Pages

Wednesday, 9 January 2013

Tindakan undang-undang untuk penyebar berita palsu


Tindakan undang-undang untuk penyebar berita palsu, sms....... fuhhhhh !!!!!  bagusla kalu nak kena ambik tindakan kat orang2 yang suka menyebarkan berita-berita palsu ni... bukan apa.. berita-berita palsu camni la yang selalu memburukkan keadaan yang aman tenteram.....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memperingatkan orang ramai tentang bahayanya penyebaran berita palsu menerusi internet dan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).

Ini ekoran berita palsu mengenai kesihatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, baru-baru ini.
“Kami mengambil serius perkara ini. Siasatan sedang dijalankan dan seperti biasa kami bekerjasama dengan polis dan jika didapati melanggar undang-undang, mereka yang terlibat akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang yang sedia ada,” kata Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi.

Di bawah Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, seseorang yang menggunakan internet atau telefon untuk menyebar berita palsu boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Jika didapati bersalah mereka boleh didenda RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

“Orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan berita berkenaan melalui SMS atau media sosial kerana berita palsu seperti yang ditulis dalam blog berkenaan boleh mengganggu gugat keselamatan negara, kesejahteraan masyarakat dan adalah pengaruh buruk terhadap kedudukan ekonomi masa kini,” katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...