Pages
Wednesday, 29 May 2013
13 Tips Perkahwinan Daripada UAI
1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan.
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11. KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.
12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.
@Senai Airport
Hish... gambar da bezaman baru nak upload.. ...almaklumla bz plus dengan mood2 yang kurang memberangsangkan sejak dua menjak ni kan.. n lastly gambar pun tak load2.....
Friday, 17 May 2013
Renung-renungkan....
Sesuatu hubungan itu ibarat PERMATA.
Sebelum ia terhempas, “PELIHARALAH”.
Jika ia retak, “PERBAIKI LAH”.
JANGAN biarkan ianya pecah,
Kerana…
Jika ia PECAH, ingin dicantumkan semula ia TIDAK MUNGKIN akan menjadi SEINDAH dulu…
~~~~~~~~~~
credit uai
Thursday, 16 May 2013
Alfatihah... Aqil Hamzah....
Tetiba rasa sayu sangat ati bila terbaca kisah ni.......... Al fatihah buat Aqil Hamzah....
~~~~~~~~
25 April 2013 (Khamis)
Genap Aqil setahun 2 bulan. Aqil mula demam. Hari2 sebelumnya dia seorang anak yang ceria, aktif macam biasa. Makan pun berselera. Comel dengan keletahnya.Kami ingatkan demam ni mungkin demam nak "tambah akal" atau nak tambah gigi. Sebab kebiasaanya Aqil akan demam bila masuk "bulan" baru. Tapi kami tak pernah pandang remeh kalau Aqil sakit. Risau tu sentiasa ada. Petang tu kami ke DEMC, suhu Aqil 38.3. Dr. Aida check Aqil. Check telinga, nafas, heartbeat. Semua ok. Alhamdulillah. Doktor kata demam dan tekaknya merah sikit. Nafas pun ok takde bunyi. Doktor bagi paracetamol syrup dan ubat selsema. Aqil selsema sikit sebab doktor kata dalam hidung Aqil ada macam berkuping2 (hingus kering).
Lepas makan ubat, Aqil ok. Demam kebah. Aktif. Kami bagi dia ubat setiap 4-5 jam. 2 hari lepastu kami perasan Aqil demam lagi. Demam dia akan kebah 1-2 jam lepas makan ubat, tapi lepas tu panas balik. Masa demam dia kebah, dia aktif. Kami sempat ke birthday party Aish Sabtu tu.
28 April 2013 (Ahad)
Badan Aqil panas. Panas dari demam yang sebelumnya. Hanya Allah yang tahu betapa risaunya kami haritu. Kami ke DEMC semula. Kali ni jumpa Dr Gulam. Suhu Aqil 39.7. Ya Allah. Tinggi sangat. Dr Gulam check nafas Aqil, dia cakap ada bunyi sikit. Aqil kena neb. Lepas neb Aqil nampak lega. Blood test Aqil pun ok, Doktor kata takde virus infection ataupun denggi. Alhamdulillah. Kami lega. Doktor bagi paracetamol dan antibiotik. Antibitiok yang wajib dihabiskan dalam masa 3 hari. Kalau lepas habis antibiotik,dan Aqil masih demam,doktor nasihatkan ke DEMC semula.
29 April 2013 ( Isnin)
Esoknya Aqil dah tak demam. Syukur. Cuma kami perasan,dia selalu merengek. Bukan menangis,merengek. Merengek sambil ketap mulut. Taknak menyusu. Makan nak,cuma nak yang lembik2 je. Masa ni memang ingatkan dia sakit gusi sebab perasan ada gigi baru.2 gigi bahagian atas. Dia merengek je. Dan nak mintak dukung sentiasa. Bila letak dia menangis. Malam tu kami risau sebab Aqil taknak tido.Merengek nak ayahnya minta dukung. Di bagi susu (direct), dia takmo. Tapi bila dibagi air kosong dari dalam botol air, laju je dia sedut. Bersungguh2. Aku pump,bubuh susu dalam botol air. Barulah dia minum. Malam tu kami pun tak tido, berusaha macam2 cara untuk tenangkan dan tidurkan Aqil. Bila dia dah tido, sekejap je..lepastu dia akan merangkak ke atas perut ayah dia mintak dukung. Ya Allah..sebaknya tengok dia. Manja sangat dengan ayahnya. Merengek je. Aqil masa tu nampak penat.
30 April 2013 (Selasa)
Terus kami bawa Aqil ke DEMC sebab risau tengok keadaan dia. Badan Aqil panas sikit. Nafas pun nampak kuat. Aqil nampak letih sangat, pucat. Memang kami bertekad, nak Aqil berehat dalam wad sebab kesian dia tak tido. Syukur Dr Gulam yang bertugas masa tu. Dia semacam terkejut tengok Aqil sebab 2 hari lepas dia jumpa Aqil aktif. Menangis2 masa neb. Kali ni Aqil nampak letih dan pucat. Perasaan aku masa tu hanya Allah yang tahu. Doktor check nafas Aqil, katanya agak kuat. Dada pun dengar bunyi sikit. Aqil kena neb. Lepas neb, Aqil kena amik darah untuk buat blood test. Dr datang dengan muka risau. Masa tu aku tau ada yang tak kena dengan Aqil. Ya Allah..kau beri kanlah aku dan suami kekuatan atas segala kemungkinan yang berlaku. Doktor kata sel darah merah, platlet sel darah putih Aqil turun mendadak dari blood test hari Ahad haritu. Masa tu memang sedih sangat. Kenapa dengan anak mama ni?? Mesti ada yang tak kena. Doktor buat xray dekat dada Aqil. Dr Ahmad, paedtrician DEMC pun ada sekali masa tu. Nampak Dr Gulam dan Dr Ahmad tengah berbincang sambil tengok xray Aqil. Aku dapat rasakan sesuatu masa tu. Dr Ahmad dan Dr Gulam datang pada kami. Masa tu Aqil baring dia atas badan ayahnya sambil buat neb. Xray Aqil menunjukkan paru2 Aqil sebelah kanan putih, ada "sesuatu". Penuh dilitupi dengan "sesuatu". Ya Allah..kau selamatkan anak ku. Tapi doktor pun tak pasti apa "sesuatu" tu. Mungkin pneumonia (jangkitan paru-paru). Tapi bukan pnuemonia biasa sebab kalau pnuemonia, sel darah tak berkurang. Aqil kemudian dipasangkan tiub oksigen, untuk bekalkan oksigen yang cukup dalam badan dia. Aqil admitted di High Dependy Unit (HDU).
Sepanjang dalam wad, Aqil kena neb setiap 1 jam. Malam tu Alhamdulillah Aqil nampak tenang. Dia menyusu macam biasa dan tido. Cuma sesekali terjaga bila kena neb. Dr Ahmad datang check Aqil malam tu, dia arahkan tiub oksigen Aqil dibuka sebab bacaan oksigen Aqil dah ok. Syukur.
1 Mei 2013 (Rabu)
Lepas Subuh nurse pasangkan balik tiub oksigen dekat hidung Aqil sebab bacaan oksigen Aqil rendah semula. Aqil nampak pucat tapi bertenaga banding hari sebelumnya. Pagi tu elok je dia, tak merengek.Kami suapkan dia breakfast. Dia nganga, buka mulut, makan. Suka kami masa tu tengok Aqil nak makan. Masuk suapan ke 4, Dr Ahmad masuk. Riak muka risau. Dia check Aqil..nafas, heartbeat. Rasa perut Aqil. Pandang kami dengan muka yang risau. Katanya, Aqil bukan pneumonia. Kalau pneumonia, kanak2 masih aktif. Aqil nampak lemah dan pucat. Diperiksa perut Aqil tadi, nampak membengkak. Hati dan limpa Aqil mula membengkak. Masalah Aqil serius. Dia terpaksa refer kes Aqil ke Hospital Kuala Lumpur haritu jugak sebab di sana ada lebih ramai doktor pakar. Ya Allah..anakku!!! Air mata berjujuran tak boleh disekat2 lagi. Encik suami cuba untuk tenangkan aku, tapi tak boleh. Aku rasa takut setakutnya. Takut kehilangan anak tercinta. Ya Allah, kau selamatkan Aqil Hamzah.
Jam 11 pagi, kami ke HKL dengan menaiki ambulans. Aqil ku peluk erat. Dalam hati tak putus2 berdoa agar Allah kuatkan Aqil. Sembuhkan penyakit Aqil. Kalau boleh nak amik sakit Aqil tu, biarlah mama yang sakit. Bukan Aqil. Sesampainya di Institut Paedratik HKL, Aqil dimasukkan di wad Kanak-Kanak 1. Ramai doktor2 mengelilingi Aqil. Doktor praktikal, doktor pakar. Ramai. Aqil nampak lemah. Taknak senyum. Taknak makan, dan minum. Sekali sekala Aqil terbatuk, dan macam nak termuntah. Mungkin tekaknya kering. Bibir Aqil kering. Aqil kemudian dibawa masuk ke 1 bilik, kami terpaksa tunggu di luar bersama kesayangan Aqil yang lain. Tok ayah, tok mama, opah, maklong, ayahlong, makngah, ayahngah, ibu, ayah GG semua ada dekat luar tunggu Aqil. Semua risaukan Aqil. Dalam bilik tu darah Aqil di amik untuk dibuat blood test. Seorang doktor datang, tanya ada ahli keluarga yang ada kanser? Kami jawab takde. Family aku dan family suami memang takde kanser. Hati ku memang berdebar2 sangat masa tu. Sedih, takut. Mereka suspect Aqil ada kenser darah atau luekimia sebab sel darah Aqil pecah2. Sel darah merah dan darah putih Aqil makin merosot. Ya Allah. Luluh hati ku dengar apa yang doktor tu kata. Datang lagi seorang pakar, katanya kemungkinan "sesuatu" di paru-paru kanan Aqil tu ialah tumor atau lymphoma ( kanser darah). Tak tertahan lagi rasa sedih kami.
Tak lama lepastu datang lagi doktor, terangkan yang takde abnormal cell dalam darah Aqil, maksudnya kemungkinan bukan kanser. Syukur, rasa lega bila dengar penjelasan doktor. "Ya Allah, kau selamatkan lah Aqil". Doktor kata Aqil kena dijalankan "blood transfusion" dengan segera sebab Aqil makin pucat. Aqil tak boleh makan dan minum sebelum blood tranfusion dijalankan. Aku rindu sangat nak susukan Aqil masa tu. Sedih. Sebab bibir Aqil makin kering. Aku lembabkan bibir Aqil dengan vaseline. Petang tu Aqil dipindahkan di High Dependency Ward (HDW). Wad penjagaan separa rapi. Masa di sini, badan Aqil dah dipasang dengan 3 jenis wayar di badannya untuk memantau heartbeat dan nafasnya. Wayar di ibu jari. Tiub ubat dipasang di tangan kanan dan kiri. Sedihnya tengok keadaan Aqil. Malam tu "blood transfusion" dijalankan.Dimulakan dengan suku beg darah putih, kemudian separuh pain (kira2 200 ml) darah merah dimasukkan ke dalam badan Aqil. Aqil tido sepanjang proses dijalankan.
Alhamdulillah aku diberi katil di wad sebelah untuk tido disitu. Susah nak lelapkan mata, walau badan penat, terasa macam nak sentiasa berada disamping Aqil. Pukul 2 aku masuk ke HDW, tengok Aqil tengah tido nyenyak. Ku usap rambutnya, bisik dekat dia " Aqil kuat ye sayang..mama tau anak mama kuat". Air mata memang jadi peneman setia sepanjang aku dekat hospital. Tak sanggup tengok keadaan Aqil.
2 Mei 2013 (Khamis)
Pagi tu lepas subuh, aku terus pergi tengok Aqil. Rindu tak terkata. Rindu nak peluk Aqil. Rindu nak susukan Aqil. Aku masuk HDW, tengok Aqil dah bangun. Aktif. Dia nampak aku, terus depakan tangan minta dukung. Ya Allah..anak mama macam dah sihat. Dah tak pucat. Kulit dah kemerahan2, bibir pun tak pucat. Ya Allah, syukur padamu. Aku dukung Aqil, letakkan kepala dia dekat bahu aku. Rindunya nak peluk dia macam tu. Walaupun wayar berselirat tapi nurse benarkan untuk aku dukung Aqil. Aqil kemudian semacam tak selesa, nak di tarik2 nya wayar yang berselirat dekat badan dia. " Tak boleh la sayang, tak boleh cabut semua ni, Aqil nak cepat sihat kan, Aqil kuat kan". Aku pujuk Aqil. Aqil merengek, nangis. Doktor kata awak boleh nyusukan dia kalau awak nak. Itu akan buat dia tenang. Aku suakan nenen, Aqil minum..macam haus sesangat. Aku sebak. Tengok Aqil minum susu. Aku bersyukur sebab Allah makbulkan doaku untuk susukan Aqil. Aku betul2 rindukan nak menyusukan Aqil. Aqil minum susu sampai dia tertidur. Bila dia dah tidur, aku angkat letak dia semula atas katil. Masa tu aku perasan badan Aqil macam berat sikit. Aku tatap muka dia masa dia tido. Indahnya perasaan tu."Cepat sembuh sayang, mama rindu nak tengok Aqil senyum"
Tengah aku menatap muka Aqil, nurse datang kata Aqil tak kencing dari malam tadi. Doktor datang dengan muka risau. Aku benci bila doktor buat muka macam tu. Sebab aku mesti ada yang tak kena dengan Aqil. Doktor kata, Aqil tak kencing sejak malam tadi. Mereka takut kalau jangkitan dah sampai ke buah pinggang Aqil, keadaan Aqil akan jadi lebih serius sebab buah pinggang tak dapat "mencuci" darah yang baru Aqil terima. Jadi doktor terpaksa masukkan ubat untuk buat Aqil kencing. Dan masukkan tiub kencing di bibird Aqil. Ya Allah..sakitnya Aqil!! Walaupun aku tak dibenarkan tengok waktu tiub kencing tu dipasangkan, aku tahu betapa sakitnya Aqil sebab aku pernah melaluinya. Lepas Aqil dipasangkan tiub kencing tu, dia nampak sangat tak selesa. Menangis. Sekali sekala dia cuba untuk bukak pampers dia, aku tau dia tak selesa kat situ. Sakit."Ya Allah..kau sembuhkanlah Aqil. Kau kuatkan lah dia." Aku dukung dia. Bergilir2 dengan ayahnya. Aku mula perasan badan Aqil macam dah "membengkak" sikit. Kami pujuk Aqil, "Aqil kencing ye sayang..Aqil nak cepat sihat kan". Sedihnya aku tengok Aqil. Hati aku macam remuk sangat tengok keadaan dia.
Doktor datang, katanya buah pinggang Aqil dah tak berfungsi, jadi kena dilakukan "dialysis" dengan segera sebab badan Aqil makin membengkak. Badan Aqil dah penuh dengan air. Takut air dalam badan Aqil terlalu banyak, dan membuatkan paru-paru2 Aqil makin lembab. Mempercepatkan lagi kuman merebak. Kami diarah keluar untuk doktor pasangkan tiub ke pundi kencing dan buah pinggang Aqil. Dan proses dialysis akan dilakukan di ICU. Aqil akan dipindahkan ke ICU segera."Ya Allah..kau sembuhkanlah Aqil".
Waktu Aqil dibawa ke ICU, sangat sedih perasaan aku ni. Aku tau, bukan aku je yang sedih..semua yang melihat keadaan Aqil waktu pun turut sedih. Seorang anak kecil, berselirat wayar penuh di badan. Dengan macam2 jenis "dadah" untuk bantu jantung Aqil terus berdenyut. Macam2. Aku masuk untuk tengok keadaan Aqil, dia tak sedar. Dah diberi ubat penenang. Tapi matanya terbuka separuh. Mata hitam dia merenung ke arah aku. Sebaknya aku waktu tu. Aku tau Aqil masa tu tak sedar lagi. Tapi matanya tu seolah2 nak memberitahu betapa sakitnya dia.Badan Aqil pun dah mula kebiru-biruan. Sedih teramat. Aku usap dahinya..cium pipinya. "Aqil kuat ye sayang".
Doktor panggil aku, suami dan semua ahli keluarga terdekat masuk ke bilik untuk membincangkan sesuatu. Doktor diagnose Aqil menghidapi Lobar Pneumonia akibat jangkitan Streptoccoccus bacteria yang paling kuat. Bakteria ni dapat dikesan di dalam urine Aqil. Kes Aqil agak luarbiasa sebab selalunya bakteria ni akan menyerang otak. Tapi dalam kes Aqil bakteria ni sangat cepat dan menyerang ke buah pinggang Aqil. Dan sepanjang dia bertugas, 98% pesakit yang kena kes macam ni akan meninggal. Tersedu sedan aku menahan sebak bila doktor cakap macam tu. "Kuatkan lah hati ku menerima dugaan mu ini Ya Allah". Doktor cakap mereka takkan berputus asa, tetap akan buat yang terbaik untuk selamatkan Aqil. Dia akan tetap lakukan dialysis dekat Aqil tapi risikonya ialah Aqil boleh "crash" bila2 masa je.Ya Allah. Doktor tu nasihat yang dia hanya lah doktor. Apa2 pun ubat yang paling mujarab adalah doa, semuanya dari Allah.
Aqil dipasangkan alat bantuan pernafasan di mulut. Mata nya dah dilekatkan dengan plaster lutsinar agar matanya sentiasa tertutup. Kalau dibiarkan separuh terbuka, risiko matanya nya akan kering, dan dijangkiti kuman. Sedih tengok keadaan Aqil. Macam tak percaya. Baru pagi tadi nampak Aqil aktif, menangis, minum susu tapi tetiba dia dah terlantar. Kaku. Aku usap rambut Aqil, 2-3 helai rambut Aqil gugur. Ya Allah.Masa tu aku bisik dekat Aqil " Mama tau anak mama kuat, anak mama kuat. Tapi kalau Aqil tak mampu nak lawan, takpe sayang mama redha". Walaupun perasaan aku sedih, hati terasa sakit masa bisikkan tu dekat Aqil, tapi aku kena kuat. Redha. Aku tak sanggup nak tengok keadaan Aqil. Tak nak tengok dia menderita.
Petang tu kami didatangi doktor, katanya keadaan Aqil tenat. Sangat tenat. 4 jenis "dadah" digunakan untuk support jantung Aqil. Mungkin Aqil tak lama, dalam masa 24 jam je Aqil akan survive. Bagai dikoyak2 hatiku masa dengar penjelasan doktor.
Dalam hati ku tak putus2 berdoa " Ya Allah, kau kuatkan lah hati kami untuk menerima dugaanMu yang sangat hebat ini. Andai kau mahu ambil anakku, kau redha kan lah kami. Kau kuatkanlah kami " Malam tu aku dan suami tak tido. Sama2 bacakan yasin untuk Aqil. Solat hajat untuk Aqil. Aku takut kehilangan anak ku, tapi dalam masa yang masa aku tak nak tengok Aqil menderita.
3 Mei 2013 (Jumaat)
Pagi tu keadaan Aqil nampak tenang. Seolah2 dia tengah tido. Badan dia pun dah kecoklatan. Bibirnya merah. Tak pucat. Doktor kata keadaan Aqil stabil. Tapi masih memerlukan bantuan "dadah" untuk teruskan jantungnya nya berdenyut. Dialysis akan dilakukan dalam masa 48jam - 72jam. Kalau Aqil kencing dalam masa 48 jam, maksudnya buah pinggang Aqil berfungsi. Ramai yang datang untuk melawat Aqil. Alhamdulillah..ramai yang sayangkan Aqil.
Lebih kurang pukul 2 ptg, aku perasan ada cecair semacam air kencing dalam urine bag Aqil. Lebih kurang 3 ml. "Anak mama dah kencing ke ni??" Gembira bercampur lega aku masa tu. Aku tanya doktor, Aqil dah kencing ke ni doktor?? Dia senyum. "Jadinya, buah pinggang Aqil dah boleh berfungsi kan doktor?". Doktor senyum lagi.."Saya tak boleh menjadi sangat positif". Even doktor taknak aku terlalu mengharap tapi aku terasa lega, nampak macam ada sedikit harapan.
Petang, ada seorang ustaz datang untuk melihat keadaan Aqil untuk cuba menolong merawat Aqil. Rawatan alternatif. Ustaz Aziz membacakan ayat-ayat AlQuran di sisi Aqil di temani ayah Aqil. Sewaktu sesi mengubati dijalankan, bacaan nafas dan "heartbeat" Aqil "jatuh" secara tiba2. Mereka berdua diarahkan keluar sementara doktor dan nurse semua nampak tergesa2 berusaha selamatkan Aqil. Ustaz kata, kalau umur Aqil panjang, dia akan usaha merawat Aqil. Ajal di tangan Allah. Semuanya Dia yang tentukan. Kita kena kuat dan redha dengan sebarang apa yang akan terjadi.
Lebih kurang 5 petang,doktor datang dan beritahu, tadi heartbeat Aqil "drop", nafas dia pun tak stabil. Darah mula keluar dari hidung dan mulut Aqil. Internal organ Aqil "crash".Ya Allah..anak mama.Aku nangis semahunya. Peluk mama, peluk mak. Doktor ada explain pasal ubat pencair darah,ubat ni, ubat tu tapi aku tak boleh fokus. Dalam hati aku, otak aku fikirkan Aqil.Aku nak masuk jumpa Aqil. Doktor nasihatkan jangan tinggalkan Aqil. Dia boleh pergi bila2 masa je.Mama tau anak mama tengah sakit. Aku tau Aqil kuat, berjuang melawan penyakitnya. Setiap hari dia memberi harapan pada kami. Tapi Aqil terlalu kecil untuk menganggung semuanya."Ya Allah..kau redhakan aku untuk lepaskan Aqil pergi"
Pukul 645 petang, doktor keluar, panggil kami untuk tengok keadaan Aqil. Aqil nazak. Aku dan suami masuk tengok keadaan Aqil. Luluh hati tengok keadaan Aqil. Badannya membengkak kebiruan, darah mengalir dari hidung dan mulutnya. Doktor bagi kami peluk Aqil dipangkuan kami. Diorang cabut wayar2 dari mesin supaya Aqil boleh berada dipelukan kami. Mama dan mak juga masuk untuk tenangkan Aqil. Kami bacakan Afatihah, bacakan syahadah. Kami selawat."La ila hailallah muhammadurrasullulah" tak henti2 di telinga Aqil.Seperti nak mendodoikan dia tido.Di pangkuan kami, aku nampak nafas Aqil turn naik. Dari mesin bantuan pernafasan Aqil, aku nampak bacaannya makin rendah dan rendah. Hinggalah doktor kata Aqil dah pergi.Tepat pukul 7 petang."Ya Allah..kau redhakan aku..kau redhakan lah aku"
Ayah Aqil minta doktor cabutkan segala wayar dekat badan Aqil dengan cara yang paling lembut sekali. Kami keluar sewaktu doktor "membersihkan" Aqil. Di luar, hujan mula turun dengan lebatnya. Semacam perasaan kami waktu itu. Sedih. Aqil Hamzah telah meninggalkan kami buat selamanya. Aku redha Ya Allah.
Esok paginya, Aqil dimandikan, dikafankan dan disolatkan dirumah. Aku bersyukur kerana diberi peluang untuk mandikan Aqil kali terakhir. Sewaktu dikafankan, muka Aqil sangat tenang. Macam tengah tido. Dia dipakaikan kain putih seakan2 jubah. Sucinya muka mu wahai anak.Ku cium dahinya buat kali terakhir. "Semoga tenang di sana sayang". Pertama kali dalam hidup aku menunaikan solat jenazah. Solat jenazah untuk anakku. Sewaktu dalam perjalanan ke tanah perkuburan, aku dan suami sama2 memeluk Aqil. Ayah Aqil mendukung dan memasukkan dia ke liang lahad. Perlahan2 jenazah Aqil hilang dari pandangan, ditutup dengan kayu sebelum ditimbus dengan tanah.
Alhamdulillah. Semuanya dipermudahkan. Semuanya berlaku terlalu pantas. Kadang2 terasa bagai mimpi. Anak yang selalu menghiburkan hati, comel, baik budi, telah pergi buat selamanya. Hari ini genap seminggu pemergian Aqil Hamzah. Aku redha. Aku bersyukur kerana dikurniakan ahli keluarga, sahabat handai dan saudara mara yang tak putus2 memberi sokongan, semangat,pertolongan dan doa dari saat Aqil Hamzah tidak sihat hingga sekarang. Aku bersyukur diberikan kekuatan dan semangat olehNya untuk membuatkan aku terus tersenyum meneruskan hidup. Aku juga bersyukur diberi peluang olehNya untuk membesarkan selama setahun 2 bulan, seorang ahli syurga. Aku redha dengan pemergian Aqil Hamzah, permata hati yang cukup indah dipinjamkan oleh Allah. Aqil Hamzah bagaikan mimpi manis kami. Kenangan terindah kami. Kenangan indah bukan untuk ditangisi dan diratapi kan?? Rindu memang rindu, setiap hari dia didepan mata, tapi setiap hari aku mohon agar Allah berikan kami kekuatan, keredhaan. Bukan aku sahaja yang rindu, ramaiii yang rindukan Aqil. Ayah Aqil juga sangat merindukan Aqil. Aqil sangat manja dengan ayahnya. Tok mama juga rindu, opah, tok ayah, maklong, ayahlong, ibu, ummi semua rindukan Aqil.Tapi aku tak boleh mementingkan diri dengan hanya bersedih. Kalau aku terus bersedih, orang disekelilingiku juga akan bersedih. Aqil juga diatas sana akan sedih kalau tengok mama dia bersedih. Semoga Allah terus memberikan kekuatan kepada ku dan suami untuk meneruskan kehidupan. Segala yang terjadi sudah ditentukan olehNya. Semoga dengan apa yang terjadi mendekatkan diri kami kepada Allah. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Al-Fatihah
Kisah Pengajaran....
Kredit pada http://www.rahsiaperkahwinan.com/ sebab siarkan kisah pengajaran buat isteri2 yang ada n termasuk la yang sedang menaip ni yer....
~~~~~~~~~~
Isteri Menyesal Seumur Hidup... - Kisah Pengajaran
"SAYA mahu berkongsi peristiwa yang masih mencengkam hidup walaupun ia sudah lama berlaku. Memang sukar untuk saya maafkan diri ini dan rasa bersalah sentiasa bermain difikiran apabila mengingatkan saat-saat itu.
Saya dan suami adalah pasangan yang romantis malah menjadi perbualan rakan-rakan di pejabat. Walaupun sibuk dengan tugas harian, tanggungjawab melayan suami dan menguruskan anak-anak, saya lakukan dengan sempurna.
Suami memahami tannggungjawab di rumah dan sentiasa membantu menguruskan rumah tangga. Kami sering mengerjakan solat berjemaah dan saya gembira melihat hubungan dalamkeluarga saya.
Walaupun sesibuk mana tugas di pejabat, tanggungjawab melayan suami dan anak-anak tidak pernah diabaikan. Saya bersyukur suami memahami saya dan sentiasa bertolak ansur. Ini menjadikan saya semakin sayang kepadanya.Memang dalam kehidupan, kita tak dapat melawan takdir dan ketentuan Ilahi. Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan.
Hari itu, Isnin. Saya masih ingat, saya ke pejabat awal pagi kerana banyak urusan yang perlu diselesaikan selain temu janji dengan beberapa pelanggan yang perlu dibereskan.
Hari itu, saya pulang lewat ke rumah, biasanya jam 6 petang, saya sudah ada di rumah. Ketika saya sampai ke rumah, azan dari masjid berhampiran berkumandang. Saya lihat suami sudah bersiap-siap untuk pergi menunaikan solat Magrib. Begitu juga anak-anak saya sudah mandi dan riang bersama bapa mereka. saya lihat suami saya amat gembira petang itu.
Saya begitu terhibur melihat telatah mereka kerana suasana seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami sedar saya amat penat hari itu. Oleh itu, dia meminta agar saya tidak memasak, sebaliknya mencadangkan makan di luar. Saya dengan senang hati bersetuju.
Selepas menunaikan solat Magrib, kami keluar ke sebuah restoren kira-kira lima kilometer dari rumah. Di restoren, kami sekeluarga berbual panjang, bergurau senda dan usik-mengusik, memang seronok bersama. Macam-macam yang dibualkan malah saya lihat suami begitu ceria melayan tiga anak kami yang berusia tujuh hingga 12 tahun.
Saya dapat rasakan kemesraan suami luar biasa, cara dia melayan danketawa memang bukan seperti hari biasa. Dalam hati terpancar rasa bangga kerana mampu membahagiakan suami tersayang. Saya melihat jam tangan.
"Sudah jam 12.30 tengah malam, bang. Dah lewat ni, ayuh kita pulang," kata saya.
Suami tanpa banyak soal memanggil pelayan dan membayar bil makanan dan minuman. Kami tiba di rumah jan 12.50 tengah malam. Anak-anak yang keletihan terus masuk tidur.
Saya memang terlalu mengantuk apatah lagi selepas menikmati hidangan lazat di restoren. Mata pun seperti berat dibuka lagi. Ketika saya hampir melelapkan mata, suami membelai lembut rambut dan mencium pipi saya. Saya membuka mata dan hanya tersenyum.
Dalam hati, saya memang mahu melayan kehendak suami tetapi hati saya berkata, esoklah, mata terlalu mengantuk, esok masih ada. Saya memberitahu suami terlalu mengantuk dan tidak boleh melayan kehendaknya. Saya mencium suami dan mahu melelapkan mata.
Bagaimanapun, saya pelik kerana suami masih merangkul tubuh saya, seolah-olah terlalu berat untuk melepaskan. Saya membuka mata dan melihat wajah suami yang berseri-seri. Hairan saya kerana suami belum mengantuk, sedangkan dia juga keletihan.
Dia menarik saya lebih dekat dan membisikkan di telinga bahawa itu permintaan terakhirnya. Namun, dek terlalu letih dan tidak memikirkan perkara itu terlalu penting ketika itu, saya seolah-olah terus melelapkan mata tanpa sepatah bicara. Perlahan-lahan, suami melepaskan tangan yang merangkul saya.
Esoknya, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada pekara yang tidak kena.Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab. Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka daripada pihak polis yang mengatakan suami saya terbabit dalam kemalangan dan meminta saya datang segera ke hospital.
Hati saya seperti mahu meletup ketika itu. Saya bergegas ke hospital tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami dan saya tidak sempat betemunya. Meskipun reda dengan pemergian suami tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis daripada hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir hidupnya di dunia ini.
Hakikatnya itulah pahala terakhir saya sebagai seorang isteri. dan yang lebih saya takuti jika suami tidak reda terhadap saya pada malam itu, maka saya tidak berpeluang lagi untuk meminta maaf daripadanya.
Teringat Sabda Rasulullah s.a.w. yang saya baca dalam buku agama, 'Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang suami yang mengajak isteri tidur bersama di tempat tidur, tiba-tiba ditolak isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu hingga dimaafkan suaminya'.
Sehingga kini, setiap kali saya terkenangkan suami, air mata akan mengalir ke pipi. saya sentiasa memohon keampunan daripada Allah supaya diampunkan kesalahan saya."
Nukilan..
Seorang Insan Yang Menyesal..
Happy Teachers Day!!!!
16 Mei...tiap2 tahun sambut ari guru kan... teringat balik masa zaman sekolah .. masa sekolah rendah tu tak lah sangat nakal.. ala2 baik jer kan.. tapi mak aiiiii... bila masuk sekolah menengah... banyak sangat kenangan yang tak leh lupa.. especially masa kat kelas 2 Jujur....memang happening kelas tu... lagi2 berguru kelaskan Miss Anne Sebastian... Oh my dear teacher....where r u now.....????? satu ari tu kitorang ada celebrate besday classmate n majlis tu wat sebelum kelas Sejarah dengan Puan Rashidah Mentol... so sebabkan celebrate ala2 budak tadika with tiup2 yang boleh panjang pendek tu... ala yang bila tiup leh kuarkan cam bunyi pet pet tu... so dengan gumbiranya nya sambut la beramai2... ingatkan habis celebrate da setel la.... rupa2nya sampai masa Sejarah tak setel lagi.... bila cikgu tulis kat papan hitam... ada classmate main tiup2.. bila cikgu toleh senyap jer... begitula.. sampaila kantol....apalagi .. bila da kantol.. standad la kan kena denda.. nama pun budak sekolah... so 1 kelas kena lompat katak kat luar kelas.... malunya!!!!!! n kawan yang kantol tu kena main tiup2 sampai abis 2 masa matapelajaran... huhuhu.. pengalaman yang memang tak leh lupala.. agak2nya.. kalu skang ni semuakan da jadik mak2 orang.. kena lompat katak camner gayanya kan...hahahahahha...
Anyway Selamat Hari Guru buat semua guru2 yang telah memberikan tunjuk ajar dari yang sekecik2 kuman sampaila yang sebesar2 ilmu... huhu tak terbayar rasanya....buat cikgu2 yang pernah mengajar saya.. Pn Marfuah, Ms Anne, Pn Lau, En. Azman, Pn. Rashidah, Pn. Hamidah, Mr. Gan, dan semuanya THANKS A LOT for being sabar with our karenah dan sanggup bersusah payah demi kami.. On behalf of my friends.... WE WISH U A HAPPY TEACHERS DAY AND WE LUV U TEACHERS!!!!!!!!!
2 JUJUR with MS ANNE SEBASTIAN |
CIKGU SHUIB.... kegilaan student !!!!!! Cikgu Praktikal katakan.... |
Wednesday, 15 May 2013
Melaka today......
Today ke??.. bukan pasal arini yer tapi melaka yang semakin membangun dengan meriahnya... dis pic bukannya yang terlatest .. tp nak jugak uploadkan .. boleh gitu????.. ni semua gara2 tahap bosan yang meninggi ... waktu tula.. so g la jejalan kat town.......diulangi... town yer.... chewah...tak tahan gitu ayatnya..oklah dari dok merapu.. jom sambung balik.. sebab dah seharian terperuk kat rumah... so.. mewakili anak2 n bala tentera yang ada.. maka perihal untuk berjalan2 ini telah pun dikemukakan kepada mr chubby..... (yg sebenornya mak diorang ni yang nak jalan.. anak2 maintain jer)...so.. bergeraklah kitorng g banda hilir... n sambil bejalan2 begambor2 la sakan kat depan Hard Rock....lepas pekena cendol femes kat jam besar....
Tips pikat hati mertua....
Jeng..jeng..jeng... ni ada tips nak pikat hati bakal2 mertua.. especially mak mertua la yer.. coz mak2 ni lain skit... tak cam bapak2nya... mak2 ni biasanya lebih detail dalam memilih menantu.... opppsss.. but not my mertua yer.. diorang ni very sporting morting...hehehehhe....
Tips ni ditujukan khas buat anak2 sedara n anak2 mama la yer yang sedang membesar dengan jayanya...heheheh.... tapi kena ingat.. walau ada tips skalipun... jangan hipokrit... jadilah diri kita yang sebenarnya... sebabnya... semua akan terbongkar lepas kita kawin nanti.. kalu tak caya.. cuba la buat...
Tips kat bawah ni untuk yang berjinak-jinak nak kenal dengan ahli keluarga.....senang citer baru mula nak jumpala...
Tips :
- Bila jumpa diorg, perkenalkan diri dengan tertib.
- First impression sangatlah penting . Must confidence & matured. Jangan tunjukkan kelemahan diri.
- Tanyala kat pertner tu, apa yang parents dia suka/minat like hobi ke, kerja ke etc. Anggukkan aje pendapat parents dia. Tak payah nak bahas sangat.
- Bagi yang perempuan, rajin2kan lah diri korg tu untuk tolong apa yang patut. Masak ke, basuh pinggan ke etc.
- Jangan ketawa berdekah2 kalau ada benda yang lawak. Senyum je.. Control la sikit, attitude tu penting.
- Kalau first time jumpa, lebihkan banyak diam daripada bercakap. BUT, in the same time, korg observe la sikit kerenah2 diorg. Jangan diam takde fikir apa.
- Jangan lupa senyuuummm sentiasa . Tapi agak2lakan jang cam kerang busuk plak...hehehehe..
- Lebih elok kalau bawak buah tangan.
- Masa. Masa ni sangat penting. Kalau boleh prepare lah apa yang patut sebelum hari korg jumpa bakal mertua korg sebab tak nak lewat.. n kira sempat tarik nafas la..maklumla gabra kan....
- Pakaian. Pakailah yang sopan2. Tak kesahlah lelaki ke perempuan. Bagi yang lelaki, kalau boleh pakailah kemeja so that u look smart in front of them. Remember! First impression is very important! Bagi yang perempuan, janganlah pakai yang sendat mendat sampai nampak lemak berlapis2. huhu.. Rasanya perempuan takde masalah. Sekarangkan dah bermacam2 fesyen ada. Just pilih je, okeh? :)
Bila dah mula ada ikatan ... tunang or ikatan yang dah sah...
1. Sebaik sahaja anda sah sebagai tunangannya
Mulakan berkenal kenalan dengan keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya.
2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama
Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih ataupun buah-buahan. Tetapi lebih elok jika anda membawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati. Misalnya dengan memberikan sepasang kain batik atau pelikat sebagai tanda kenangan.
3. Kenali sikap sebenar mertua anda
Tanya kepada pasangan anda, apa yang disukai dan dibenci oleh mertua. Jika anda tahu apa yang disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak.
4. Setelah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya di hadapan mereka
Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda terhadap anak mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian dihati mertua.
5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya
Dengan bercerita tentang pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa bercerita dengan sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu. Ingat, jangan pula anda bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri.
6. Berkongsi minat dengannya
Kalau dia gemar bercucuk tanam, anda juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak salah anda cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat dengan apa yang disukai. Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius.
7. Ingat hari-hari penting yang berkaitan dengan mereka
Contohnya seperti ketibaan Hari Ibu, Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu. Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah. Atau anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka.
8. Paling penting, jaga pertuturan anda
Jika sebelum ini anda seorang yang ‘mulut lepas’, anda dinasihatkan agar menjaga pertuturan anda. Kata orang, kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mertua.
9. Setelah selesai majlis kenduri, pastikan anda ringan tulang membantu mengemaskan apa yang patut
Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut dibasuh seperti periuk, kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun anda keletihan, tetapi cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut. Tetapi jika majlis dilakukan secara katering, cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah.
10. Cuba mengasihani keluarga mertua seperti anda menyayangi keluarga sendiri
Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat. Walaupun jika ditakdirkan anda tiada jodoh dengan anak mereka, pastikan anda sentiasa menghubungi mereka walaupun sekadar bertanya khabar sahaja.
So... kesimpulannya... buatla yang terbaik... bukan untuk sapa pun.. diri kita jugakkan...nnnn guddluuccckkkk!!!!
Nasi Goreng Amira....
Sayu jer baca citer ni.. nampak simple tapi banyak pengajarannya... buat anak2 mama.. jangan terlalu pandang ke atas.. kerana sesungguhnya dalam dunia ni ada yang lebih susah dari kita.. sebab tu kita kena sentiasa belajar untuk merendah diri dan sentiasa belajar untuk berkongsi....
~~~~~~~~~
Begini kisahnya, waktu rehat di sekolah anak saya akan makan bekal yang dibawa dari rumah, makan bersama-sama kawannya Amira (bukan nama sebenar) di kantin sekolah. Anak saya selalunya akan bawa nasi goreng dan Amira selalunya bawak roti kosong 2 keping yang dibungkus dalam plastik. Roti itu dia akan cicah dengan air sirap yang dia bawa dari rumah.
Itulah rutin bekalan harian yang di bawa oleh Amira setiap hari. Anak saya pun selalunya memang bawa nasi goreng ler coz itu memang peberet dia. Amira memang suka sangat makan nasi goreng tu dan anak saya tak kisah untuk berkongsi nasi tu, dia memang hari-hari bagi Amira makan nasi goreng tu. Mungkin Amira dah jemu agaknya sebab hari-hari bawak roti kosong jer cicah air sirap.
Suatu hari anak saya bersuara kepada Amira, Mira..aku teringin nak makan nasi goreng kau, kau asyik bawak roti je, apa kata esok kita bawak nasi goreng sama-sama nak. Nanti kita makan tukar-tukar kat kantin.
Amira termenung, nampak muka dia macam tak sedap. Alahh tak nak lah nasi goreng aku tak sedap lah.ko mesti tak nak makan nanti Alahhh ko bawak je, ko belum bawak, ko dah kata nasi goreng ko tak sedap ko bawak je la mesti sedap punya.
Ok la kau punya pasal esok aku bawak, aku bawak nasi goreng special untuk kau. Yeeaaahhh anak saya suka sangat sebab Amira setuju nak bawak nasi goreng esok.
Sampai di rumah, malam hari sebelum tidur. Amira cakap kat mak dia yang esok dia nak bawak bekal nasi goreng dia tak mahu bawak roti kosong 2 keping tu. Mak boleh tak esok Mira nak bawak bekal nasi goreng ? Mak Mira terkejut apa sayang ? Esok Mira nak bawak nasi goreng, Kenapa? Esok Mira ada jamuan ke ?
Nasi goreng apa yang mak nak buat? Tak ada rencah untuk mak buat nasi goreng esok, Mira bawak roti je la. Alahh mak boleh lah tak payah bubuh rencah pun tak apa, mak taruk telur je pun dah ok.
Ya lah baik la esok mak buat nasi goreng untuk Mira ya, telur pun tinggal sebijik je tau dah malam-malam buta ni mana nak carik telur bawang pun dah habis tu takpe la mana yang ada je lah.
Keesokkannya dalam dalam kelas anak saya tanya Mira, Mira ko bawak nasik goreng tak ? Aku bawak ni Mira senyum.
Kau bawak tak Mira ? Bawak le aku bawak kan semalam dah janji.
Ok cayalah tak sabar nak makan nasi goreng ko Mira oiii.
Jam 10.00 pagi loceng rehat bunyi mereka berdua berlari ke kantin nak tukar-tukar nasi goreng.
Sampai di kantin, Mira kau nak air tak? Hari ni aku belanja kau air, kau nak air apa? Aku belikan.
Alah tak kisah air apa-apa pun tak apa aku minum je.
Alahhh Mira kenapa ko tak buka bekal lagi ni, ko duk diam je kat situ apasal ? ya la aku tunggu kau datang bawak air kita buka bekal sama-sama.
ooo ya ker jom jom kita buka bekal.
Amira pun keluarkan ‘bekas’ nasi goreng dia dari dalam beg plastik, Mata anak saya tidak berkelip.
Amira mana nasi goreng kau? Ko bawa apa ni ? Ni lah nasi goreng aku kau buka je lah.
Tuan atau Puan nak tau ? Nasi Goreng tu diletakkan dalam bekas sabun Axion pencuci pinggan cap Lemon warna kuning bekas tu.
Amira kenapa kau letak nasi goreng dalam bekas Axion ni ? Mak ko tak marah ke ? Tak rasa sabun ke nanti ?
Tak la mak yang bubuh dalam bekas tu, kat rumah aku mana ada tupperware macam ko, memang kami pakai balik bekas sabun tu, standard la kami memang dah biasa macam ni.
Air mata anak saya mula bergenang tunggu masa untuk tumpah.
Mira kenapa kau tak cakap yang kau takde bekas untuk bawak nasi ni, aku boleh bagi kau bekas, kenapa kau tak cerita dengan aku Mira kau ni kan.
Mira tunduk tolong jangan nangis boleh tak ? Semalam kau yang cakap kau nak makan sangat nasi goreng aku kan? Sekarang aku dah bawak apasal ko nangis plak ? Makan je la.
Mira aku rasa bersalah sangat sebab menyusahkan kau, takpe lah Mira jom kita makan, kau makan nasi goreng aku, aku nak rasa nasi goreng ko.
Ehhh tak per..tak per..kau makan je nasik goreng kau, nasi goreng aku tak sedap bubuh dalam bekas sabun pula tu.
Mira jgn ckp mcm tu, bagi sini aku rasa nasi goreng kau, ya la rasa sesudu je kompom tak sedap tu.
Anak saya pun makan rasa sesudu, memang betul pun tak sedap, nasi goreng Amira putih meleset takda rencah, takda rasa pun tawar je, tapi anak saya tak kisah dia tak merungut pun.
Cuma masa Mira suap nasi goreng tu, air mata dia plak berlinang, anak saya tanya kenapa kau nangis, dia cakap tak ada apa, takpelah, kita makan je la.
Semasa anak saya cerita kisah ini kepada saya, saya menangis tapi saya tidak menangis semasa itu. Saya tidak mahu menangis di depan anak saya. Saya kuatkan semangat untuk mendengar cerita dia sampai habis.
Selesai anak saya bercerita saya cakap kat anak saya, esok bawak bekas tupperware kat dapur tu bagi kat Amira ya cakap kat Amira bekas ni hadiah dari keluarga kita.
Lepas tu saya bangun terus keluar tengok-tengok kereta, sebenarnya bukan saya tengok kereta saya menangis semahunya kat tepi kereta tu, tak sangka sangat di zaman moden ni masih ada lagi anak-anak kita yang hidup menderita sedih dan sayu hati ni.
Kepada orang kaya di luar sana ingatlah dalam kemewahan yang kamu kecapi sekarang ni ada saudara kita yang hidup dalam keadaan memilukan.
Saya berdoa kepada Allah agar semua orang yang tidak berkemampuan ini di murahkan rezeki oleh Allah dan ditabahkan hati mereka dalam menghadapi segala dugaan Aminn.
Semoga kisah ini boleh celik kan mata kita.
**
Sama-samalah kita menolong mereka yang berada dalam kesusahan. Sesiapa yang mengenali kanak-kanak yang senasib Amira, bantulah mereka. Hulurkan tangan kasih sayang biarpun bantuan kita itu tidak mempu menghilangkan beban mereka. Sekurang-kurangnya.. dengan sedikait perhatian yang kita berikan , mereka akan lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan, bersungguh dalam pelajaran seterusnya keluar dari kepompong kefakiran.
Alya turns 9 !!!
Da besar da anak mama... pejam celik pejam celik da pun 9 tahun... kalu anak da besar ofkos la kan mama n ayahnya da makin matang.. ceh..(bukan tua yer).. we're still young...ahaksss..ahakssss...
so pikr punya pikir... tak dela nak buat apa sangat.. just buat a small makan2 with anak sedara n my sis n also sapa lagi lagi mestila my one n only bil...with my aunty .. walaupun kecik2 pun meriah la jugak sebab seronok tengok budak2 ni enjoy sangat.... apa lagi jom layan gambar besday ...
ketiak berkarat???
Fuh!!!! tajuk jer da berkarat.... lom lagi nampak realiti...kahkahkah... yela kalu besi karat pun da menggerutu...kalu ketiak camner pulakkan??? boleh imagine tak.. ke jangan bayangkan langsung sebelum semua selera terbantut....hehehhehe
Aritikel ni ada keluar kat Harian Metro arini .. siap2 bagi petua lagi nak hilangkan kekaratan... part of paragraph ada mengatakan "Muka cantik dengan gaya menggoda, badan ramping dengan potongan menggiurkan tapi sayangnya, sesetengah daripada mereka yang tidak selesa kerana dibelenggu masalah kesan hitam di ketiak." rasa2nya kalu hitam maybe ada cara nak memutihkan.. tapi yang selalunya berlaku ni ketiak berbau... yang boleh mendatangakan masalah bagi deria bau pada orang2 disekeliling.... fuhhhh... memang menyayat hidung betul kalu terlekat bau tu kat idung kita...so the best thing pastikan kalu muka kita berbedak.. ketiak pun nak jugak berodorono.... senang citer pakailah deodorant.. banyak jual kat pasaran.. cari jela bau yang sesuai supaya bila berpeluh taklah bau tengik....hehhehe.. jangan marah yer..
So.. kat artikel tu jugak ada disertakan dengan petua tradisional ..
Petua tradisional
Ada cara lain untuk mengelakkan ketiak hitam dan berkarat. Ikutlah langkah membuang peristiwa ngeri ini daripada hidup anda dengan mengikut langkah secara tradisional.
1. Limau + kapur sirih
Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit kapur sirih. Sapukan di bawah ketiak dan biarkan selama 15 minit sebelum dicuci dengan air bersih. Lakukan tiga kali seminggu.
2. Buah betik
Parut buah betik yang hampir masak sehingga halus. Letakkan ramuan ini di ketiak selepas anda mandi dan biarkan selama beberapa minit. Bilas dengan air, lakukan secara kerap, anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.
3. Sirih + beras
Kisar segenggam beras sehingga halus. Kemudian tumbuk beberapa helai daun sirih sehingga lumat. Campurkan kedua-dua bahan tadi dan kacau sehingga sebati. Sebelum mandi, lumurkan dulu campuran sirih dan beras tadi ke seluruh tubuh badan terutama di bahagian ketiak dan celah paha. Kemudian gosok-gosokkan ia dengan perlahan sehingga semua bahan yang dilumur tanggal daripada badan. Petua ini bukan saja menjadikan kulit badan anda halus, malah ia juga akan membantu menanggalkan daki dan kesan hitam.
i'm back buddy!!!!!
huuhuhuh.. lama bangat tak menuliskan... bz yer uollsss... n cam tak cukup masa n tak berapa nak panjang akal nak menggapai idea.....kahkahkah....kalu diikutkan banyak citer-citer yang nak di stori mori.. tapi sebab dah lama sangat meninggalkan alam penulisan ni...*cewahhh*.. so kena lah listkan dulu satu persatu....almaklumlah working mama kan.. so da banyak sangat benda nak buat.. tu yang jadik pelupa..ahaksss...so.. wait for my next citer yer...se uuuuu..!!!!! ooopppssss.. lupa lak... HAPPY BELATED MOTHERS DAY pada semuaaaaaaaaaaaaaa mak2,mama2,ibu2,ummi2,mummy2,bonda2 n seangkatan dengannya....!!!!!!!! n... last but not least.. HAPPY MOTHERS DAY TO ME!!!!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)