Yang ni icha punyer.... |
Pages
Friday, 15 March 2013
kids safety harness bag..!!
Akhirnya.. berakhir jugak pencarian kids safety harness bag ni... dulu2... masa nmpk org pakaikan cam ni kat anak diorg... rasa cam tak sesuai lak... maklumla masa tu anak2 da besar n memang da tak perlu lagi.. tp bila icha mula membesar ni rasa2nya mmg perlu dan terpaksala mencarinya...Bukan la sangat nk beli pun tapi icha da tak suka sangat masuk stroller n lebih suka lepas bebas..tu yang jadi masalah... so lepas ni masalah dapat diselesaikan sbb .. da ada safety harness ni... plg jauh pun icha boleh pergi dalam sedepa jer ..
Apa yang kita tak tahu tentang AYAH???
Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari.. Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita? ayah selalu tanya," telefon lah anak kita tu tanya dia macam mana kerja.."
Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian..
Saat kita sakit atau demam, ayah sering membentak "kan ayah dah kata jangan main hujan?? kan ayah dah bagitau jangan minum air sejukk?? ". Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??
Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.
Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau.. ayah marah kita.. tahukah kita yang ayah taknak apa2 terjadi dekat kita bila keluar lewat malam?
Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah atau kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan macam-macam , untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga.. walaupun kadang2 ayah macam buat tak tau tapi tahukah kamu sebaik kamu pergi, ayah ceritakan dekat ibu kekaguman dia terhadap kita?
Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya.. Saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan kita..ayah pun tersenyum bahagia..
Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?
Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putera puteri kecilku yg manis bersama pasangannya"..
Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..
Itulah pengorbanan seorang ayah.. apakah kita masih belum sedar? masih memandang kemarahan ayah itu alasan untuk kita bencikan dia? percayalah.. dia orang yang paling rindukan kamu walaupun kerinduan ibu lebih menyerlah, tak dinafikan kerinduan ayah terhadap kita mungkin melebihi kerinduan ibu dekat kita.. kita cium pipi ibu, ayah hanya tersenyum melihat.. tahukah kita yang kita telah berlaku tidak adil terhadap ayah?? apakah ayah tak layak mendapat ciuman sama yang kita berikan dekat ibu? kamu lupa masa kamu kecil, ayah mendukung kamu dan menciumm kamu??
Thursday, 14 March 2013
Check handphone suami ANDA!!!!!
Nama Isteri di Handphone Suami (hasil survey majalah)
1 - Baru menikah : MY LOVELY WIFE ♥ ♥
2 - 1 thn menikah : MY WIFE/MUMMY
3 - 5 thn menikah : HOME
4 - 10 thn menikah : IBU PEJABAT
5 - 15 thn menikah : BILIK GERAKAN
6 - 20 thn menikah : BUKIT AMAN
7 - 25 thn menikah : WRONG NUMBER!!
Cartoon life..in reality...!!!!
Tak sangkakan ramai rupanya yang terpengaruh sangat dengan katun-katun yang wujud kat dalam televisyen..selalunya bile terbaca kat surat khabar.. ramai penggemar katun especially katun jepun yang sanggup habis duit nk ubah muka.. tp kali ni lain.. berhabis duit asalkan dapat hasil yang sama macam katun kegemaran diorang.. dan yang paling seronok tu sanggup meniru tempat tinggal atau rumah ikut character katun yang diminati.. Agak2la .. kalu kat Malaysia ni ada tak yang sanggup buat macam tu????
Rumah The Simpsons
Rumah ini dihasilkan oleh seorang peminat fanatik. Ia bukan sahaja sama di bahagian luar malah hiasan dalamannya juga seperti dalam kartun. Rumah ini terletak di Henderson, Nevada.
Rumah Mickey Mouse
Rumah ini bukan sahaja nampak comel dari luaran tetapi juga mempunyai kelengkapan penuh di dalamnya. Ia termasuk mesin menjawab telefon (anda boleh mendengar suara Mickey dan Goofy), oven yang sedang membakar kek dan ketuhar gelombang yang memasak popcorn! Rumah ini terletak di Mickey’s Toontown Fair, Orlando, Florida.
Rumah The Flinstones
Rumah batu ini hampir sama dengan rumah dalam The Flinstones. Walaupun bentuknya agak luar biasa namun hiasan dalamannya mempunyai gaya kontemporari. Rumah ini mempunyai pintu masuk, beberapa buah tingkap dan bumbung. Ia terletak di Nas Montanhas de Fafe di Portugal.
Rumah Barbie
Rumah moden ini dihasikan oleh pereka dalaman Jonathan Adler sempena ulang tahun Barbie yang ke-50. Ia seluas 3,500 kaki persegi dan menghadap Lautan Pasifik. The Barbie’s Real Life Malibu Dream House ini terletak di Malibu, California.
Rumah Hello Kitty
Rumah comel berwarna merah jambu ini diinspirasi 100% dari sejarah kucing yang popular ini. The Hello Kitty Villa ini terletak di Taipei, Taiwan.
Kisah sedih...dari FB
Isteri : kita dah berkawin 15 tahun dah,saya rasa saya tak sesuai lagi bersama dengan awak... saya nak mintak cerai dengan awak.....
si suami diam dan terus memandu kereta ...bertambah laju....(70km)
isteri : saya dah tak cintakan awak lagi...sebenarnya saya dah ada teman lelaki....dia akan berkawin dengan saya lepas awak ceraikan saya... saya malas nak cerita panjang lagi.. dan saya tak nak awak cuba pujuk saya..saya dah bosan hidup dengan awak....!!
si suami terus memandu dengan penuh perasaan marah...masih diam...
Isteri : bila kita bercerai,saya nak rumah kita...
si suami masih diam ...memandu dengan lebih laju.....(80km)
isteri : saya nak anak kita juga...awak bukan boleh pelihara mereka.....
si suami masih diam ..tambah kelajuan (100km)
isteri : saya nak kereta ini,kad kredit dan simpanan akaun kita
si suami masih diam, membelok kereta ke arah pasaraya Giant
isteri : awak ada ingin minta apa2??
suami : tak perlu....saya dah ada apa yang saya perlukan...
isteri : ya kah?? apa yang awak ada..??
suami : si suami menjawap sebelum beliau melanggar dinding konkrit pasaraya Giant...saya ada air bag.....awak tak ada..
Tuesday, 12 March 2013
20 fakta kalsium..
Kalsium merupakan nutrien penting untuk pembentukan tulang, pembinaan sel-sel dan perjalanan sistem tubuh manusia. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, teruskan bersama 20 cerita menarik tentang kalsium ini.
- Kalsium merupakan mineral penting dalam tubuh dan hampir semua kalsium (99%) terdapat pada tulang. Bahagian badan lain seperti gigi, plasma darah, cecair selular dan tisu lembut turut mengandungi kalsium.
- Kalsium perlu untuk proses pembekuan darah, penghantaran tindak balas saraf, membekalkan tenaga untuk jantung dan untuk kontraksi otot.
- Keperluan kalsium tinggi semasa di peringkat baligh dan remaja seseorang.
- Pengambilan kalsium yang tidak mencukupi, penyerapan kalsium yang rendah dan kehilangan kalsium boleh mengurangkan pemendapan mineral pada tulang seterusnya menyebabkan kekurangan jisim tulang.
- Bagi kanak-kanak, keperluan kalsium sangat penting untuk pembentukan dan menguatkan gigi serta kuku.
- Pengambilan kalsium yang mencukupi juga perlu untuk membina asas tulang yang kuat dan mengurangkan risiko osteoporosis di kemudian hari kelak.
- Kanak-kanak berusia di antara satu hingga tiga tahun disarankan agar mengambil lebih kurang 500mg kalsium setiap hari. Manakala, bagi kanak-kanak berusia empat hingga lapan tahun, mereka memerlukan kira-kira 800gm kalsium sehari.
- Oleh kerana susu kaya dengan kalsium, kanak-kanak perlu minum susu secukupnya setiap hari agar dapat memenuhi keperluan kalsium hariannya.
- Pengambilan kalsium terbaik ialah dengan minum susu. Keadaan semula jadinya dalam bentuk cecair memudahkannya diserap oleh tubuh.
- Segelas susu boleh memberikan anak anda kira-kira 250mg hingga 500mg kalsium. Jadi, pastikan anak anda minum dua gelas susu sehari untuk memberikan mereka kalsium yang mencukupi setiap hari.
- Bagi kanak-kanak yang tidak gemar minum susu, ibu bapa perlulah mencari alternatif lain yang dapat membekalkan kalsium pada anak.
- Makanan yang kaya dengan kalsium selain susu ialah keju, yogurt, tauhu, brokoli, roti gandum penuh dan susu soya.
- Kini, ada banyak makanan seperti bijirin sarapan pagi dan biskut telah diperkaya dengan kalsium. Lihatlah label makanan tersebut untuk mengenal pasti kandungan kalsium yang ada di dalamnya.
- Untuk penyerapan maksimum ke dalam tulang, kalsium hendaklah diambil bersama vitamin D.
- Kekurangan kalsium pada kanak-kanak boleh menyebabkan penyakit ‘rickets’.
- Kalsium tidak digalakkan diambil bersama produk yang tinggi lemak seperti coklat kerana asid ‘oxalic’ yang ada dalam coklat akan bertindak balas dengan kalsium lalu membentuk batu karang.
- Tahu kah anda bahawa secawan susu kambing mengandungi 327mg kalsium.
- Kalsium dalam tulang tidak sentiasa kekal di dalamnya. Sel-sel tulang sentiasa melakukan proses penggantian kalsium. Kalsium dalam tulang turut diambil sekiranya badan tidak memperolehnya daripada sumber makanan.
- Kalsium yang dikunyah atau dicairkan akan lebih mudah diserap.
- Untuk kekalkan tulang dan gigi yang kuat pada anak, berikan mereka snek yang kaya dengan kalsium dan hidangkanlah makanan bersama susu.
Kisah ngeri disebalik kematian Pahlawan Negara
Kisah ini diterima dari emel2 yang telah pun disebar2kan...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kisah ini adalah kisah benar yang diceritakan oleh seorang anggota keselamatan yang terselamat. Beliau kini lumpuh kedua belah tangannya kerana ditetak oleh pengganas Sulu di Lahad Datu. Nama beliau terpaksa dirahsiakan atas permintaan.
Saya terlebih dahulu memohon maaf kepada semua pembaca yang mungkin tersinggung dengan kisah ini. Namun saya meras...akan ianya perlu diceritakan untuk menjadi iktibar kepada semua bahawa apa yang berlaku bukanlah sebuah sandiwara seperti yang didakwa sesetengah pihak.
Saya juga mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga wira-wira negara yang terkorban di perbatasan. Hanya Allah yang akan membalasnya dan semoga wira-wira negara ini diletakkan dikalangan para Syuhada'. - Amin ..
Dia ditembak, namun dia bernasib baik kerana tembakan itu tidak tepat kepadanya. Sebaliknya tembakan itu tepat mengena Tuan Ibrahim. Tiba-tiba datang pengganas Sulu dengan parang lalu cuba menetak beliau beberapa kali. Dia menggunakan tangannya untuk menahan tetakan menyebabkan jari-jari dan kedua tangannya hampir putus.
Dia menceritakan, bahawa yang meninggal cukup sifatnya hanyalah Superitenden Ibrahim. Yang lain semuanya meninggal dalam keadaan ngeri. Pengganas seolah-olah hilang ingatan. Walaupun ada anggota kita yang telah mati ditembak, tetapi mereka datang lalu memenggal kepala dan merodok perut mayat dengan parang.
Ada anggota yang telah mati dipotong kaki dan tangannya. Malah dikorek mata jasad yang telah terbujur kaku itu. Mereka mahu pastikan musuh mereka benar-benar mati. Zalim dan kejam itu perkataan yang sesuai untuk perbuatan mereka.
Dia bernasib kerana dalam kesakitan itu, dia melarikan diri ke dalam rumah orang kampung. Dia juga dapat melihat mayat Tuan Ibrahim, diheret oleh seorang anggota yang terselamat ke dalam sebuah rumah yang lain. dua puluh jam dia menahan kesakitan menunggu bantuan sehingga darahnya hampir kering. Dia dapat melihat dengan jelas bagaimana semut-semut datang menghurung luka-lukanya. ALLAH MAHA BESAR, diurunkan hujan dan dia hanya minum air hujan itu.
Akhirnya dia diselamatkan. kedua tangannya yang hampir putus dijahit semula. Namun sehingga kini, dia tidak dapat menggerakkan tangannya itu.
Air matanya berlinangan. Dia tidak akan lupakan pasukannya diserang hendap tempoh hari. Dia juga tidak akan melupakan kekejaman yang dilakukan oleh pengganas-pengganas itu. Mereka terlalu zalim !!
Al-Fatihah buat Pejuang-pejuang yang pergi .. semoaga arwah ditempatkan dikalangan para Syuhada .. Amin Ya Rabb .
Friday, 8 March 2013
Ubah dunia dengan APPLE???
So... anyone can change the world from manggoes.....bananas... oppsss banana ada.. cam citer banana in pyjamas..heheh.. tu ikutan form kids la kan.. not like apple.. so.. any suggestions???
Wednesday, 6 March 2013
Tak leh tido!!!!
Susah nak tido????? ishkishkishk.. siannyer.... bukan senang ker???? ambik bantal... then alas kepala.... try to count 1 to 10.. n sleep......as easy as abc kan....hehehehhe.... tapi ada jugak manusia2 kat luar sana yang mmg jenis susah nk tido... tu yg berblogging la....opppssss... me???? no not at all... ni sebab siang ari da tak leh nk update... kesian plak tengok blog yang da kering kontang tak da citer baru... bila icha d atido.. baru la leh start projek meghapdet blog yang da lama terbiar ni.... so balik semula pasal tido ni... ada petua2 yang mungkin jugak menjadik ... tapi kena cuba la n bergantung jugak kot pada individu... mungkin ada yg sesuai n ada jugak tidak... so kena try n error la yer....ha petuanya .......
2.Baca buku berkaitan dengan stdy kita.Jangan pula baca buku yg memang kita suka baca mcm mangga ke,nanti tak boleh tidur pulak.
3.Pergi ke tempat yg biasanya memudahkan kita melelapkan mata cth.opis ke,bilik kuliah ke.klas ke
4.Gunakan teknik kiraan.Cuba kira semut di rumah anda atau kira cicak2 yg ada kat rumah rie.pasti terlena akhirnya.
5.Cuba mengorat anak jiran sebelah.Pastinya kalau dia tak layan,bolehlah anda melayan kekecewaan anda dengan tidur yg lena tapi frust.
Stress????
1. KESAN TERHADAP JASMANI DAN KESIHATAN
Kerap gigit bibir.
Mulut dan tekak mudah kering.
Kerap jilat bibir.
Sering ketap gigi dan geraham.
Jika ketapan ini berlaku ketika tidur, geraham akan rasa sakit atau sengal.
Menarik nafas lebih yg perlu, hingga membawa pada banyak sendawa atau perut kembung.
Menarik nafas secara pendek dan singkat disebabkan perasaan gusar.
Mudah selsema, demam, sakit kepala, gastrik dan panas dalam dada.
Tekanan darah meningkat.
Lemak cepat berkumpul di bahagian perut.
Nadi laju.
Susah lelap untuk tidur.
Mudah letih.
Suka mengetuk-ngetuk meja dgn kuku.
Percakapan laju.
Menggigit kuku.
Kerap mengkebil mata.
Mata atau kening mata sering bergerak.
Ketawa tidak menentu.
Suka menghentak lantai dgn kaki.
Buang air besar tidak menentu.
Kerap buang air kecil.
Pusingan haid yg tidak menentu.
2. KESAN ATAS GAYA MAKANAN
Kuat makan.
Selera untuk gula-gula meningkat.
Mudah hendak mendekati arak.
Mirip untuk mengambil ubat-ubat yang bersifat dadah.
3. KESAN ATAS HUBUNGAN SESAMA MANUSIA
Mudah membenci.
Sukar hendak mempercayai orang lain.
Hilang minat dalam hubungan kelamin.
Sukar meniâ??Mati keakraban.
Lebih mudah berkonflik dengan ahli keluarga.
Lebih mudah membuli mereka yang lebih muda atau lebih rendah jawatan berbanding kita.
Tidak selesa dalam majlis-majlis sosial.
4. KESAN ATAS PERKARA-PERKARA YANG MUDAH DIBENCI
Bunyi pintu ditutup dengan kuat.
Bunyi telefon berdering.
Bunyi wang syiling.
Bunyi kunci.
Suara orang lain mengeluh.
Bunyi kertas bergesel.
5. KESAN ATAS EMOSI DAN SIKAP
Bersikap negatif dan pesimis.
Mudah sedih dan gusar.
Terbawa-bawa dengan mimpi yang tidak baik.
Hilang arah hidup.
Merasa seolah-olah hidup tidak ada makna.
Merasa bakhil.
Tidak kasihan terhadap orang lain.
Mudah tersinggung.
Mudah bimbang.
Sukar memberi tumpuan.
Mudah merasa malu.
Mudah merasa salah.
Mudah merasa tercabar.
Kurang sabar.
Hilang maruah dan martabat diri.
Mengelak berjumpa orang, pergi pejabat dan pergi majlis.
6. BAHASA TUBUH TANDA-TANDA STRESS
Bahu meninggi dari biasa.
Kaedah bernafas bertukar dari normal menjadi lebih pendek.
Tangan mudah menggigil.
Pergerakan lebih laju dan lebih spontan dari biasa.
Pergerakan bergegas tanpa tujuan jelas.
Mengerut kening.
Sentuhan leher atau dahi yang lebih kerap dari biasa.
Meniup angin dari mulut ke hidung, dengan bibir bawah terkeluar.
Sekali sekala menarik nafas dengan dalam.
Menggenggam tangan sambil bercakap.
Lengan menyilang perut.
Tangan tidak boleh berdiam.
Buat kerja dengan gerakan bising.
Kelipan mata yang lebih laju.
Kurang senyum.
Subscribe to:
Posts (Atom)