Seorang ayah telah pulang dari tempat kerja dengan membawa kereta baru yang
telah 2 atau 3 minggu ditempah dari tempat jualan kereta. Si ayah ini begitu
teruja dengan kereta barunya. Sudah pasti apabila telah memiliki kereta baru
manusia akan terlalu menjaganya takut terjadi apa-apa yang tidak elok pada
kereta tersebut.
Semasa
si bapa membawa pulang kereta barunya, si bapa sempat membeli pensel warna dan
kertas lukisan baru untuk anaknya. Dia mengetahui anaknya ini sangat suka
melukis tidak kira, atas kertas atau didinding. Bagi mengelakkan anaknya membuat
apa-apa terhadap kereta barunya, dia rasanya ini jalan penyelesaianya.
Dijadikan
cerita, si ayah ini terlalu sangat sayang kepada kereta barunya, setiap masa dia
pasti akan menjenguk kereta, sampai sebelum nak tidur dia akan pastikan kereta
tersebut dalam keadaan baik.
Pada
keesokkan harinya, si bapa telah bersedia untuk pergi bekerja seperti biasa. Si
ayah berangan-angan akan pujian yang diterima nanti setelah sampai dipejabat.
Belum sempat si ayah membuka pintu kereta tersebut, si Ayah telah menjerit
“Argghhhhh….siapa punya kerja ni” geram marah si ayah ini melihat kereta baru
mempunyai kesan calar yang panjang dari depan sampai belakang. Terkejut si
isteri mendengar. Jiran sebelah mula berpandangan, terpinga-pinga mereka.
Bila amarah telah menyelubungi hati manusia, takkala itu pertimbangan akal tidak menjadi rasional untuk bertindak. Si ayah tanpa berfikir panjang terus mendapatkan anaknya yang sedang leka bermain. Si ayah terus menarik tangan si anak, dan menyeret anak ini keluar melihatnya keretanya. Si ayah dalam keadaan geram terus bertanya,”Adik! ni siapa yang calarkankereta ayah?” Dalam keadaan ketakutan si anak ini menjawab “Aa..aadik ayah”. Si ayah bertambah geram, dia masuk kedalam terus dapatkan satu pembaris besi untuk menghukum anakya. Si ayah terus menarik tangan kecil anaknya itu, lalu di pukul tangan anak itu berkali-kali tanpa menghiraukan rayuan anaknya yang sedang menahan kesakitan dan si ibu hanya mampu melihat dan tidak mampu menahan perbuatan si suami.
Selepas
si ayah puas menghukum anaknya, ayah tadi menuntut semula pensel warna yang
diberi kepada si anak ini. Si ayah terus keluar dengan membawa sifat amarah yang
masih menyelubungi. Pada hari itu si ayah terus membawa kereta ke bengkel untuk
dibaiki kesan calar tersebut. Si ayah bertekad tidak mahu pulang kerumah pada
hari itu disebabkan perbuatan anaknya yang masih kecil itu, sampai begitu sekali
tahap kemarahan si ayah.
Pada
sebelah petang, telefon di pejabat si ayah berbunyi dan segera di jawab, “Helo
bapak..adik demam panas” jawab pembantu rumah. “Biarkan dia, biar dia rasa,
supaya dia ingat sampai bila-bila” jawab si ayah. Kemudian si ayah terus
menghempas telefon pejabatnya, tanda amarahnya masih membara mengenangkan
anaknya itu.
Berapa
jam kemudia, telefon yang sama berbunyi, “Nak apa lagi” jawab si ayah.
“Assalamualaikum encik maaf menggangu, ni Encik Zulkifli ke?” kali ini bukan
dari pembantu rumahnya tapi dari hospital. “ya saya” si ayah menjawab. “Encik
perlu segera datang ke hospital sekarang, kerana saya memerlukan tandatangan
dari encik” jawab pihak hospital. Tanpa banyak persoalan si ayah dengan segera
pergi ke hospital berkenaan. Sepanjang perjalanan, pelbagai andaian telah
singgah kedalam kotak fikiran “apa kena dengan orang hospital ni, tiba-tiba
telefon aku nak minta tandatangan, Takkan pasal anakku, tak mungkin, tak
mungkin” si ayah cuba menenangkan dirinya sendiri sambil memandu kereta yang
baru dibaikinya..
Apabila
si ayah sampai sahaja di hospital, si ayah diarahkan untuk berjumpa dengan
doktor yang bertugas pada hari itu. Belum sempat si ayah bertanya tentang tujuan
tandatangan tersebut, “En. Sila tandatangan disini ya” arah doktor tersebut.
“????” Si ayah kebingungan “untuk apa saya tandatangan borang ini doktor” Tanya
si ayah, “encik, anak encik tangannya perlu dipotong kerana telah dijangkiti
kuman, dan kuman tersebut telah sampai ke dalam tulang, jika tidak segera
dipotong, mungkin akan membawa maut kepada anak encik” jawab doktor tersebut.
Hampir pitam seakan jantung si ayah terhenti tidak percaya perkataan yang keluar
dari mulut doktor tersebut.
Apabila
selesai si ayah menandatangani borang tersebut, segera berlalu pergi memberi
arahan kepada jururawat yang bertugas ‘standby’ untuk pembedahan. Si ayah tidak
mampu berkata-kata, perasaan serba salah telah memadamkan api kemarahan terhadap
anaknya.
Pembedahan
selamat dijalankan, dan si anak tersebut disahkan selamat. Tidak lama kemudian,
si anak sedar dari pembedahan. Insan yang pertama dilihatnya adalah ayah yang
telah memarahinya. Air mata si anak terus mengalir, si ayah terus mendapatkan
anaknya.. “ayah..adik minta maaf, adik tak nak buat lagi, maafkan adik ayah” si
anak merayu dimaafkan “ayah..pulangkan kan pensel warna adik, adik suka
melukis…adik janji adik tak conteng kereta ayah lagi” berulang –ulang janji
anaknya, air mata si ayah mula mengalir dengan kata janji anaknya yang ketika
itu si anak tidak tahu yang tanganya sudah tiada. Apabila si anak sedar ada yang
tidak kena pada tanganya “ayah…pulangkan tangan adik, adik janji tak nak buat
lagi, maaf kan adik ayah.., pulangkan tangan adik” kali si anak menjerit apa air
matanya terus mengalir laju, tidak mengendahkan insan sekeliling, si ayah tidak
mampu berkata apa, air mata si ayah terus mengalir sambil memeluk erat anak
kecil itu.
sumber : http://alhafizmnor.blogspot.com/