Pages

Thursday, 6 April 2023

Kisah 2 minggu puasa

Pejam celik dengan kesibukan urusan harian dan famili...tiba-tiba sedar sedar dah 2 minggu puasa...lagi 2 minggu dah nak sambut raya...Hari ni dalam perjalanan ke tempat kerja yang sekangkang kera...lagu raya da mula main dicorong radio...aku pun da mula buat projek lama yang da lama aku tinggalkan. 1 jenis biskut raya akhirnya siap juga...gagahla jugak nak buat berbanding sebelum ni asyik nak membeli je...lagipun layankan tekak anak-anak nak makan...untuk yang pertama ni..Almond London dulu....untuk malam ni aku masih tercari cari resepi apa aku nak guna....kalau jadi..maka jadilah BROWNIES COOKIES nanti.....yang ni aku bagi teaser Almond London je...Brownies Cookies tunggu da jadi yeπŸ˜…πŸ˜… see u!!!






Bersarang oooiiiiii

Berkurun sudah tak update blog  yang ada ni....konon2 tak nak la lagi aktif menghupdate....tp harini tetiba pulak gatal tangan ni nak mencuba cuba.......ehhehhhehhh..ada lagi blog ni..ingatkan da kena suspended ke...

So harini ni genap 15 Ramadhan 1444H...maka tahun ni adalah tahun ke 9 aku beraya kat kampung halaman sendiri. Term balik kampung setiap kali raya..da lama terkeluar dari dictionary bila aku mula je accept kenaikan pangkat aku untuk pulang ke kampung halamanπŸ˜…...eheh...ada kampung ke....bandar laπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

9 Tahun menetap kat sini..keluarga aku pun da mula berkembang lagi....Tinggalkan Melaka dengan anak 3..ingatkan cukup...rupa-rupanya ada yang ke 4...πŸ‘ΆπŸ‘Ά 



Inilah famili kecik aku skang.....tp KECIK ke untuk anak 4???πŸ˜‚πŸ˜‚ . Okla..nanti sambung di lain sesi pulak ye...ni saja-saja je...Tak lewat lagikan kalau nak ucap Salam Ramadhan...😊 Okla Selamat Menjalani Ibadah Puasa....dan selamat beramal...πŸ˜‰

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...