Pada suatu hari Tengku Kudin telah
dijemput oleh British Resident menghadiri
satu jamuan makan malam di rumah
resident tersebut.
Ketika semua tetamu jemputan telah
bersedia untuk menghadapi hidangan,
Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke
arah paip air dan membasuh tangannya.
Tanpa menghiraukan orang lain semuanya
menggunakan sudu dan garfu, beliau
dengan selamba menyuap makanan ke
mulutnya dengan tangannya......... !
Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh
seorang wanita Inggeris yang kebetulan
duduk di sisinya.
Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku
Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya:
"Kenapa anda makan dengan tangan ?
Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu
lebih bersih dan lebih sopan ?"
Dengan selamba Tengku Kudin menjawab
lantang dan dapat didengari oleh orang
lain. Katanya:
"Saya makan dengan menggunakan tangan
saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:
Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih
dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang
membasuhnya - bukan orang lain. Sudu dan
garfu itu dibasuh oleh orang lain yang
belum tentu cukup bersih.
Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih
kerana tangan saya hanya saya seorang
saja yang menggunakannya - tidak pernah
dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu
dan garfu itu ramai yang pernah
menggunakannya.
Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih
bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam
longkang atau lantai............ !!
Jawapan Tengku Kudin ini menjadikan
semua orang yang mendengarnya
terlopong. Kalau sebelum itu ada antara
mereka yang tersenyum sinis melihat
Tengku Kudin menyuap makanannya
dengan tangan tapi selepas itu masing-
masing mengangguk mungkin kerana
memikirkan ada logiknya jawapan
tersebut...
anda bagaimana......
~~~~~~Petikan dari "Chersonese - The Guilding Off" oleh Emilly Innes.~~~~~~