Pages
Wednesday, 31 October 2012
Kisah seorang pengurus..
"Salam ustazah, saya terasa sangat hilang arah... tak tahu
apa yang perlu dibuat, difokus dan tidak gembira... keluarga dan suami, anak
rasa terabai... ustazah minta bantu," kata Jannah kepada ustazah di
kampungnya...
"Jannah ini seorang yang sibuk ke.... sibuk sampai tak ada masa?" tanya ustazah tersebut...
"Ya...." jawab Jannah.
"Boleh bagi ustazah 15 minit... jalan-jalan dengan di tepi pantai..." ustazah bercadang.
"Ustazah, buat apa jalan-jalan... saya tak ada masa.... kalau ada jawapan jawablah saja... tolonglah saya..." kata Jannah yang mula mengalirkan air mata....
Ustazah tersebut melihat Jannah yang kenangisan lalu membawa sebuah balang dan memegang tangan Jannah dan memaksa beliau ikut berjalan di tepi pantai...
Apabila terjumpa batu-batu yang agak besar, ustazah tersebut memungutnya dan memenuhkan balangnya....
"Mengapa ustazah masuk dalam balang... berat lah jadi balang ini... ingat ustazah nak pergi ambil air laut...." kata Jannah.
"Balang ini penuh tak?" tanya ustazah pada Jannah...
"Penuh dengan batu..." jawab Jannah....
Mereka meneruskan perjalanan... apabila terjumpa batu kerikil, ustazah memungutnya dan memasukkan ia dalam balang yang dipenuhi batu besar tadi....
Batu kerikil pun memenuhi ruang kosong antara batu-batu besar dalam balang tersebut....
"Lagi beratlah ustazah... buat apa masuk banyak lagi batu... dah tak muat dah..." kata Jannah...
"Penuh tak balang ini," tanya ustazah sambil bersenyum....
"Dah terlalu penuh..." jawab Jannah....
Kemudian, ustazah mengambil pasir halus dan memasukkannya ke dalam balang... ruang kosong balang kini dipenuhi pasir....
"Penuh tak balang ini?"
"Penuhlah... dah tak boleh masuk perkara lain... apa ustazah buat ini... beratlah balang itu..." kata Jannah....
Kemudian, ustazah menggunakan tangannya untuk menyedok air laut ke dalam balang yang penuh itu sehingga penuh....
"Penuh tak balang ini?"
"Ini dah melimpah dah ustazah... mestilah penuh..." kata Jannah...
Ustazah menyuruh Jannah memegang balang yang berat tersebut sekejap... dan bercerita...
"Jannah, bayangkan balang ini adalah hidup Jannah. Batu-batu besar tadi melambangkan perkara penting dalam hidup Jannah seperti, keluarga, anak, kesihatan, suami... benda-benda yang paling penting dalam hidup Jannah.
Tanpa batu kerikil, pasir mahupun air laut, hidup Jannah masih penuh seperti yg dijawab Jannah semasa ustazah masukkan batu-batu tadi ke dalam balang...
Jika Jannah mengambil berat mengenai batu-batu ini, masih ada ruang untuk perkara lain yang lebih penting seperti kereta, rumah dan pekerjaan seperti batu kerikil yang memasuki balang....
Yang lain dalam kehidupan seperti pasir dan air... adalah tidak penting... tapi masih boleh menjadi sebahagian hidup kita asalkan batu-batu besar diberi perhatian khusus....
Kalaulah balang ini, Jannah masukkan pasir dan air dulu... boleh ke Jannah masuk batu-batu besar ke dalam balang?"
............
Jannah tersengam. Tetiba balang yang berat itu terasa ringan dan dibawanya balik ke rumah... kehidupan Jannah berubah hari itu.
Jika kita menghabiskan masa untuk perkara-perkara tidak penting seperti pasir dan air... kita tiada masa untuk perkara-perkara yang penting untuk kita... Fokuskan perhatian kita kepada perkara-perkara yang kritikal kepada kegembiraan kita... yang lain akan ada ruangnya dalam kehidupan kita.
Jaga batu-batu besar dulu, itu yang penting... yang lain hanyalah pasir.
Sumber : Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Tempe....
Sapa tak kenal dengan tempe ni kan.. memang sedap kalu kena gorengnya.. lagi kalu garing2 cicah sambal kicap.. pehhhh memang ummphhhh la... tempe ni kalu tak silap cam makanan org jawa..... tapi tak kira la jawa ke tak.. yang penting sodap!!!
Sebabkan sifat sebagai penggemar tempe ni kuat dalam diri....kenalah tau kan khasiat makanan yang kita suka makan....tempe ni ada 10 khasiat .... kalu nak tau.. sepotong tempe ni ada macam2 khasiat cam karbohidrat~lemak~protein~serat~vitamin~enzim~daidzin~genistin~komponen antibakteria...(cam iklan pencuci baju pulak ada antibakteria bagai...) ok..ok..sambung lagi..meh baca pekdah yang boleh dapat kalu makan tempe.. yang tak penah makan kena cuba2 makan tau...
1. Protein yang terdapat dalam tempe sangat tinggi dan ia mudah dicerna baik
untuk mengatasi diare (Elak keracunan).
2. Mengandungi zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan mampu menurunkan tekanan darah yang mana elok untuk mereka yang menghidapi darah tinggi.
3. Mengandungi superoksida desmutase yang dapat mengendalikan radikal bebas, baik bagi penderita sakit jantung.
4. Penderita anemia (masalah berat badan). Anemia dikesan apabila kadar hemoglobin rendah kerana kurang zat besi (Fe), tembaga (Cu), zink (Zn), protein, asam folat dan vitamin B12, di mana unsur-unsur tersebut terkandung dalam tempe.
5. Anti infeksi. Hasil soal selidik menunjukkan bahawa tempe mengandungi agen anti bakteria yang dihasilkan oleh karang tempe (R. Oligosporus) merupakan antibiotik yang mengurangkan risiko jangkitan kuman.
6. Daya hipokolesterol. Kandungan asam lemak padat pada tempe bersifat dapat menurunkan kadar kolesterol. Jika anda tidak gemar memakan oat, boleh cuba cara ini!
7. Memiliki sifat anti oksidan, menolak kanser.
8. Mencegah masalah gizi berlebihan (akibat kekurangan dan kelebihan gizi) beserta berbagai penyakit yang berkaitan, baik jangkitan ataupun degeneratif.
9. Mencegah timbulnya hypertension (Simpton cepat marah).
10. Kandungan kalsiumnya yang tinggi, tempe dapat mencegah osteoporosis. Dalam erti kata lain, tempe bagus untuk tulang. Jika anda kurang gemar meminum susu, amalkan pengambilan tempe di dalam menu diet anda.

sumber: Nadia Najib / Tupai
Cute vege craft...
Percaya atau tidak????whoooishhh ayat tak tak tahan.. cam dead or alive??? kat filem koboi pulakkan.... gambar2 kat bawah ni sebenarnya hasil tangan dari sayur2an dengan buah2an.... cuba perati betul2... nampak tak?? ada kobis bunga..ada tembikai...ada lada benggala...macam2 ada!!!!! kata opah kat astro tu..heheh .. selalunya kalu majlis kawin.. balik2 bila tembikai je kita sumpah jadik bakul...tu jela... apa kata lepas ni kita tukar style plak... bukan gangnam style tu yer.. tapi tukar la plak cara deko buah2 n sayur kat meja tu....bior nampak meriah skit...
Tuesday, 30 October 2012
Ayah... pulangkan tangan adik...
Seorang ayah telah pulang dari tempat kerja dengan membawa kereta baru yang
telah 2 atau 3 minggu ditempah dari tempat jualan kereta. Si ayah ini begitu
teruja dengan kereta barunya. Sudah pasti apabila telah memiliki kereta baru
manusia akan terlalu menjaganya takut terjadi apa-apa yang tidak elok pada
kereta tersebut.
Semasa
si bapa membawa pulang kereta barunya, si bapa sempat membeli pensel warna dan
kertas lukisan baru untuk anaknya. Dia mengetahui anaknya ini sangat suka
melukis tidak kira, atas kertas atau didinding. Bagi mengelakkan anaknya membuat
apa-apa terhadap kereta barunya, dia rasanya ini jalan penyelesaianya.
Dijadikan
cerita, si ayah ini terlalu sangat sayang kepada kereta barunya, setiap masa dia
pasti akan menjenguk kereta, sampai sebelum nak tidur dia akan pastikan kereta
tersebut dalam keadaan baik.
Pada
keesokkan harinya, si bapa telah bersedia untuk pergi bekerja seperti biasa. Si
ayah berangan-angan akan pujian yang diterima nanti setelah sampai dipejabat.
Belum sempat si ayah membuka pintu kereta tersebut, si Ayah telah menjerit
“Argghhhhh….siapa punya kerja ni” geram marah si ayah ini melihat kereta baru
mempunyai kesan calar yang panjang dari depan sampai belakang. Terkejut si
isteri mendengar. Jiran sebelah mula berpandangan, terpinga-pinga mereka.
Bila amarah telah menyelubungi hati manusia, takkala itu pertimbangan akal tidak menjadi rasional untuk bertindak. Si ayah tanpa berfikir panjang terus mendapatkan anaknya yang sedang leka bermain. Si ayah terus menarik tangan si anak, dan menyeret anak ini keluar melihatnya keretanya. Si ayah dalam keadaan geram terus bertanya,”Adik! ni siapa yang calarkankereta ayah?” Dalam keadaan ketakutan si anak ini menjawab “Aa..aadik ayah”. Si ayah bertambah geram, dia masuk kedalam terus dapatkan satu pembaris besi untuk menghukum anakya. Si ayah terus menarik tangan kecil anaknya itu, lalu di pukul tangan anak itu berkali-kali tanpa menghiraukan rayuan anaknya yang sedang menahan kesakitan dan si ibu hanya mampu melihat dan tidak mampu menahan perbuatan si suami.
Selepas
si ayah puas menghukum anaknya, ayah tadi menuntut semula pensel warna yang
diberi kepada si anak ini. Si ayah terus keluar dengan membawa sifat amarah yang
masih menyelubungi. Pada hari itu si ayah terus membawa kereta ke bengkel untuk
dibaiki kesan calar tersebut. Si ayah bertekad tidak mahu pulang kerumah pada
hari itu disebabkan perbuatan anaknya yang masih kecil itu, sampai begitu sekali
tahap kemarahan si ayah.
Pada
sebelah petang, telefon di pejabat si ayah berbunyi dan segera di jawab, “Helo
bapak..adik demam panas” jawab pembantu rumah. “Biarkan dia, biar dia rasa,
supaya dia ingat sampai bila-bila” jawab si ayah. Kemudian si ayah terus
menghempas telefon pejabatnya, tanda amarahnya masih membara mengenangkan
anaknya itu.
Berapa
jam kemudia, telefon yang sama berbunyi, “Nak apa lagi” jawab si ayah.
“Assalamualaikum encik maaf menggangu, ni Encik Zulkifli ke?” kali ini bukan
dari pembantu rumahnya tapi dari hospital. “ya saya” si ayah menjawab. “Encik
perlu segera datang ke hospital sekarang, kerana saya memerlukan tandatangan
dari encik” jawab pihak hospital. Tanpa banyak persoalan si ayah dengan segera
pergi ke hospital berkenaan. Sepanjang perjalanan, pelbagai andaian telah
singgah kedalam kotak fikiran “apa kena dengan orang hospital ni, tiba-tiba
telefon aku nak minta tandatangan, Takkan pasal anakku, tak mungkin, tak
mungkin” si ayah cuba menenangkan dirinya sendiri sambil memandu kereta yang
baru dibaikinya..
Apabila
si ayah sampai sahaja di hospital, si ayah diarahkan untuk berjumpa dengan
doktor yang bertugas pada hari itu. Belum sempat si ayah bertanya tentang tujuan
tandatangan tersebut, “En. Sila tandatangan disini ya” arah doktor tersebut.
“????” Si ayah kebingungan “untuk apa saya tandatangan borang ini doktor” Tanya
si ayah, “encik, anak encik tangannya perlu dipotong kerana telah dijangkiti
kuman, dan kuman tersebut telah sampai ke dalam tulang, jika tidak segera
dipotong, mungkin akan membawa maut kepada anak encik” jawab doktor tersebut.
Hampir pitam seakan jantung si ayah terhenti tidak percaya perkataan yang keluar
dari mulut doktor tersebut.
Apabila
selesai si ayah menandatangani borang tersebut, segera berlalu pergi memberi
arahan kepada jururawat yang bertugas ‘standby’ untuk pembedahan. Si ayah tidak
mampu berkata-kata, perasaan serba salah telah memadamkan api kemarahan terhadap
anaknya.
Pembedahan
selamat dijalankan, dan si anak tersebut disahkan selamat. Tidak lama kemudian,
si anak sedar dari pembedahan. Insan yang pertama dilihatnya adalah ayah yang
telah memarahinya. Air mata si anak terus mengalir, si ayah terus mendapatkan
anaknya.. “ayah..adik minta maaf, adik tak nak buat lagi, maafkan adik ayah” si
anak merayu dimaafkan “ayah..pulangkan kan pensel warna adik, adik suka
melukis…adik janji adik tak conteng kereta ayah lagi” berulang –ulang janji
anaknya, air mata si ayah mula mengalir dengan kata janji anaknya yang ketika
itu si anak tidak tahu yang tanganya sudah tiada. Apabila si anak sedar ada yang
tidak kena pada tanganya “ayah…pulangkan tangan adik, adik janji tak nak buat
lagi, maaf kan adik ayah.., pulangkan tangan adik” kali si anak menjerit apa air
matanya terus mengalir laju, tidak mengendahkan insan sekeliling, si ayah tidak
mampu berkata apa, air mata si ayah terus mengalir sambil memeluk erat anak
kecil itu.
sumber : http://alhafizmnor.blogspot.com/
Sweet memories.:)
HAHAHAHAH.....sorry eik gelak dulu...mana taknya.. tengah godak2 gambar jumpa lak gambo kawin tahun 2003..hissshhh da 9 tahun la kawin ???!!!! tapi peel cam lom jer...hehehe jangan marah ye bang... mula2 ingatkan cam tak nak up je gambar2 ni.. tapi memikiorkan kalu le tetiba hard copy hilang ker .. koyak ker... hard disk corrupt ker... tu yang tepaksa la up...cukup la ada berapa keping jer ni.. tak boleh la up lebih2 kan....jatuh saham kang..."perasan jer" saham naik lagi ker???? tak per...nanti kita check yer bang...
ni la pelamin yang paling simple kot...memang tak minat sarat barat ni...maklumla tengah bedebar2 tak leh la sarat2 sangat... kang lagi serabut plak...yela.. masa ni kan kena tenang2 gitu.....hehehe
nak jugak masuk gambar sendiri kan...suka sangat interprem.. apa2pun pejam celik pejam celik anak da ada 3 pun.... kejap je masa tu bejalan kan...bejalan ker?? or.. berlari eik???
Baby food....
banyakkkknyaaa...cereal untuk babykan kat pasaran... Ni semuala memalaskan diri nak buat homemadenya food..latest ni.. baru je beli oat + gandum + prun dengan beras + vege... tengok icha makan habis je... mesti sukakan dia...nak biar badan dia membesar bagai johan skit...Mana taknya naik 300gm jer... sebab dia ni ligat semacam..mungkin jugak la kot sebab tu badan tak naik sangat...
yang best.. icha ni beri makan apa pun dia ok... kiranya dalam satu hari tu macam2 perisa boleh kasi.. semuanya on jer.....
bab biskut pulak icha memang suka makan baby bites.. baby bites ni ada 3 perisa.. original... sayur n carrot... dan yang paling dia suka makan sayurla... bukan icha jer makan.. alya pun sama naik makan... tapi biskut sayur ni memang sedap pun.. n bukannya jenis biskut yang besepah habuknya bila kena makan.. tu yang bestnya...
Terima la seadanya.....
Arini cam rasa nak berstory-mory pulak.. semalam citer pokok epal... arini pasal budak jual kuih....pastu teringat pulak ada satu citer pasal kisah umahtangga ... citer ni penah baca dulu... tapi sebab masa tu takda belog lagi.. so tak leh la nk sebar2kan.... jadi pagi ni tetiba je mood nak citer sampai.. jadik bolehla diciterkan kat readers...
Suami saya adalah seorang jurutera. Saya mencintai sifatnya yang semulajadi
dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul di hati saya ketika bersandar di
bahunya.3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus
akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu
telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan.Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta
berperasaan halus.
Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil
yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya.Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari
yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam
menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua
harapan saya terhadap cinta yang ideal.Suatu hari, saya beranikan diri
untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan perceraian.
“Mengapa?” dia bertanya dengan nada terkejut.
“Siti letih. Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.”
Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah
sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat
mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya?
Dan
akhirnya dia bertanya, “Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran
Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.
“Siti ada satu soalan. Kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti
akan mengubah fikiran Siti. Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang
ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu,
Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”
Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.”
Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menemui selembar kertas
dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang
bertuliskan…
“Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang
untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya.
Namun, saya masih terus ingin membacanya.“Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan
akhirnya menangis di depan monitor. Abang harus memberikan jari-jari Abang
supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”
“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus
memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti
ketika pulang.”“Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada
ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi. Abang harus mencari
Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti
pulang ke rumah.”
“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap
bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki
Siti yang sengal itu.”
“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi
‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di
rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang
alami.”
“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk
kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti,
Abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu.”
“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menyusuri pantai,
menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga
yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”
“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana,
Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang.”
“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada
Abang mencintai Siti.”
“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata
Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan,
kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”
Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur,
tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.
“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang.Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal
di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di
luar sana menunggu jawapan Siti.”
“Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku biarkan Abang masuk untuk
mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu.
Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.”
Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya
segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan
wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia
mencintai saya.
Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur
hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam
‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’
yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.
Kisah budak penjual kuih....
Hari itu selepas seminggu beraya
di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya
menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa
mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik
memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul
dihadapan.
“Abang nak beli kuih?” katanya sambil tersenyum. Tangannya segera
menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.
“Tak apalah dik… Abang dah pesan makanan,” jawap saya ringkas.
Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.
“Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?” katanya selamba semasa menghampiri meja saya.
“Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni,” kata saya sambil menepuk-nepuk perut.
Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, “Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?“
Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.
Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.
“Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang.” katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.
Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.
“Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu,” Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.
Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.
“Kenapa bang nak beli kuih ke?” tanyanya.
“Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!” Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.
“Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!” katanya begitu lancar.
Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.
“Abang nak beli semua ke?” Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.
“RM25 saja bang.“
Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.
Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.
Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!
sumber : mr.mus

Wanita...
Ni ada sikit info pasal wanita.... ada 9 jenis kategori wanita yang boleh menarik perhatian... info ni hubby yang dapat through emel dia ... ni nak share dengan readers pulaks laaaa....
1.
Sikap Keibuan – Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yang bersikap keibuan,
lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang.Wajah yang keibuan mampu membuat
lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas, gelisah dan senang.
2.
Keanak-anakan – Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita
menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka terasa terhibur dengan keletah anda,
tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati.
Tetapi sikap keanakan yang menyenangkan. Misalnya kemanjaan wanita yang
membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki, wanita ceria membuat lelaki
lebih ghairah.
3.
Penuh Pengertian – Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan
diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih
waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.
4.
Menghargai – Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki.Berbeza
dengan wanita yang suka di perlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai,
dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita
membuat lelaki berasa bangga.
5.
Menjaga Penampilan – Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilan agar
sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik
menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.
6.
Pandai Berbicara – Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan
boleh diajak berbual. Walau walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza
dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan
sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang
baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih
menarik.
7.
Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri – Wanita yang pandai bergaul dan
menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih dimata lelaki. Wanita tersebut tahu
menghadapi org yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih
muda.Apabila berhadapan dengan suasan yang baru,wanita tersebut tidak
gentar,malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak kemana saja dan tidak
kekok samada di bandar atau di kampung.
8.
Menghormati Diri Sendiri – Lelaki suka wanita yang menghargai dirinya sendiri
sebagai seorang wanita,bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang
menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk
diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.
9.
Simpati dan Prihatin – Lelaki suka wanita yang murah hati,mengambil berat,
simpati pada nasib yang susah. Sayang pada kanak-kanak dan tidak memilih bulu.
Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan
dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan mempesona.
Letter with love...
Alya wrote all these letter... we love u dear..
letter yang ni tak tahan gitu.... anyway memang sayu skit la part ni... maklumla ucapan dari hati sorang anak.. kanak2 ni luahan hati memang tak reti nak tipu2... memang ikhlas.... anyway kakak... mama~ayah~ariq~icha semuaaaaaa.. SAYANG KAKAK...:)
warna-warni gitu letter ni.. cam penuh dengan luv2 gitu kan... kreatif jugak alya ni.. cuma yang musykil skit tu.. apsal la nama ariq leh tertiggal... kesian betul la kat mamat sorang tu...tulah..asyik menyakat kakak jer..kan nama da kena tinggalkan.. nasib baik la alya ingat lagi.. adik dia tu ada 2 orang.. nak gak ditambah nama....signature tu yang mahal....
letter yang ni tak tahan gitu.... anyway memang sayu skit la part ni... maklumla ucapan dari hati sorang anak.. kanak2 ni luahan hati memang tak reti nak tipu2... memang ikhlas.... anyway kakak... mama~ayah~ariq~icha semuaaaaaa.. SAYANG KAKAK...:)
Monday, 29 October 2012
New style...
Icha with new style!!!!..heheh ni alya la punya keje.. da tak keje.. carik keje.. tengokla kat bawah dagu icha tu... nak pakai brooch takut tak selamat...so alya gunalah getah n ikat .. so that adalah ciri2 keselamatan skit .. n tak dalah takut tercocok2 jarum.... yela... nak bermain ke bergurau ke boleh.. tapi keselamatan kenalah jaga.. ye tak???
La Betty....:)
dulu citer betty la fea ni memang la tekenal... lebih2 lagi cermin mata besar donut dia tu... tapi tak sangka plak.. da betahun citer tu menghilang.. timbul plak ala2 betty la fea... trus je ambik gambar sebb teringkatkan rupa betty tu...tapi tolong abaikan sepit rambut n gigi besi betty tu yer.. coz betty alaf baru ni tak suka besepit n tak da gigi besi....
dan.... jangan pulak cari perbezaan kat gambo ni.. memang berbeza pun... cuma cermin mata tu yang tak tahan... ada sentimental value la katakan...
kraftangan ker kerastangan ???
ni la hasil kerastangan untuk anak buah jadik pengantin dulu...nasib baikla hantaran tak banyak sangat...dapat la curik masa nak buat ... agak2 boleh buat bisnes tak??? heheh lawak plak bunyinya.. ada masa ke cik kak oiiii!!! nanti da penat mengamuk..... hisshhhhh mana ada kan... kalu ada pun diam2 sudahlakan...
banyak2 barang hantaran .. bunga pahar jer aku terpaksa tempah... maklumla masa tu tengah pegnan 7 bulan...so da tahap tak larat.. kenala tempah jawabnya....
Art...
Cantikkkk sangat!!!! suka tengok lukisan ni... memang talented betul pelukis ni... pelukis gambar2 ni asal dari belgium ... nama dia Ben Heine seorang visual creator. Lukisan dia gabungan gambar ori dengan gambar lukisan tangan.
Kisah pohon epal...
Citer ni penuh dengan pengajaran... wahai anak2 kat luar sana (diri sendri gak yer...please take note!!) termasuklah anak2 mama n ayah... bila ada peluang.. bacalah cerita ni yer.....
Waktu terus berlalu.
Kanak-kanak lelaki itu kini telah dewasa dan tidak lagi bermain-main dengan pohon epal itu setiap hari, seperti kebiasaannya.Suatu hari dia mendatangi pohon epal itu.Wajahnya nampak sedih.
“Mari ke sini bermain-main lagi denganku” kata pohon epal itu.
“Aku bukan anak kecil yang bermain-main dengan pohon lagi” jawab kanak-kanak lelaki itu.
"Aku ingin sekali memiliki mainan, tetapi aku tiada wang untuk membelinya.”
Pohon epal itu menyahut, “Erm, maaf aku pun tiada wang.. Tetapi kamu boleh mengambil semua buahku dan menjualnya. Kamu boleh mendapatkan wang untuk membeli mainan idamanmu” . Kanak-kanak lelaki itu sangat gembira. Dia memetik semua buah epal yang ada di pohon dan pergi dengan penuh suka cita. Namun, setelah itu kanak-kanak lelaki itu tak pernah datang lagi. Pohon epal itu kembali sedih.
Suatu hari kanak-kanak lelaki itu datang lagi.
Pohon epal sangat gembira melihatnya datang.
“Mari bermain-main denganku lagi” kata pohon epal.
“Aku tiada waktu” jawab kanak-kanak lelaki itu.
“Aku harus bekerja untuk keluargaku. Kami memerlukan rumah untuk tempat tinggal. Mahukah kau menolongku?”
“Maaf aku pun tidak memiliki rumah. Tetapi kamu boleh menebang semua dahan rantingku untuk membina rumahmu” kata pohon epal itu.
Kemudian anak lelaki itu menebang semua dahan dan ranting pohon epal itu dan pergi dengan gembira. Pohon epal itu juga merasa bahagia melihat anak lelaki itu gembira. Tetapi anak lelaki itu tak pernah kembali lagi. Pohon epal itu sekali lagi merasa kesepian dan sedih.
Pada suatu musim panas, anak lelaki itu datang lagi.
Pohon epal merasa sangat gembira menyambutnya.
“Jom bermain-main lagi denganku” kata pohon epal.
“Aku sedih” kata anak lelaki itu.
“Aku sudah tua dan ingin hidup tenang. Aku ingin pergi bersiar-siar dan berlayar. Mahukah kamu memberikan aku sebuah kapal?”
“Maaf aku tidak mempunyai kapal, tetapi kamu boleh memotong batang tubuhku dan menggunakannya untuk membuat kapal yang kau mahu. Pergilah berlayar dan bersenang-senanglah “
Kemudian, anak lelaki itu memotong batang pohon epal itu dan membuat kapal yang diidamkannya.
Dia pun pergi berlayar dan tidak pernah lagi datang menemui pohon epal itu.
Akhirnya, anak lelaki itu kembali setelah bertahun-tahun kemudian.
“Maaf anakku” kata pohon epal itu.
“Aku sudah tidak memiliki buah epal lagi untukmu.”
“Tak apa. Aku pun sudah tidak memiliki gigi untuk mengigit buah epalmu” jawab anak lelaki itu.
“Aku juga tidak memiliki batang dan dahan yang boleh kau panjat” kata pohon epal.
“Sekarang, aku sudah terlalu tua untuk itu semua” jawab anak lelaki itu.
“Aku benar-benar tidak memiliki apa-apa lagi yang dapat aku berikan padamu. Yang tinggal hanyalah akar-akarku yang sudah tua dan sekerat ini” kata pohon epal itu sambil menitikkan air mata.
“Aku tidak memerlukan apa-apa lagi sekarang” kata anak lelaki itu.
“Aku hanya memerlukan tempat untuk berehat. Aku sangat penat setelah sekian lama meninggalkanmu”
“Oooh, bagus sekali. Tahukah kamu, akar-akar pohon tua adalah tempat terbaik untuk berbaring dan beristirehat. Mari, marilah berbaring di pelukan akar-akarku dan berehatlah dengan tenang.”
Anak lelaki itu berbaring di pelukan akar-akar pohon.
Pohon epal itu sangat gembira dan tersenyum sambil menitiskan air matanya.
Apa yang dapat kita ambil dari cerita tersebut adalah ini adalah tentang cerita kita semua
Pohon epal itu adalah ibu bapa kita. Ketika kita muda, kita senang bermain-main dengan ayah dan ibu kita. Ketika kita semakin besar, kita meninggalkan mereka (seperti sekolah yang jauh dan universiti), dan hanya datang ketika kita memerlukan sesuatu atau dalam kesulitan.
Tidak peduli apa-apa pun, ibubapa kita akan selalu ada untuk memberikan apa yang dapat mereka berikan untuk membuat kita bahagia. Kita mungkin berfikir bahawa anak lelaki itu telah bertindak sangat kasar terhadap pohon itu,tetapi kadangkala tanpa kita sedari begitulah sikap kita terhadap orang tua kita.
Orang inilah yang setiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya.
Orang inilah, rela melakukan apa sahaja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.
Sekarang, lihatlah ayah dan ibu anda ketika sedang tidur. Bagaimana jika saat kita jauh tidak disampingnya, kita tak dapat lagi melihatnya kerana mereka sudah tidur untuk selamanya.
Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat
Betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan mereka ini untuk kebahagiaan anda.
Cintailah mereka kita, dengan sebenar-benarnya cinta
Ucapkan pada ibubapa kita sekarang, betapa kita mencintainya; dan berterima kasih atas seluruh hidup yang telah dan akan diberikannya pada kita.
Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok hari mereka “orang-orang dikasihi itu” tidak lagi membuka matanya, selamanya..
Suatu ketika, hiduplah sebatang pohon epal besar dan kanak-kanak lelaki yang
suka bermain-main di bawah pohon epal itu setiap hari.Kanak-kanak itu suka
memanjatnya hingga ke pucuk pohon, memakan buahnya, tidur dibawah keteduhan
rendang daun-daunnya.Kanak-kanak lelaki itu sangat sayangkan pohon epal
itu.Demikian juga pohon epal sangat sayang kepada kanak-kanak kecil
itu.

Bila dah jumpa.....
selalunya bila cuti sekolah... cuti raya... baru dapat berkumpulkan..yela bukan selalu jumpa.. tepon pun jarangla sekali... yang mak2 kumpul dengan mak2..yang bapak2 kumpul dengan bapak2...yang anak2 dara pulak sibuk dengan citer shopping..makeup la...yang bawah umur pulak.. tak de keje lain...ni la kejenyer...
Qurban time!!
2nd day of hari raya haji..BIL buat qurban @his house.... tak dapatla nak join coz jaga icha kat umah MIL. Tapi da hantar wakil yer..anak2 n hubby da g awal2 pagi lagi....kira cam lembu tu tak bangun tido lagi la diorang da prepare kat tempat sembelih... yang syok tu.. ariq beranila sangat tengok lembu tu kena sembelih.. diri kat depan2 lagi. Bila balik umah MIL cam2 dia citer..nampak lembu tu cam nangis la... lembu tu garangla..darah memancutla....ye la 2 tahun lepas masa wat qurban ariq baru 4 tahun, so paham2 gitu jela..ni da 6 tahun.... thn depan da masuk darjah 1 mestilah lagi pahamkan.. lembu tu hubby kata lembu australia...spesis yang koboi2 kat sana suka tangkap.. sebab tu garang skit...n ada tanduk tapi da kena potong skit..cam tula.... cumanya yang best lembu tak takda lemak n kira fully dagingla.. part ni memang aku suka :) ...coz memang tak minat lemak2 ni...kolestrol...hehehe..yela kenala jaga kesihatankan...takpela.. tak kirala lembu ni banyak lemak ke banyak dagingke.. yang penting bila da repack daging n tulang2 yang bwk balik dari kampung... dapatla buat stok sampai sebulan....YAHOOOOO!!! save budget aku!!!!!
ni aku tak tau lak proses apa namanya..yela biasa beli daging da siap kan.. tak dela ambik tau sangat nama2 proses2 ni... yang aku tau... sekilo berapa bang??...nak setengah kilo boleh?? berapa hinggit??time kasih bang...:)
proses ni aku tau sangat...heheh proses membungkus!!! yang ni beras2 n ipar duai tengah gotong royong mempacking pastu nak g edarkan la... kenapa muka aku tak der?? kan da cakap tadi jaga anak...hehehehe..ok tak alasan tu??? ker...tak tahan la bau lembu fresh...?? malass??? tidak sama sekali yer...tak caya tanya la hubby aku...mesti dia cakap rajin...hehehe...bab kepala lembu ni aku suka... siap ada no siri lagi...5220..tapi aku rasa orang yang ambik gambo ni berani bila kepala tu da diam jer... masa idup memang tak berani dekat kot... 5220!!!! i!i! sir!!!!! heheheh
Friday, 26 October 2012
icha with vicks baby balsam
salam and slamat hari raya aidiladha.... n happy holidays too... baru lepas makan ketupat n lauk pauk yang amat menyelerakan dipagi raya... sebbkan tak da la sangat aktiviti hari ni, so keje melayan icha yg sedang la selsema... n tak berapa la nk sihat . ni dapat hapdet pun cousin ramai balik n rajin nk melayan icha so dapatla curik masa skit. jom layan pic icha yang tak berbaju sambil pegang vicks ...cam model iklan la pulakkan....
agak2 kalu vicks nak cari model baby sesuai tak???? mestila sesuaikan... cehwah!! perasan lebih plak mak dia... anak maintain jer.. biasala kan.. kalu anak jadik model mak dia mestilah merangkap PRkan..tak gitu?? heheheh....berangan sudah!!!!
Thursday, 25 October 2012
Feeling for today????
agak2kan mana satu gambar kat atas ni cam muka kita... kira yang sesuai la...pick one!!! kalu one la.. kalu agak2 bercelaru pick la 2 ke 3 ke.. semua pun boleh kalu haru biru sangat!! hehehe
Tuesday, 23 October 2012
PEPLUM fever???
Apa tu??? buah plum penah la dengar... bila dicari-cari baru la tau rupa2nya peplum tu design baju yang ada lebih kain kat area pinggang.. ala2 cam ada kembang-kembang gitu kan... kalu ada gegurl kat umah yang kiut miut ok la kot kalu nak dress up design cam ni..... ada banyak jugak blog on9 yang ada jual baju design ni... tapi utk mak-mak takdela cuma untuk anak-anak je yer...n peplum untuk girls je tau..
The Jellikids yang design n buat baju kat gambar ni.. bukan ni je.. banyak lagi.. masa cukur jambul Alisha pun order kat Jelliekids.. thanks ye kak Jellyna coz watkan baby Icha jubah untuk cukur jambul... tapi tak sempat la nak ambik gambar Icha ngan jubah tu.. sangatlahhhh bzz aritu...apapun.. memang cantik sangat hasil tangan akak.....:)
Cutekan !!! credit to The Jellikids for the pic yer... |
Check up 8 months!!
Icha genap 8 bulan ari ahad lepas...kejam celik..kejam celik... da ligat n besar pun dia....berat tak da la naik sangat... tapi masih dikategorikan sihat coz lasak sangat.. atas timbang pun tak nak baring.. nak duduk.. da duduk .. bila da bg duduk abis semua nak nak dipegang temasuklah jarum timbang... sampai misi nak ambik berat pun susah... anyway happy 8mos birthday ICHA!!!!
credit to pertmuffin coz pinjam gambar cake yang cute miut ni...
Monday, 22 October 2012
Salam Aidiladha..
Tak lama je lagi...da nak sambut Raya Haji... kalu tak da perubahan..... jadikla kan raya ari Jumaat...bila raya ari Jumaat, ni bemakna keje cuma untuk 4 hari je minggu ni...YAAAHHHOOOOO... Happy Holiday ye uolssss!!!..slamat balik kampung kalu balikla... kalu tak balik.. dok umah diam2 n have a nice holiday and food kat umah tu..!!!! kalu kat kampung tu ada buat korban.. boleh la bawak balik daging lebih skit.. cukupla agak2 stok sebulan..hehehehe...
Subscribe to:
Posts (Atom)