??? so... sesapa yang ada pemikiran cam tu.. buang la jauh2.. macam manapun penting duit tu.. tetap ada benda yang kita tak boleh beli dengan duit......


1. Masa
Duit tidak akan dapat mengembalikan masa yang telah berlalu. Setelah hari berganti, maka masa 24jam tersebut akan hilang dan tidak akan mungkin akan kembali lagi. Oleh itu gunakan setiap kesempatan yang ada untuk menyatakan perhatian dan kasih sayang anda kepada orang yang sangat anda sayang dan anda cintai, sebelum waktu itu berlalu dan anda menyesalinya.Begitu juga dengan tanggungjawab dengan Allah, jika kita terlepas waktu Subuh pagi tadi, ia tidak dapat ditukar dengan berapa juta pun wang untuk kembali ke waktu Subuh tadi.

2. Kebahagiaan
Memang kedengaran pelik, tapi inilah kenyataannya. Duit memang boleh membuat anda merasa senang kerana anda boleh bercuti mewah, memberi laptop dengan kemudahan yang sangat canggih, atau membeli kereta dan rumah mewah 8 tingkat sekalipun. Tetapi duit tidak boleh menghadirkan sececah kebahagiaan dari dalam lubuk hati kita. Berapa ramai orang kaya yang tidak boleh tidur walaupun dalam aircond yang sejuk dan dalam bilik yang super mewah yang katilnya berharga berpuluh ribu ringgit.

3. Kebahagiaan Anak
Untuk membeli makanana dan pakaian yang bagus-bagus untuk anak tercinta memang memerlukan duit. Tetapi anda tidak boleh menggunakan wang untuk memberikan rasa aman, tanggungjawab, sikap yang baik serta kepandaian pada anak anda. Hal ini memerlukan waktu dan perhatian yang anda curahkan untuk mereka dan amalan baik yang anda ajarkan. Duit memang membantu kita memenuhi aspek penjagaan, tapi waktu telah membuktikan bahawa keperluan asas tiap anak adalah berapa banyak masa yang diberikan orangtuanya, bukan “duitnya”.

4. Cinta
Cinta tidak boleh dibeli dengan wang, akuilah hal ini benar. Memang dengan duit kita boleh membuat orang tertarik, tapi cinta berasal dari rasa saling menghargai, perhatian, berbagi pengalaman dan kesempatan untuk berkembang bersama. Itu sebabnya banyak pasangan yang berkahwin kerana duit, tidak bertahan lama atau pun tidak merasa bahagia.

5. Persahabatan
Untuk diterima oleh lingkungan pergaulan dengan sahabat, anda tak perlu duit. Apabila anda ingin diterima, fokuskan tenaga anda untuk membuat diri anda berharga bagi lingkungan sekitar dengan menjadi teman dalam suka dan duka.

6. Kesihatan
Kita memerlukan duit untuk membiayai rawatan dan membeli ubat, tapi duit tidak boleh menggantikan kesihatan yang hilang. Itu sebabnya pepatah lebih baik mencegah daripada mengubati .

7. Kejayaan
Beberapa orang memang ada yang mencapai kejayaan dengan menyogok, tapi ini adalah pengecualian. Kejayaan hanya berasal dari kerja keras, kemahuan, dan rezeki yang tertulis. Ada aspek kecil dari usaha menuju sukses yang boleh didapatkan dengan duit, misalnya mengikuti kursus atau membeli peralatan, tapi kejayaan lebih banyak berasal dari usaha yang anda lakukan sendiri.

8. Bakat
Kita dilahirkan dengan bakat tertentu. Dengan duit, yang boleh kita lakukan adalah mengasah bakat tersebut, misalnya belajar muzik. Namun para pakar mengatakan, untuk menjadi pakar di bidangnya, kita memerlukan bakat semulajadi.

9. Sikap yang baik
Banyak orang yang kaya raya tapi sikapnya kasar,sombong dan cakap besar. Tak sedikit juga orang yang sederhana yang tutur katanya sopan dan menunjukkan rasa hormat pada orang lain. Jadi, jumlah duit yang dimiliki bukan penentu sikap seseorang.

10. Kedamaian
Bila wang boleh membeli kedamaian, barangkali kita tak lagi mendengar tentang perang. Tetapi yang sering terjadi sebaliknya, duitlah yang menjadi sumber pertikaian dan permusuhan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...